TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, April 22, 2010

Home » , , » Khamis dan Stress

Khamis dan Stress

Cepatnya masa berlalu kan, hari ni dah hari khamis, dan seiring dengan pertambahan hari yang ada dalam setahun ini, usia kita juga bertambah. Huhu...terutamanya golongan hawa macam aku ni, mesti takkan terlepas tengok kedut-kedut yang muncul di wajah..hehe.. Tak mengapa, memang telah ditentukan hidup kita di dunia ni macam tu kan. Takkan kekal muda selama-lamanya. Kita bukannya macam watak dalam animasi Doraemon yang sampai sekarang tak tua-tua..hehe.. Apapun, yang penting kesihatan dalaman dan kesihatan fizikal lebih penting. "Kerana diriku begitu berharga.." (tagline Loreal yang sinonim dengan wanita moden masa kini..hehe..) Entri pada hari khamis ini merupakan entri yang menarik(mudah-mudahan) kerana tak molek rasanya membiarkan entri Rabu dan kisah "Google Guys" mendominasi hari Khamis ini. Each day is a different moment to be cherished. Speaking pula dah..hehe..

Ok la, cukup dengan mukadimah hari khamis yang mendung di bahagian Kota Kinabalu Sabah ni. Jadi dalam keadaan mendung ini, masa rehat yang ada aku habiskan dengan menulis entri untuk perkongsian kita bersama. Stress ataupun tekanan dianggarkan mendadak naik di seluruh negara beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut pakar yang mengkaji fenomena stress ini, stress didefinisikan sebagai tindak balas fizikal, mental dan emosi seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Tapi sekiranya stress ini berlanjutan dalam jangkamasa yang panjang, ianya akan menjejaskan kesihatan. Jadi adakah korang termasuk aku-aku sekali ini mengalami gejala stress? Tanda soal...hehe.. Korang stress tak kerja hari ini? Tanda soal lagi..:)

Sebenarnya stress ini merupakan teman sehati sejiwa kita dalam kehidupan seharian. Kita mungkin kerap mengalami stress tapi kadang-kadang kita sendiri tak sedar kehadiran stress dalam kehidupan kita. Aku ada juga membaca kajian yang dijalankan oleh seorang pakar stress dari Universiti Putra Malaysia. Menurutnya, terdapat beberapa gejala yang boleh dilihat pada seseorang yang mengalami stress iaitu gementar, berpeluh, seram sejuk, bercakap dengan cepat dan kuat, kurang daya tumpuan, susah nak tidur, sukar membuat keputusan dan banyak lagi. Haa...adakah korang pernah mengalami simptom-simptom seperti yang aku sebutkan tuliskan tadi? Paling tidak pun mesti ada juga sangkut satu dua tanda-tanda tu kan. :) Kesan stress yang paling buruk a.k.a berbahaya adalah stress boleh menyebabkan seseorang itu berhalusinasi dan besar kemungkinan akan cuba untuk membunuh orang lain ataupun membunuh diri mereka sendiri. Pernah dengar kes sebegini kan? Ada, mesti ada punya..rajin-rajin la membaca dan menonton berita semasa okies..:)

Tapi jangan risau, bagi aku tanda-tanda pra-stress ini boleh ditangani dengan teratur sekiranya kita bijak mengendalikan stress kita masing-masing. Ada satu lagi aku nak komen, kalau kita sebagai blogger yang sibuk berblogwalking tengah-tengah malam, dilabelkan sebagai stress juga ke? Mungkin ada, stress nak naikkan trafik..hehe.. Bukan susah nak tidur tu, tapi memang tak nak tidur, setuju? Kalau setuju angkat tangan, ;p Aku sekarang ni jarang dah "bertahan" sehingga pukul 3-4 pagi. Baru-baru ni sakit hampir seminggu lebih, ni pun masih batuk-batuk lagi ni, huhu..Kesihatan pun kena jaga ya kawan-kawan. Stress itu penting juga untuk kita, tapi jangan biarkan stress itu mengawal hidup kita...kita yang perlu mengawal stress itu dengan baik.. Mari sama-sama lawan stress masing-masing. Chaiyo chaiyo.. ^_^
Artikel Sebelumnya: Rabu dan kisah "Google Guys"

6 comments:

Mr Kamikaze said...

lakukan apa jua perkara yg berfaedah agar menghilangkan rasa tekanan...

Shamrin Mat Janih said...

hari berlalu..tiap tahun pun sambut hari jadi, tiap masa pun umur bertambah. aku terpikat pada ayat doraemon tu, da lama tak tgk citer tu, dari zaman kecil sampai skrg ni still juga ada citer doraemon tu. Apapun inilah kehidupan yang ada dan teruskan dengan penuh kegembiraan dan ketenangan

Aku said...

Aku kalau Aku stress, Aku suka makan.

Tapi sejak Aku baca 1 artikel kat surat khabar yang tulis kalau kita makan time stress boleh buat kita nampak semakin tua, Aku dah tak makan time stress lagi.

Tapi yang problemnya...Aku makin strees sebab tak leh makan time stress.

Huhuhu...

: bluedianthus : said...

@ Mr Kamikaze...
Betul tu..lakukan yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain...:)

: bluedianthus : said...

@ Shamrin..
Hehe..kartun Doraemon ni memang kegemaran saya dari kecil lagi.. Saya membesar dengan Doraemon..tapi ada banyak moral value yang patut dicontohi:)

: bluedianthus : said...

@ Aku..
Hehe..takpe makan pun salah satu petua untuk menghilangkan stress.. Contohnya makan apa yang kita teringin sangat nak makan. Tua? Kita semua pun akan tua satu hari nanti..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails