TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, April 26, 2010

Home » , , » "Jalinan" ini berbayar...

"Jalinan" ini berbayar...

Bukan jalinan di antara dua orang insan yang sedang berkasih-kasihan ya. Hehe. Maksud jalinan yang digunapakai dalam entri ini adalah mengenai jalinan yang lebih popular di kalangan blogger sebagai link. Ya, link ini sangat penting dalam kehidupan seseorang blogger macam aku ni dan juga korang-korang semua. Sebagai contoh, korang terlupa meletakkan link semasa blogwalking, sebenarnya korang dah rugi 1 pelawat unik dalam blog korang. Jadi double check sebelum korang tekan "Enter".

Entri kali ini aku cuma nak kongsikan mengenai link berbayar di blog aku ini. Nampak tak selepas header ada satu link yang tertulis "Link ini berbayar: Travel Malaysia Tips & Guide"? Nampak kan, kalau tak nampak, aku bagi nampak, hehe..
Link berbayar ini adalah link yang ke 11 terhangat di Bluedianthus.com
dan disahkan status aktifnya pada 25haribulan April di blog ini

Aku membuat urusniaga melalui facebook, ini pun secara tidak disangka-sangka tawaran ini akan muncul. Rezeki tak akan ke mana kan. Setelah mencapai persetujuan, transaksi pun berlaku. Aku terlebih dahulu meletakkan anchor text link tersebut ke dalam blog aku. Kemudian barulah wang berpindah tangan. Yang seronoknya, nilai matawang adalah dalam bentuk USD.Walaupun bagi korang tak banyak, aku dah cukup bersyukur sebab boleh juga aku cover minyak kereta aku. Syukur.. :)
 $11.00 yang bermakna..
$11.00 sudah clear ke dalam akaun Paypal
Nilai matawang dollar Amerika jatuh baru-baru ini, USD 1 hanya berharga RM3.189 sahaja

Sebenarnya aku ada menerangkan juga kepada pelanggan aku ni, kemungkinan besar pembaca blog ini kurang berminat untuk klik pada link tersebut kerana blog ini adalah blog bahasa Melayu. Tapi setelah berbincang, dia masih setuju untuk meneruskan urusniaga dengan pengurangan harga berdasarkan kekangan bahasa dalam blog ini dan juga sedikit bonus tambahan daripada aku. Seperti korang lihat, niche blog tersebut adalah niche travel yang memang hangat di pasaran.Orang luar negara suka melancong ke Malaysia ni sebab masih aman dan tenteram dan terkawal. Rasanya Thailand sekarang ni menjadi negara terakhir yang akan menjadi destinasi pelancongan disebabkan pergolakan politik yang berlaku sekarang ini. Sama-sama la kita doakan supaya negara jiran kita yang tidak pernah dijajah ini akan stabil semula.

Sekian dulu kisah "jalinan" berbayar yang dapat aku kongsikan untuk korang semua. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke perenggan penutup ini (formalnya..hehe..). Jumpa lagi di entri yang akan datang. ^_^

p/s: Jalinan persahabatan di antara blogger aku harap akan berkekalan sampai bila-bila. Mudah-mudahan.. :)
p/p/s: Kemungkinan urusniaga seperti ini akan diumumkan secara formal selepas blog ini mencapai Alexa Rank top 100,000 sites ataupun setelah dikurniakan PageRank 3. Lama lagi rasanya kan... :)


Artikel Berkaitan:

5 comments:

~Bloggerina~ said...

pls reply at http://blablablabber.blogspot.com/ ye.takut terlupa lak nak masuk sini..tq

~Bloggerina~ said...

dont really understand camne ek deal tu?ni pun tgh dok blaja linking dgn create money online

Shamrin Mat Janih said...

i really dont understand how to make money from blog. but i like to read this blog, because i can find information berguna.

: bluedianthus : said...

@ Bloggerina..
Satu perkara yang kita kena ingat sebelum nak deal...usaha..dan kesanggupan untuk belajar dari pengalaman..:)

p/s: saya dah lawat blog Bloggerina..nice color combination..:)

: bluedianthus : said...

@ Shamrin..
It's ok for not knowing how to make money via blog.. One thing I wish my readers gained from my blog is that, they learn something useful. Thanks for the compliment Shamrin...:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails