TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, April 5, 2010

Home » , , » Nuffnang, Page Rank dan keseronokan berblogging

Nuffnang, Page Rank dan keseronokan berblogging

Selamat hari Isnin buat semua rakan blogger yang aku hormati, semoga korang sihat-sihat selalu di samping tugasan dan juga keluarga masing-masing, Hari ini hari Isnin, hari ini permulaan hari bekerja bagi mereka yang bekerja. Semoga korang kerja dengan rajin ya. 

Bagi para blogger, hari Isnin memang hari yang dinanti-nanti. Sebab tak sabar-sabar nak check earnings yang mereka dapat. Semoga earning korang bertambah dan terus bertambah la ya. Baru-baru ini pihak Nuffnang telah menghantar email pemberitahuan mengenai fraud click  yang sedang berleluasa. Jadi aku nasihatkan kepada mereka datang ke blog aku ni, klik iklan yang korang berminat saja ok. Takut juga nanti kena banned seumur hidup, hilang pula mata pencarian sampingan. 



Jadi aku rasa cara yang paling selamat adalah dengan meningkatkan trafik datang ke blog kita dan sasarkan kepada buffered campaign. Manalah pihak Nuffnang tak marah, Nuffnangers ramai, tapi bajet pihak pengiklan terhad, kena fraud click lagi. Mestilah marah juga kan. Jadi bersama-samalah kita berblog secara beretika ya. Oh ya, bercakap tentang buffered earning ni, blog ini telah mendapat satu lagi buffered ads.
Buffered ads ketiga blog Bluedianthus

Bagi blogger yang sangat peka dengan Page Rank blog mereka, mereka pasti tidak akan terlepas untuk memeriksa Page Rank mereka. Pada 31 Mac lepas, pihak Google telah mengemaskini Page Rank semua blog-blog seluruh dunia. Blog Bluedianthus masih lagi mengekalkan Page Rank 2. Bagi blog warnniemusah.com pula, PageRank telah jatuh ke PageRank 0 semula. Tapi, blog berbahasa Inggeris aku telah dikurniakan PageRank 1. Bagi aku, nothing to lose. Berblogging la dengan gembira.
 Nak tau PageRank blog korang, boleh check melalui Google PageRank Checker


Selain daripada itu, Alexa Rank blog ini juga telah mencapai sasaran yang sebenarnya nak aku capai sebelum harijadi blog ini, iaitu untuk mencapai keddudukan Aleza 500K, tapi update Alexa hari ini sudah cukup menggembirakan aku. Blog aku sudahpun berada di kelompok 500K, good job Bluedianthus.
Boleh ke laman web Alexa kalau nak tau kedudukan alexa rank blog korang

p/s:Berblogging dengan gembira, jangan fokuskan sangat tentang duit, nanti duit lari pula. Hehe...
p/p/s: Selamat harijadi kepada abang aku yang ke-28, semoga sihat-sihat selalu di KL nun. I miss you big brother.


Artikel Berkaitan: 

15 comments:

fitri oh fitri said...

uhs. sy dpt 1st rank. haha.
trimas share benda ni!








http://fitridzulkifli.blogspot.com

: bluedianthus : said...

@ fitri...
Tahniah dapat PR1..teruskan usaha berblogging yang.. Sama-sama, benda baik mesti dikongsi..:)

zairi faiezil said...

Salam / Mari teman berteman bersama saya..

Wah, tahniah saya ucapkan atas kejayaan saudari dlm dunia blogging semoga kejayaan demi kejayaan dapat dikecapi lebih cemerlang..

: bluedianthus : said...

@ zairi faiezil..
terima kasih zairi..semoga zairi pun sama..
Blogging is fun kan..:)

areev19 said...

tahniah2 ;)

hans said...

tahniah

Kulanz Salleh said...

Kalau dulu, selalu juga letakkan target utk traffic, alexa rank, google PR, mmg puas hati kalau target tcapai, tapi sekarang ni x kisah sangat dah.. yg penting berbelog dengan suka-suka, tiada tekanan :)

uhave2buy said...

Wah...semoga makin berjaya...
harap kita semua dpt berblog dengan berhemah dan beretika..
nanti nuff marah susah la kita..
:)

zairi faiezil said...

Insyallah.. semoga kita dpt memperoleh kejayaan demi kejayaan.. A'ah blogging very fun dan dpt berkongsi ilmu pengetahuan bersama..

Saya hrp kita berdua dpt berkerjasama dlm dunia blogging..

Tq..

: bluedianthus : said...

@ hans..
Terima kasih..:)

: bluedianthus : said...

@ Kulanz Salleh..
Betu tu, berblog sepatutnya mengurangkan tekanan dan bukannya menambah tekanan. :)

: bluedianthus : said...

@ uhave2buy..
Betul tu, nanti susah la kita nak cari makan..hehe..

: bluedianthus : said...

@ zairi faiezil..
Betul tu..berblogging menambah ramai kenalan dan juga menambah pengetahuan.

Ya, semoga kita dapat bekerjasama di lain hari.. :)
Welcome zairi.. :)

blogermanz said...

hehe.. tahniah..keep it up.. saya yang newbie nie belum pun dapat apa² rank.. uhuhuh...

: bluedianthus : said...

@ blogermanz...
Takpe, saya pun newbie juga ni. Jom sama-sama belajar berblog..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails