TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, April 27, 2010

Home » , , » Komisyen diterima..

Komisyen diterima..

Budak-budak sekarang ni dah makin canggih. Semua gadget terbaru pun mereka tahu. Aku je yang terkial-kial nak kejar kemajuan teknologi sekarang ni. Jadi pembacaan mesti ditingkatkan. Sekarang ni pun mereka dah terdedah dengan aplikasi dan kemudahan komputer dan internet.


Tapi ianya mempunyai pro dan kontranya sendiri. Kalau tujuannya baik, baiklah jadinya. Kalau niat tak baik, buruk la hasilnya. Ibubapa kenalah sentiasa pantau anak-anak tu ye. Kalau boleh beli je desktop dulu dan letakkan di tempat terbuka seperti di ruang tamu, jadi mudahlah memantau aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak. Takpun, setkan restriction dulu pada sistem komputer. Mudah-mudahan rakyat Malaysia semua akan celik komputer menjelang tahun 2020 nanti. :) 

Internet, suatu alat yang berkuasa. Setiap hari, berjuta-juta manusia melayari Internet dengan berbagai-bagai tujuan. Tahukah korang orang Asia merupakan penduduk yang paling ramai melayari Internet? Menurut kajian, 3 daripada 5 orang yang sedang melayari Internet pada satu-satu masa adalah orang Asia. Wah, aku pun baru tau la. Aku rasa penduduk yang Asia yang menyumbang kepada bilangan 3 orang ini adalah mereka yang berasal dari negara India, Indonesia, dan China. Maklumlah, bilangan populasi penduduknya yang ramai kan. Populasi penduduk Malaysia pula adalah sebanyak 25juta orang iaitu 17juta penduduk menetap di Semenanjung Malaysia. Tahukah korang negara kita ni adalah negara kedua yang paling berdaya saing di dunia dalam bidang pengangkutan dan pelancongan daripada 124 negara? Negara kita juga adalah negara yang ke 24 yang paling selamat untuk dikunjungi selain negara yang ke-10 yang mempunyai kualiti yang tinggi dari segi pendidikan? Ini bukan aku yang cakap tulis ye, tapi dikaji oleh World Economic Forum (WEF) Geneva. Kajian ini sah bagi tahun 2008 sahaja. Sekarang ni aku tak tau la. Nanti boleh cuba tanya-tanya "Google Guys" lepas ni. ^_^

Alamak, tersasar jauh dari tajuk entri kali ini...minta maaf. Sebelum aku offline semalam daripada aktiviti rutin yang aku lakukan di Internet, aku menerima email gembira daripada Admin WangCyber yang aku baru saja mendapat komisyen affiliate pertama aku di WangCyber. Syukurlah, walaupun tak banyak tapi ada juga duit poket sikit-sikit kan. Kali ini dalam bentuk ringgit Malaysia pula.
RM38.80 yang bermakna
WangCyber merupakan satu forum perbincangan dalam kalangan mereka yang berminat untuk mengetahui cara-cara berniaga di Internet. Dulu aku saja-saja je masuk forum ni nak tambah kenalan. Tapi ilmu yang ada dalam forum ini sangat banyak dan tidak sia-sia masa yang dihabiskan untuk mencari ilmu. Pilih saja bidang apa yang korang nak, cuma aku nasihatkan jangan terlalu banyak mempelajari ilmu perniagaan Internet ataupun cara buat duit Online dalam satu-satu masa, boleh overload nanti otak tu. Nanti semua pun tak jalan. Jadi kalau korang nak masuk dalam perbincangan di forum ini, boleh terus register kat WangCyber tu. Boleh la kita sembang-sembang berilmu..hehe. Senang je cari aku dalam forum tu. Tapi sekarang ni aku kurang aktif la, banyak komitmen lain yang harus didahulukan. Apapun, selamat mencari ilmu yang berguna aku ucapkan. 

p/s : Ingat, Internet bukan sekadar hiburan, Internet juga boleh menyumbang kepada pelbagai sumber pendapatan.
p/s: Bluedianthus baru saja bermula dalam menghasilkan pendapatan dari Internet, I'm not an expert, but I'm also not a newbie...(ini adalah kata-kata seorang usahawan Internet yang telah berjaya dalam perniagaan Internet ini)
 Update link berbayar: Link ini menjadi link teratas yang paling popular dalam blog ini

Artikel Sebelumnya: "Jalinan" ini berbayar...

Artikel Berkaitan:

8 comments:

zulkbo said...

salam..
tahniah
moga terus sukses

belalang hijau said...

Perh...
dapat cek...bestnyer...
bila le belalang nak rase mcm tuh...

: bluedianthus : said...

@ zulkbo..
Terima kasih...
Semoga zulkbo juga terus sukses selalu..:)

: bluedianthus : said...

@ belalang hijau..
Take..segala sesuatu ada masanya..
Kita cuma mampun berusaha...:)

Syaz Shuk said...

shopping la pasni :))

pawaka19 said...

emm mmg mencari pendapatan sampingan macam awk wat ni..thanks share2

: bluedianthus : said...

@ Syaz Shuk..
Oh, sekarang ni aktiviti shopping dihentikan..Beli ala kadar saja..:)

: bluedianthus : said...

@ pawaka19..
Sama-sama..ada banyak lagi cara untuk menambah pendapatan, cuma kenalah berusaha..dengan cara yang beretika...:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails