TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, April 8, 2010

Home » , , » [Motivasi] Bangkit sebagai juara..

[Motivasi] Bangkit sebagai juara..

Setiap daripada kita pernah melalui cabaran kegagalan dalam menempuh jalan kejayaan. Aku pun termasuk dalam golongan yang selalu gagal dalam mencapai sesuatu yang aku inginkan. Mungkin korang juga begitu, tapi cara kegagalannya saja berbeza. Tapi itu bukan bermakna kita akan gagal selamanya. Tapi kita sebenarnya sedang melalui jalan kejayaan yang paling bermakna. Yang manis bukanlah kejayaan, tapi perjalanan kita dalam mencapai kejayaan yang kita impikan. Ayuh korang semua, kita bangkit sebagai juara.

Aku baru sahaja membeli buku seperti yang korang lihat di sebelah ini. Ayat pada prakata buku ini saja sudah cukup membangkitkan semangat aku untuk terus membaca buku ini. Ini antara kata-kata yang menarik perhatian aku untuk terus membacanya. 
"Kata-kata itu lebih tajam daripada sebilah pedang yang tajam, maka hayatilah kerana ia adalah senjata yang berharga bagi diri kita." 
Mendalam sungguh kata-kata tersebut tu kan. Cuba kita tengok Perdana Menteri kita yang petah berkata-kata, hari-hari keluar di televisyen. Tapi, setiap kali berucap setiap ayat yang beliau ucapkan mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam kalangan mereka yang mendengarnya. Ya, kata-kata adalah senjata utama para pemimpin dunia untuk mempengaruhi minda rakyat. Baik kata-kata, baiklah jadinya. Buruk kata-kata, buruk juga akibatnya. Kata-kata juga boleh membuatkan seseorang itu marah. Kata-kata yang lembut juga boleh memadamkan kemarahan yang sedang memuncak. Hanya dengan kata-kata, ia boleh mengubah dunia.


Aku suka buku ini sebab buku ini bukan hanya bersifat sehala. Aku bukan saja membaca tetapi juga membuat latihan melatih motivasi di dalamnya.Buku ini melatih kita mencari bakat terpendam dalam diri dan bagaimana menjadikan bakat itu membuatkan kita lebih yakin dalam kehidupan kerjaya dan juga pembelajaran kita. Kira macam latih tubi la ni kan..hehe..Walaupun hanya setebal 148 mukasurat, tapi isi kandungannya sarat dengan ilmu yang tak ternilai. Sebuah lagi buku keluaran PTS yang berkualiti.

p/s: Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. Aku dan korang, jom sama-sama bangkit menjadi juara dalam zon kita sendiri. Mudah-mudahan.


Artikel Berkaitan:

6 comments:

nana said...

thx for the motivation... ;)

Abi Luqman said...

Hai .. susah nak masuk shouthmix..kenapa ye..i tak pandai kut

: bluedianthus : said...

@ nana..
Welcome..sekadar berkongsi..:)

: bluedianthus : said...

@ Abi Luqman...
susah ke? ok je tu..cuba buat balik..Boleh tu.. :)

hishamuddin said...

tambah...7th habit..by steven convey.dan la-tahzan(jangan bersedih)

: bluedianthus : said...

@ hishamuddin..
wow macam menarik tajuk buku tu...nanti nak cari..hehe

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails