TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, April 21, 2010

Home » , » Rabu dan kisah "Google Guys"

Rabu dan kisah "Google Guys"

Seperti biasa, hari rabu merupakan hari yang sepatutnya menjadikan kita lebih produktif dalam melakukan kerja. Jadi aku harapkan agar korang semua berada pada kedudukan dan prestasi terbaik pada hari ini. Kebanyakan daripada kita mempunyai idea apakah makna kejayaan yang sebenar, dan kadangkala kita mempunyai visi minda macam mana perjalanan hidup kita. Mungkin kita akhirnya akan mendapat pengiktirafan sebab telah penat bekerja, dapat banyak duit (ini aku pun nak..hehe..), mencari pasangan hidup idaman hati, berkeluarga, nak beli rumah, kereta dan banyak lagi yang kita nak dalam hidup kita ni. Tapi, mungkin korang mempunyai visi yang berbeza tentang makna kejayaan sebenar ini. Yang penting, kerja, jangan tak kerja...hehe.. Mari kita buat kerja di hari Rabu ni dan semoga semuanya berhasil. :)


Ok, mari kita berkenalan dengan dua orang jejaka macho bergaya di atas ini. Yang pakai baju kemeja warna biru tu namanya Larry Page. Hmm...macam pernah dengar kan? hehe.. Yang pakai t-shirt dan jeans tu tunang aku..haha.. Gurau je. Namanya Sergey Brin. Mereka inilah manusia yang digelar Google Guys. Merekalah yang telah mencipta kewujudan Google yang sedang kita gunakan secara berleluasa pada hari ini. Aku ingatkan pengasas Google ni dah tua, rupanya masih muda, belum lagi mencecah umur 40 tahun. Jom berkenalan dengan mereka berdua yang cool dan genius ni. :)

Lawrence Larry Page dilahirkan pada 26 Mac 1973. Beliau merupakan saintis komputer yang mengasaskan Google Inc. bersama-sama dengan rakannya Sergey Brin. Beliau merupakan orang ke 24 terkaya di dunia dengan aset peribadi bernilai USD17.5 billion. Memperolehi ijazah kedoktoran dari Universiti Stanford. Beliau berkahwin pada usia 34 tahun. Pencapaian dan pengiktirafan beliau yang paling besar apabila beliau diiktiraf sebagai "Global Leader For Tommorrow" oleh World Economic Forum. Produknya iaitu Google mendapat anugerah Webby iaitu undian daripada orang ramai untuk pencapaian teknikal, Outstanding Search Service, Best Image Search Engine, Best Design, Most Webmaster Friendly Search Engine, dan Best Search Feature.
Sergey Brin pula dilahirkan pada 21 August 1973 dan merupakan saintis komputer berdarah Rusia-Amerika. Beliau berhijrah ke Amerika pada usia 6 tahun dan mendapat ijazah pertama beliau di Universiti Maryland. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Stanford dan bertemu dengan Larry Page yang terus menjadi rakan baiknya. Mereka tinggal di hostel yang sama dan bereksperimentasi dengan komputer biasa yang digabungkan dengan sistem data mining yang dicipta oleh beliau untuk mencipta aplikasi Search Engine yang berkeupayaan tinggi. Mereka kemudian menjadi terkenal di Stanford. Mereka berdua juga telah menanggguhkan pengajian doktor falsafah mereka dalam usaha mencipta Google. Beliau turut menerima banyak pengiktirafan di mata dunia dari segi kejuruteraan perisian. Beliau juga menamatkan zaman bujangnya pada umur 34 tahun dengan seorang penganalisis bioteknologi.
 "Google Guys" yang ceria
Sewaktu berada di Universiti Stanford, mereka selalunya tidak bersetuju dengan kebanyakan subjek yang diajar sewaktu kuliah. Tetapi semakin mereka menghabiskan masa bersama, mereka menjadi teman sehati sejiwa yang berintelek tinggi dan juga sangat rapat dari segi persahabatan. Bestnya ada kawan macam ni kan.  Aku rasa mereka berdua ni memang rapat, tengok la kahwin pun pada umur yang sama, hehe..:)

p/s: Pengajaran moral yang boleh kita perolehi di sini ialah, kawan boleh merosakkan, dan kawan juga boleh membolehkan kita cemerlang dalam hidup kita. Jadi, jom kita contohi semangat setiakwan kedua-dua sahabat yang hebat ini. Orang lain mungkin melihat mereka ini sebagai manusia yang hebat dan terkenal. Hakikatnya, mereka juga manusia biasa yang mempunyai kehidupan seperti orang lain. Cuma yang membezakan mereka dengan kita adalah visi dan misi kita. Mungkin kita tidak boleh mencipta Google seperti mereka, tapi kita mungkin boleh membuat sesuatu yang boleh membuatkan kita bangga dengan diri kita sendiri.. Hmm, dapat tak motivasi dari entri kali ini? Panjang berjela dah aku tulis ni..hehe.. Jumpa lagi di entri akan datang... :)


22 comments:

Eqah Zaque Billetdoux said...

wiee. memang motibasi! Waah. semangat berkobar-kobar udah bilet ne. hahaks.

Shamrin Mat Janih said...

Aku pun selama ni, tak tahu sapa pengasas google. Mang hebatlah....

Aminjohar said...

Naik sikit semangat & motivasi hari ini.. :-)

Sangat inspired untuk berjaya seperti mereka sekurang2xnya 5% dari kejayaan mereka pun dah cukup bertuah sesangat. :-)

uncle said...

yg sorang tu nampak macam member uncle yg utang nasi lemak sampai sekarang tak bayar? hahahha giler 17billion tu sampai beberapa keturunan tak habis makan...cuba tuan umah cari maklumat tentang kawan perindustrian google yang menmpatkan ruang server google..besar giler..boleh buat entry lanjutan nanti..

Bb Hussain said...

yup..pernah baca gak tentang diorang ni..betul..apa yg penting kerjasama..heheh..visi dan misi kita ..dan action utk mencapai matlamat tersebut ;)

impish_yatie said...

btol ke hari rabu hari yg produktif???huhuhu

zulkbo said...

memang menarik entri ni
kalau tak silap pernah jadi top 10 billionair majallah Forbes satu ketika dahulu..memang kaya tapi harap tidak menyumbang untuk badan yang memusnahkan sesuatu ethnik..

husnazainal said...

tp saya tak keje lagi..cne???

Nur Hidayah Yahya said...

wah!!! bersemangat hari ni..

: bluedianthus : said...

@ Eqah Zaque Billetdoux...
Amboi panjang gile nama glamour..hehe..
Bagus la entri ni dapat menaikkan semangat motivasi Billet..:)

: bluedianthus : said...

@ Shamrin Mat Janih..
Ya, mereka la pengasas Google yang cool ni. Memang hebat kan...:)

: bluedianthus : said...

@ Aminjohar..
Semoga AJ terus bersemangat..:)
Yup, kalau dapat 5% kejayaan mereka pun dah lebih dari cukup kan AJ..:)

: bluedianthus : said...

@ uncle..
Wah ye ke uncle? Hutang nasi lemak? Takpe, halalkan je..heheh..
Tu la, sampai 7 keturunan kot tak habis-habis lagi..:) Oh, menarik jugak tu nak cerita tentang ruang server Google. Ada masa saya akan kongsikan dengan pembaca blog ini...Terima kasih di atas cadangan uncle..:)

: bluedianthus : said...

@ Bb Hussain..
Kerjasama dan persefahaman di antara satu sama lain.. :)
Betul..cuma kadang-kadang saya pun tersasar juga dari misi dan visi yang ada..:)

: bluedianthus : said...

@ zulkbo...
Terima kasih di atas pujian anda. Betul tu, kalau dah kaya jangan pula nak buat benda yang boleh menjatuhkan maruah ataupun dengan memburuk-burukkan negara orang lain kan... :)

: bluedianthus : said...

@ impish_yatie..
welcome to my blog...
Pada saya, benda ni betul sebab hari Rabu adalah pertengahan bagi waktu bekerja dalam seminggu. Jadi sepatutnya kita akan lebih produktif. Apapun, semuanya bermula di minda kita..betul kan?

: bluedianthus : said...

@ husnazainal..
Student juga salah satu pekerjaan..iaitu..belajar.. :)

: bluedianthus : said...

@ Nur Hidayah..
Mesti selalu bersemangat..itu penting untuk memotivasi diri..:)

ct said...

igtkan pemilik google tu dh tua rupanya muda lg hehe..

: bluedianthus : said...

@ ct..
Yup.masih muda lagi, belum sampai 40tahun lagi...hebat kan..:)

azez sharef said...

wah..,motivasi menarik..

azez sharef said...

peh..hebat dorang nie..
jadikan inspirasi untuk kita semua..
salam perkenalan cik bluediantus=)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails