TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, April 28, 2010

Home » , , » [Motivasi] Bukan orang biasa...

[Motivasi] Bukan orang biasa...

Jadi kalau bukan orang biasa, anak raja la. macam Prince William tu? Jangan risau, Bluedianthus ni bukannya seorang blogger yang memilih dalam mencari kawan-kawan blogger. Bluedianthus bersahabat dengan sesiapa sahaja. Lagipun, mana aku tau korang ni blogger yang kaya atau tak. Kalau aku tau, aku nak minta belanjar aiskrim drumstick satu, hehe.. Lain la kalau blog itu dimiliki oleh seseorang yang bernama John Chow ataupun Kenny Sia ataupun Irfan Khairi..:)


Pernah tak korang tengok berita seorang pelatih PLKN yang menyamar menjadi anak angkat keluarga Diraja? Yang tengok berita tu tau la kan. Sampai macam tu sekali dia nekad semata-mata untuk mengetahui pengurusan PLKN yang dijalankan. Siap dapat pakaian khas untuk golongan diraja lagi. Apapun, nasib baik la tak kena hukuman berat. Lagipun, budak tu pintar dalam pelajarannya. Pintar juga dia menyamar ye..huhu. Jangan amalkan selalu ya, bahaya untuk kesihatan minda tu. :)

Seperti biasa, kalau hari Rabu ni memang kegemaran aku untuk menceritakan sedikit ceritera motivasi yang aku harap dapat menjana semula motivasi diri korang yang hilang (kalau tak hilang, syabas aku ucapkan). Ini pun termasuk aku yang kadang-kadang malap juga semangat dalam diri. Terutamanya jika sesuatu yang aku buat itu tidak menghasilkan sesuatu seperti yang aku harapkan. Lagi satu, hari Rabu adalah hari otak kita berada pada tahap yang paling maksium, ini bukan aku yang cakap tulis, ini adalah melalui pembacaan aku saja. Mungkin juga teori ini tidak dapat diaplikasikan untuk semua orang. Apapun, it's all about our mindset..


Sejak kita dalam kandungan ibu kita lagi, sudah tertulis yang kita ini bukannya sebarangan orang. Daripada beribu-ribu sperma yang ada (maaf, ini bukannya sesuatu yang seperti korang fikirkan di saat ini..), kita la bukti yang sebenarnya. Kita lahir ke dunia sebagai seorang juara. Setiap daripada kita dilahirkan sebagai seorang juara. Ya, kita bukannya orang biasa. Kita juga membesar sebagai juara. Dari kecil kita belajar untuk merangkak, kita belajar untuk berjalan, kita belajar untuk bercakap, kita belajar untuk makan. Segala-galanya kita belajar. Ingat senang ke nak belajar berjalan? Kalau aku tengok budak-budak yang baru nak belajar berdiri, kemudian jatuh semula. Berdiri lagi, selangkah, dua langkah, jatuh lagi. Aku bayangkan aku juga begitu masa aku sebaya dengan mereka ni. Kita masih lagi berusaha sehingga satu masa..mampu berjalan dan berlari-lari riang bersama-sama dengan budak-budak yang sebaya dengannya. 

Jadi, kita masih orang biasa ke? Aku betulkan, kita bukan orang biasa. Kita orang luar biasa bagus. Sejak dari kecil lagi kita belajar untuk mengerti yang putus asa itu tidak seharusnya wujud dalam diri kita. Kita belajar untuk menangani segala masalah yang ada. Kita belajar bahawa peralihan daripada kanak-kanak ke alam dewasa memerlukan banyak pelajaran. Kita memerlukan pelajaran, dan pelajaran itu akan menjadi pengalaman kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kita juga boleh belajar apa saja yang kita inginkan, dengan syarat ianya digunakan ke arah kebaikan. Kita mungkin kelihatan biasa-biasa saja (macam aku..hehe..) di mata orang lain, tapi di dalam diri kita, sebenarnya tersembunyi orang luar biasa, yang menunggu untuk dilepaskan. Aku bukan orang biasa, korang pun bukan orang biasa...kita orang yang luar biasa, kerana kita makhluk Tuhan yang dicipta mempunyai akal yang tidak diberikan kepada makhluk yang lain.

p/s: Suka lagu Siti Nurhaliza, Bukan Cinta Biasa..hehe.

Artikel Sebelumnya: Komisyen diterima...

Artikel Berkaitan:

4 comments:

Shamrin Mat Janih said...

Oleh kerana kita adalah orang biasa dan tidak tergolong dikalangan orang yang hebat,kita kena berusaha secara luar biasa untuk tergolong dan menjadi dikalangan orang-orang hebat.

: bluedianthus : said...

@ Shamrin..
Ya, betul tu, kita kena berusaha secara luar biasa hebat...Sebab setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.:)

info2u said...

teringat zaman sekolah dulu kena tulis..

aku orang biasa lahir dalam keluarga biasa....blablabla..aku akan jadi orang luar biasa..:)

: bluedianthus : said...

@ info2u..
Hehe...bagus juga kena suruh cikgu tulis macam ni..daat meningkatkan motivasi diri..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails