TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, April 3, 2010

Home » , » Kematian, sesuatu yang pasti

Kematian, sesuatu yang pasti

Aku mulakan hari ini dengan doa agar roh Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri (Din Beramboi) dicucuri rahmat. Semoga keluarga Allayarham tabah dalam setiap ketentuan yang telah ditetapkan Ilahi. Setiap kita yang masih hidup di dunia ini pasti akan mati. Kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada Sang Pencipta. Mati itu suatu kenyataan yang paling benar.


Sampai waktu dan ketikanya, kita tetap akan meninggalkan dunia yang penuh dengan kelelahan ini. Setiap hari ada saja kematian yang akan berlaku di seluruh dunia. Suka aku mengingatkan diriku dan pembaca blog aku ini tentang pentingnya mengingati mati. Sebenarnya manusia itu tahu bahawa yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia pada masa kini telah menilai kematian dengan bermacam-macam tanggapan. Ada yang fikir kematian itu adalah suatu lumrah biasa sebagai pendapat golongan atheist(tidak mempercayai kewujudan Tuhan) dan ada juga orang yang mengaitkan kematian disebabkan oleh lahiriah sahaja seperti disebabkan oleh bencana alam, kemalangan dan macam-macam lagi. Tapi sangat kurang manusia yang mengaitkan kematian dengan kehadiran malaikat maut.




Tepat pada waktu. Ya, malaikat maut tiba pada waktu yang tepat untuk mengambil nyawa manusia. Setiap kejadian seperti kemalangan, sakit uzur, bencana alam, malaikat maut sudah mempunyai senarai nama yang bakal diambil nyawanya. Ajal, mungkin itulah tajuk besar pada senarai nama itu. Ajal tidak mengenal orang sihat, miskin, kaya ataupun yang papa kedana. Semuanya terletak sama bagi malaikat maut. Malaikat maut datang pada waktu yang tepat dan tidak tertangguh, tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau sedang mengerang kesakitan.

Kematian itu adalah suatu yang pasti. Yang pergi tak kembali, yang ada perlu terus mengisi kekosongan diri. Bersama-samalah kita berdoa agar yang "telah pergi" bersemadi aman di sana. 





2 comments:

PEREKA CERITA said...

siyes sedih giler... walaupon xde sebarang hubungan persaudaraan tp kehilangan allahyarham amat dirasai ku T_T

: bluedianthus : said...

@ PEREKA CERITA..
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..bersama-sama kita doakan yang roh allahyarham tenang di sana...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails