TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, April 6, 2010

Home » , , » Kisah Bluedianthus mencari duit online

Kisah Bluedianthus mencari duit online

Dalam hati setiap orang, seseorang itu tidak akan percaya jika tidak melihat bukti. Itulah perkara yang aku cakap dengan seorang sahabat baik aku di dunia online. Jadi, aku biasanya akan berkongsi sesuatu perkara yang baik dalam hal mencari duit online apabila telah melakukan eksperimen sendiri. Kira aku jadi bahan ujikaji la ni, hehe.. To be or not to be, aku buat aku dapat. Mesti dapat, tak kisahlah untung atau rugi.  Yang penting mesti dapat result. Tapi yang paling penting, buat saja dulu. Dan aku rasa tak salah mencuba. Dunia online ni memang menyeronokkan. Lagi banyak yang boleh diterokai di dunia online ini. Dan aku sama sekali tidak akan mengajak korang kalau belum merasa sendiri duit yang konon-kononnya boleh diperolehi dengan mudah sebelum duit itu masuk sendiri ke dalam akaun bank ataupun akaun Paypal aku.


Program PTC (Paid To Click) ini menurut kamus ensiklopedia online Wikipedia, merupakan model bisnes online yang mensasarkan mereka yang ingin menjana pendapatan dari rumah. Laman web PTC bertindak sebagai "orang tengah" yang menghubungkan antara pengiklan dan juga konsumer. Pengiklan akan membayar pihak yang meletakkan iklan mereka di laman web PTC. Manakala sebahagian daripada bayaran akan diberikan kepada konsumer yang melihat iklan tersebut. Walau bagaimanapun, tidak semua program PTC ini membayar mereka yang melihat iklan. Ikut logik, mana ada orang yang nak bayar kalau tengok iklan mereka kan. Itulah yang membuatkan dunia online ini seronok...hehe..

Baru-baru ini aku telah pun cashout sebanyak USD2.11 melalui satu program PTC iaitu NEOBUX. Neobux membayar sebanyak $0.01 bagi setiap klik. 1 hari ada 4 klik atau 5 klik (bergantung). Nilai minimum cashout adalah sebanyak $2. Jadi ada lebih kurang 2 bulan aku nak dapat cashout pertama dari NEOBUX ni. Tak apa, ini kan cuma sampingan saja.
 Semasa proses pemindahan duit ke akaun Paypal
 Duit telah disahkan masuk ke akaun aku

Memang duit tu jumlahnya sikit, lebih kurang dalam:
Duit juga kan..bersyukur itu amalan mulia.. ^_^ (Nilai matawang Malaysia dah jatuh ke? hmm...)

Pendapat aku mengenai program PTC ini, bagus untuk menambah pendapatan sampingan. Dan sesuai bagi mereka yang ingin mencari program PTC yang benar-benar membayar. Klik saja, tak payah nak fikir apa-apa. Lebih bagus dari menjawap survey dalam bentuk penulisan. Tapi kalau nak jadi kaya tu tak ada la. Jadi kalau korang ada akaun Paypal, boleh la join, klik je banner kat bawah ni.



Jom join Neobux ramai-ramai..

p/s: Aku kira ini alternatif bagi mereka yang suka sangat main klik-klik. Kalau kat Neobux ni, klik banyak-banyak pun tak ada orang marah..hehe..
p/p/s: Ada satu lagi program PTC yang aku join, tapi masih pending. Aku balik-balik check akaun Paypal. Macam la banyak sangat duit yang aku dapat..hehe...nanti aku update ya.. :)
* Bila dah dapat duit tu jangan lupa bersedekah ya..

14 comments:

saya_arief said...

manyak betol on9 punyer biz skarang.

BezBuddy said...

bru td bce entry psl ptc 1malaysia...byk sgt skg ni...hehe

areev19 said...

fuh..lagi2 bisnes klik mengelik

selamat membuat duit ye :)

: bluedianthus : said...

@ saya_arief..
betul tu, tak terkira banyaknya..hehe

: bluedianthus : said...

@ BezBuddy..
PTC 1Malaysia...huhu memang PTC segar di pasaran tu..yup, banyak sangat kan.. :)

: bluedianthus : said...

@ areev19..
yup..macam-macam dunia online sekarang ni..hehe..

Terima kasih..:)

hans said...

banyak sungguh

fitri oh fitri said...

ebiz kan ade blaja taw dkt cosmopoint hr tuhs. best!

tp, kan, kurang keyakinan laa. xmcm nuff ke inity ke, percaya la jgk. huhu.



http://fitridzulkifli.blogspot.com

: bluedianthus : said...

@ hans..
Yup, terlalu banyak..hehe

: bluedianthus : said...

@ fitri..
Oh betul ke fitri...takpe, mencuba sesuatu yang baru selalu kita akan kurang keyakinan..Itu biasa..:)

Aku said...

Sikit2 lama2 jadi bukit.

Bila dah jadi bukit,
hulur2 la kat Aku sikit.

Hahaha...

: bluedianthus : said...

@ Aku..
Yup, sikit-sikit membukit..hehe
Wah, mesti saya hulur kalau dapat banyak..jangan risau..hehe..

zairi faiezil said...

Salam/Mari teman berteman bersama saya..

Good information.. ia seumpama atu lebih krg dgn google adsense. tp kte yg letak iklan kt laman web kita.. Tp anyway good luck your bisness online...

Tq

: bluedianthus : said...

@ zairi faiezil..
Thanks..tapi google adsense ni lagi best kalau kena dengan caranya kan.. Thanks, goodluck juga untuk zairi..
Welcome..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails