TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, April 5, 2010

Home » , , , » Masa untuk bersantai-santai di hujung minggu..

Masa untuk bersantai-santai di hujung minggu..

Macam mana dengan hujung minggu korang? Aku doakan semoga hujung minggu korang baik-baik saja. Aku seperti biasa akan balik kampung setiap kali menjelang hujung minggu. Biasalah untuk merehatkan minda yang sesak dengan macam-macam masalah. (Macam lah aku ni Perdana Menteri , banyak masalah sangat, hehe...)

Bagi mereka yang berkeluarga, hujung minggu merupakan hadiah yang tak terhingga untuk dihabiskan bersama dengan keluarga tersayang. Jadi kenalah bijak supaya masa yang ada digunakan dengan sebaik-baiknya. Pada waktu entri ini ditulis, aku tengah menunggu adik-adik aku bersiap-siap nak ke kelas pendidikan agama. Kemudian destinasi seterusnya adalah membeli beg baru adik bongsu aku. Hari ini aku tak bolehlah nak bawa kereta laju-laju (gurau je..hehe..pandu cermat ingatlah orang yang tersayang ok..) sebab hari khamis lepas aku terjatuh parit depan rumah. Mungkin nak kena tambah degree cermin mata aku ni. Ini dah masuk kali kedua aku jatuh parit. Sadisnya...huhu..



Oh berbalik kepada entri yang sememangnya untuk bersantai-santai saja ni, aku lupa pula nak beritahu Ahad lepas aku dan dua orang adik aku, dan seorang adik sepupu tengok cerita Alice In Wonderland. Habis juga puluh-puluh ringgit nak belanja mereka tiket wayang dengan makan minum sekali. Lebih-lebih lagi harga tiket di hujung minggu memang mahal-semahal-mahalnya bagi aku yang tak berduit ni, hehe..Nasib baik semuanya comel-comel belaka (termasuk aku, haha..). Tapi ada satu yang aku tak kisah dengan duit yang aku belanjakan untuk mereka, kegembiraan yang jelas terpancar di wajah mereka.  Sepanjang perjalan balik ke rumah, tak habis-habis cerita tentang adegan yang berlaku dalam Alice in Wonderland. Tapi tak apa, tak juga aku mengantuk masa nak memandu. :)

 Adik-adik kesayanganku yang comel-comel belaka. Nak berkenalan? Warning, mereka semua tak available, hehe..Kakak dia available tapi kekosongan belum dibuka ;p

Kegembiraan memang tak boleh dibeli, tapi ia boleh dicari. Dan apa yang aku buat ini adalah salah satu alternatifnya. Dan sebenarnya wang yang aku belanjakan itu adalah hasil daripada kerja freelance aku melalui internet ini. Aku rasa ianya sungguh berbaloi untuk aku belanjakan. Selagi masih boleh beramah-mesra dan bergurau senda dengan keluarga dan orang yang disayangi, lakukan saja. Walaupun hanya ada sedikit waktu, yang penting waktu bersama itu berkualiti.

p/s: Maaflah, kalau korang dah sampai ke ayat ni tak dapat apa-apa yang boleh dijadikan rujukan, aku sekadar memberi sedikit rasa santai di blog aku. Jangan stress kalau melawat blog ini ya. Senyum-senyum selalu, dan jangan lupa berikan senyuman paling manis kepada keluarga korang. Berbaloi-baloi..hehe..


Entri Sebelumnya: Kematian, sesuatu yang pasti..

2 comments:

luckyguyz said...

meluangkan masa dgn family tercinta lebih bermakna dari segala-galanya..
tiada yg lebih penting dr itu...

: bluedianthus : said...

@ luckyguyz..
selamat dtg ke blog saya.
ya, itu memang betul..keluarga means the world..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails