TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, April 7, 2010

Home » , » Kisah Bluedianthus mencari duit online Bahagian 2

Kisah Bluedianthus mencari duit online Bahagian 2

Hari Rabu merupakan hari di mana tahap produktiviti seseorang itu berada pada tahap yang paling maksimum. Ini kerana hari Rabu merupakan hari pertengahan di antara hari-hari bekerja. Walau bagaimanapun istilah ini tidak dapat diaplikasikan bagi mereka yang bekerja di sektor swasta kerana ramai yang masih bekerja pada hari Sabtu. Aku harap korang sentiasa produktif tak kira di mana jua korang berada (pinjam tagline Digi kejap, hehe..)


Entri kali ini adalah sambungan entri hari Selasa, di mana aku telahpun menerima satu lagi pembayaran untuk salah satu program PTC yang aku sertai. 1sen pun berharga juga tau, jadi kenalah berjimat kalau nak guna duit. Beli yang perlu sahaja. Bezakan antara keperluan dan kehendak. Korang mampu mengubahnya (pinjam tagline keselamatan jalan raya pula, hehe..)
.


Kat bawah ini merupakan bukti aku telah menerima pembayaran dari pihak yang mengendalikan program PTC tersebut. Bukan nak menunjuk-nunjuk, saja nak bagi kepastian program PTC yang aku ikut tu bukannya scam. Lagipun, dah memang naluri manusia nak bukti baru nak join. Apa boleh buat kan...
Kelmarin aku cashout sebanyak $1.01

Hari ini dapat email dari pihak PTC

Email menyatakan duit telah masuk ke akaun Paypal aku

Aku check akaun Paypal, dan duit sudah dimasukkan


 Syukur juga ada income kecil-kecilan


Ok, itulah pendapatan sampingan aku yang tak seberapa. Setelah dicampur dengan pendapatan kelmarin, dah lepas beli topup Celcom. Syukur...^_^ Lagipun, aku bukan hari-hari main klik-klik ni, kadang-kadang klik pun tak habis. Apapun, dunia online memang best. Dapat juga merasa duit USD. Kepada korang yang baru nak berjinak-jinak untuk mendapatkan wang dari dunia online ini, boleh cuba program PTC ni. Lepas tu korang boleh la upgrade ke level yang lain lepas ni.



Ini la program PTC yang aku sertai..1sen pun duit juga.. ^_^
Boleh klik banner kat atas tu kalau nak tau lebih lanjut


Sekian saja perkongsian kali ini. Kadang-kadang bosan juga kalau selalu cerita tentang duit ni. Duit bukan segala-galanya. Esok aku, nak kongsikan sebuah buku yang aku baru beli. Buku motivasi yang sememangnya menjadi kegemaran aku. Leaders are readers, well-said by Donald-Trump.  Aduhai, jenuh tangan menaip ni. Rehat dulu, milo ais satu....


p/s: Peel Away Ads telah berubah wajah, perhatikan di bahagian atas kanan blog ini. ^_^


 Artikel Sebelumnya: Kisah Bluedianthus mencari duit online

10 comments:

ejoy@tnv696 said...

best kan dpt lam usd..sy lg smggu ntuk payout..nape la cam lmbt jer...

al-basri said...

salam,
nampaknya awak aktif juga cari duit online, saya banyak juga buat internet marketing selama blogging diluar negara. sekarang rasa menarik sebab kembali blogging dan mengenali blogger negara saya.

awak boleh cuba bisnes ini, masih baru lagi...rugi tak cuba
www.readbud.com
semoga sukses

: bluedianthus : said...

@ ejoy..
Ya, merasa juga duit usd ni..hehe..
Ejoy ikut paidtoclick ni juga ke? Sehari dah clear kalau saya..:)

: bluedianthus : said...

@ al-basri..
ya, saja nak cari kepuasan dalam dunia online..banyak lagi yang boleh diterokai..:)

Oh, terima kasih di atas perkongsian basri ya..Semoga anda terus sukses selalu..mudah-mudahan.:)

ejoy@tnv696 said...

taklah sy lain pnye..
die da minimun payout slgi lom capai lom leh tranfer lg.. xpe2 sbr2.. hehe..

Amin Johar said...

Owah banyaknya awak dapat.. :-)

AJ setakat ini kat site bux paidtoclick.in itu baru kurang $1.

Apapun AJ pernah mengiklan di sana.. Laju jer klik dah habis.

So lani AJ mengiklan di clicksmy.com :-)

Kira lani AJ bukan sahaja men2x klik. AJ gunakan duit hasil klik2x dengan menarik trafik dengan mengiklan juga.. :-)

Jom kumpul duit dengan PTC.. Duit paling mudah sekali nak dapat. :D
just kena rajin jer.

: bluedianthus : said...

@ ejoy..
Oh, belum sampai minimum payout la ni..Takpe, sabar-sabar..:)

: bluedianthus : said...

@ Aminjohar...
Yup, baru-baru ni rajin main klik-klik..hehe..Oh, AJ pernah beriklan kat sana.
Dekat clicksmy tu, saya ada nampak iklan AJ tu.

Ya, berkesan juga teknik AJ mengiklan tu, dapat bawa
ke site AJ kan.

Ok, jom kumpul duit ngan PTC. Yang paling mudah untuk newbie juga. Ya, rajin dan usaha tangga kejayaan. Kita buat kita dapat..:)

ejoy@tnv696 said...

da bole t sy update kt blog sy...

: bluedianthus : said...

@ ejoy..
Ok, jangan lupa tinggal jejak klu dah update ye..nanti saya melawat kat blog ejoy dan baca-baca..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails