TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, April 30, 2010

Home » , , » [Review] Hatimu segagah raja rimba...

[Review] Hatimu segagah raja rimba...


Dunia perfileman mengegarkan dunia dengan kehadiran Iron Man 2 apabila ia ditayangkan serentak di seluruh negara pada hari ini. Sesiapa yang ada menonton Iron Man yang pertama tentunya ternanti-nanti dengan kehadiran sekuel filem yang kedua. Aku belum ada kesempatan lagi nak menonton filem ini. Tapi aku yakin filem ini tentunya bertaraf Box Office. Macam mana Iron Man ini menghadapi kritikan daripada orang ramai setelah dia mengesahkan bahawa adalah Iron Man yang sebenar.Cuma tontonan ini bukan berlabel Umum, susahlah budak-budak nak tengok kan. Silap-silap mereka meniru pula aksi terjun dari bangunan 30tingkat dengan memakai kostum Iron Man. Oh, tak dapat aku bayangkan. Ibubapa yang mempunyai anak kecil sila alert ye.. Sila pantau kegiatan anak-anak..pesanan ikhlas dari Bluedianthus. Hehe..^_^


Kemudian pada 15 Mei ini pula giliran legasi Robin Hood akan menyambung kesinambungan hero yang menjadi kebanggaan rakyat di negara orang putih. Hero ini dikenali sebagai seseorang yang "mencuri daripada golongan kaya-raya dan memberikan kepada mereka yang miskin." Tapi, mencuri tetap suatu kesalahan kan. Kepada korang-korang di luar sana, sila jangan jadi Robin Hood Malaysia pula. Hehe.. Watak Robin Hood dalam filem ini merupakan pemenang Anugerah Oscar dalam filem Gladiator. Adakah beliau akan berjaya melakonkan watak sehebat Kevin Costner? Kita tunggu dan lihat saja.

Pembaca blog Bluedianthus yang aku hormati (budi bahasa budaya kita okies..), kita menonton sesuatu filem bukan sekadar melihat, tetapi juga boleh membuatkan kita berfikir. Mesej yang disampaikan melalui mata dan pendengaran mampu menggerakkan otak kita untuk menaakul mesej tersebut. Jadi, tidak hairanlah jika Youtube merupakan laman antara 5 laman web teratas rangking Alexa kerana kemampuannya menyampaikan mesej dengan hampir tepat. Back to the real point, pernahkah kita mengkaji watak-watak hero dalam filem seperti Ultraman, Spiderman, Batman, Superman dan segala 'man yang ada? Hero-hero ini selalunya mempunyai konflik dalam diri mereka, iaitu keinginan untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa, dan pada masa yang sama mahu membantu mereka yang dalam kesusahan. Mereka juga stress dengan keadaan mereka yang perlu menyembunyikan identiti mereka.

Satu kelebihan Robin Hood, dia tidak perlu merahsiakan identitinya. Lihat saja lakonan Kevin Costner dengan berani mengaku dirinya, "I'm Robin, Robin Hood.." Tapi Superman, Batman, Ultraman dan segala 'man yang ada terpaksa merahsiakan identitinya. Dari situ, konflik sudah bermula. Berlainan pula dengan Iron Man yang mengesahakn sendiri di sidang media bahawa dialah Iron Man. Mungkin trend sudah berubah dalam industri perfileman, aku tak tahu sangat ni.,huhu..

Kesimpulannya, adakah kita seorang blogger yang mempunyai dua identiti semasa menulis blog? Adakah korang menyerupai watak Superman ataupun Robin Hood? Adakah kita menjadi diri kita semasa berblogging ataupun kita cuba untuk menjadi seperti blogger yang kita minati? Adakah? Mungkinkah? Setiap kita adalah unik, jadilah diri sendiri.. Semakin lama kita berblog semakin kita akan sebati dengan gaya penulisan kita sendiri.

p/s: Entri ini tiada kaitan dengan Darkbatman dan Ultraman88 dan watak hero-hero yang menjadi nama ataupun simbolik blog korang ya. Kalau ada terasa, ampun maaf dipinta..

p/s: LionHeart merupakan langkah kerjasama bijak di antara Filem Robin Hood dan pihak yang menyanjung pengorbanan dan sumbangan mereka yang berjasa.. Keep it up.

Artikel Sebelumnya: Bukalah hatimu...

Artikel Berkaitan:

8 comments:

Darkbatman said...

haha..nice post neway.. 8lly, as a blogger, identiti hanya satu. its not bout dua identiti. tp bagaimana kita menjadikan identiti as a role model n membentuk blog ke arah yang tersusun. wen we talk bout me darkbatman, m not talking bout saving ppl life, be gud always n etc.. ia cuma pembawakan kepada new environment in having a clucth.hehe, peace no war..ahahaha

zulkbo said...

salam..
menarik ke cerita ni?
bolehlah kita pergi nonton bersama
he he..

tehr said...

setiap orang mempunyai alasan tersendiri - tak salah mempunyai dua watak yang berbeza asalkan kedua2nya tidak melanggar peraturan - hidup untuk memberi bukan hanya menerima atau mengawal sahaja - kejujuran itu amat sukar diukur

...sebenarnya saya sendiri keliru

Kulanz Salleh said...

Memang tertunggu-tunggu juga Iron Man 2 tu.. ada masa nanti mau juga ni datang tengok..

terfikir pula apa watak hero yg sesuai untuk aku, LongMan pun okey juga rasanya.. hahaha

: bluedianthus : said...

@ darkbatman...
Thanks..Yup, bagi saya simbolik itu penting juga. Mungkin watak darkbatman sememangnya bersesuaian dengan Aie.. Yup, peace peace no war-nnie..hehe..

: bluedianthus : said...

@ zulkbo..
Yup, ada masa kita tengok sama-sama..hehe..

: bluedianthus : said...

@ tehr..
Uhu...jangan tehr keliru sudah la..hehe...
Mungkin watak yang berbeza juga penting dalam kehidupan kita. Mungkin personaliti di rumah dan di tempat kerja berbeza...tak apa asalkan tak memberi tekanan kepada diri sendiri.. Satu lagi saya setuju, hidup untuk memberi...:)

: bluedianthus : said...

@ Kulanz..
Kalau dah tengok tu..nanti boleh la kongsi pendapat tentang filem ni ya..

Apa Longman? Macam jenama buku rujukan je tu...hehe..Jangan marah haa Kulanz..gurau je..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails