TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, April 25, 2010

Home » , » Nasihat santai bersahaja, dari aku yang biasa-biasa..

Nasihat santai bersahaja, dari aku yang biasa-biasa..

Entri ini ditulis ketika adik aku yang baru balik dari Kolej Matrikulasi Labuan tengah tidur dengan nyenyaknya di sebelah aku. Aku yang tengah baring-baring atas katil ini pun rasa macam terkena penangan nak tidur je. Mummy tengah tengok tv, adik bongsu aku pengsan kat bilik dia, dan adik aku yang baru selesai menduduki SPM tahun lepas pun tidur tak ingat dunia di ruang tamu. Daddy pula tengah lena dibuai mimpi di bilik. Cuma aku dan Mummy je masih on. Gambar kat sebelah ini diletak untuk membuatkan korang tertanya-tanya yang mana adik dan yang mana kakak. Yang penting aku lagi kakak dari dua orang ni..hehe..

Seronok rasanya dapat melihat wajah-wajah kesayangan aku ni berada di rumah. Setiap masa itu sememangnya sangat bernilai untuk disia-siakan. Menurut kajian, masa untuk bersama dengan keluarga pada masa kini sangat terhad. Bagi mereka yang bekerja makan gaji tu tau la kan. Apalagi kalau ada yang bekerja mengikut syif macam Mummy aku.Kalau kena syif malam, alamat esok pagi baru dapat berjumpa. Itu pun kalau sempat sebab masa pagi semua orang sibuk nak pergi ke sekolah la, kampus la dan macam-macam lagi urusan yang mengehadkan masa kita bermesra dengan keluarga.

Wang ringgit tidak dapat membeli kebahagiaan walaupun wang sememangnya sangat-sangat perlu untuk menjamin kebahagiaan. Baru-baru ini aku sempat menonton siri kegemaran aku, Oprah Winfrey Show. Siapa yang tak kenal dengan wanita berkarisma ini kan. Tapi itu bukan persoalannya, yang aku nak bagitau adalah mesej dalam topik rancangan beliau baru-baru ini tentang sikap berjimat-cermat dan menggalakkan anak-anak muda untuk menabung. Menabung itu kan amalan mula. Di Amerika Syarikat, sesiapa yang berusia 21 tahun dan ke atas dan masih belum mempunyai pekerjaan yang tetap layak menerima elaun sebanyak $500 sebulan. Itu pun dah cukup banyak, lebih kurang RM1,594.50. Macam kerja makan gaji je kan. :) Tapi kebanyakan remaja ini boros dalam berbelanja. Beli itu ini, apa yang terbaru semua nak beli. Kalau la mereka menabung selama 2 tahun sebelum mendapat pekerjaan yang tetap, jom kita mengira.

Usia menabung : 21 tahun
Masa menabung : 2tahun
Elaun: $500 sebulan
Jumlah Elaun jika simpan $350 sebulan selama 2 tahun : $350 * 24bulan = $8400.00
Wang semasa berusia 23 tahun -> $8400 (RM 26, 787.60)

Wah, bagi aku dah cukup banyak tu. Kalau di Malaysia ni, dah boleh sambung belajar. Selain itu pada masa ini, kita masih lagi berada di bawah tanggungan ibubapa, dah ada wang sebanyak ini. Bukankah ianya satu bonus untuk kita sendiri? Tak payah nak susahkan ibubapa kan. Jadi nasihat aku kepada pembaca blog ini, silalah berjimat cermat dari sekarang. Nilai wang semakin hari semakin jatuh nilainya. Janganlah diikutkan sangat cara berbelanja yang tidak sihat. Kita haruslah bijak menaakul mana satu kehendak, dan mana satu keperluan. Fikir-fikirkan.

Berbalik pada keluarga, ibubapa juga perlu menekankan betapa pentingnya menabung kepada anak-anak mereka. Jangan hanya katakan "YA" saja kepada semua permintaan anak-anak. Nanti, silap-silap haribulan jadi macam kisah Anakku Sazali nanti. Terima kasih kepada kedua ibubapa aku yang gigih mencorakkan anak-anaknya untuk mengenal erti susah dan berjimat.. Hmm..kalau la Mummy dan Daddy aku baca blog-blog aku yang ada ni kan bagus.  
 Jom menabung untuk masa depan

p/s: Melentur buluh, biarlah dari rebungnya (ada gaya Karam Singh Walia tak? Hehe..)


Artikel Sebelumnya: Mari kita bersantai bersama..

Artikel Berkaitan:

6 comments:

ked :) said...

btol3..masa ngan family mmg terhad skang :(

shahrul said...

alamak sis.. saya belum start menabung.. kumpul sikit2 ade la, tapi korek balik selalu gak la.. hehe..

kena disiplin la lepas ni jwbnya..

nasihat yang berguna.. thanks sis..

Shamrin Mat Janih said...

terasa lm xjumpa family. erm.
Menabung perkara penting mesti dibuat, terutamanya lelaki. hehehe

: bluedianthus : said...

@ ked...
Yup, jadi sekarang ni kena fikir masa yang berkualiti bersama keluarga..:)

: bluedianthus : said...

@ shahrul..
Hehe..takpe, skrng ni kena keluarkan duit dulu untuk membeli ilmu, lepas ilmu tu dah banyak, baru boleh menabung sampai penuh kat bank..hehe

Yup, disiplin penting..Mudah-mudahan nasihat ini berguna untuk semua..Sama2 shahrul..:)

: bluedianthus : said...

@ Shamrin..
Jauh bukan alasa..Shamrin boleh telefon untuk bertanya khabar..:) yup, terutama lelaki yang nak kahwin cepat..hehe

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails