TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, April 23, 2010

Home » » Hijau yang menyenangkan..

Hijau yang menyenangkan..

Sewaktu aku datang ke kampus tadi..agak teruk juga traffic jam terutamanya jalan menuju ke pusat bandar. Tapi syukurlah selamat juga sampai ke destinasi dan menulis entri untuk tatapan bersama pada hari ini. Tapi yang tak bestnya, masa lampu isyarat bertukar warna, banyak pemandu yang up speed macam pelumba F1. Kalau dah nak lepas garisan mandatori tu tak apa la juga.  Ini tidak, selamba buat-buat tak tau je makna lampu warna oren. Tuhan menciptakan warna sebab ada kegunaanya, jadi kita kenalah guna dengan sebaik-baiknya dan ke arah kebaikan kan.

Sebut-sebut fasal warna ni, aku nak pilih warna hijau. sebagai topik utama entri Kalau lampu isyarat tau maknanya kan, "Jalan jika selamat". Warna hijau ni adalah warna kegemaran adik aku yang baru lepas SPM baru-baru ini. Apa perkara pertama yang terlintas di fikiran korang bila ternampak warna hijau? Alam semulajadi? Ataupun korang bayangkan toyol?(oh tidak..) 


Mungkin ada lagi benda yang membuatkan korang rasa lebih relax sikit kan. Warna hijau ni adalah warna harmoni dan dekat dengan setiap benda yang hidup di bumi ini. Aku sempat melakukan sedikit carigali warna-warna hijau. Yang paling popular adalah warna hijau pucuk pisang dan hijau zamrud. Yang paling asing bagi aku adalah warna hijau kobalt, hijau malakit, hijau terre verte (macam bahasa India pula..), hijau verdigris dan hijau viridian. Aduh, aku pun baru tau ada versi warna hijau yang pelik-pelik macam ni. Tak tau la macam mana punya warna hijau tu. Kalau minat bolehlah buat sedikit kajian ya.. :)

Siapa sini minat hijau macam adik aku angkat tangan? Alamak, aku tak nampak la..hehe.. Kalau rajin boleh la bagi komen kat bawah dan bagitau aku kenapa suka warna hijau ni. Tapi secara umum, kalau korang minat dengan warna hijau, korang adalah seorang yang sangat romantik (wah, ini yang mahal ni hehe..), sukakan keindahan, suka dengan udara yang nyaman (hmm...semua orang pun suka), dan selalu berpegang kepada prinsip. Kalau dalam hal peribadi pula, orang yang minat hijau ni memerlukan teman hidup yang bertoleransi tinggi dan boleh dipercayai.

Sepanjang aku berblogwalking dan melawat dan juga tersesat serta ziarah dalam ketidakpastian, hehe..ada juga beberapa blog yang aku lawati yang menggunakan warna hijau sebagai warna tema blog mereka. Secara semulajadi, blog yang berwarna hijau memberi kesan relax kepada mata kita. Ya la, kan warna hijau ni warna sejuk, sejuk mata memandang kan. Selain daripada itu, warna hijau pada blog itu sendiri sudah dapat menojolkan kreativiti. Dari segi psikologi, susun atur yang sistematik dalam blog di atas warna hijau sebagai background akan membuatkan seperti item dalam blog kita mempunyai kedalaman dan kelihatan sangat jauh. Wah, macam kena hipnotis je...hehe..

Oh, pemilik blog ini sukakan semua warna. Lihat saja nama pemilik blog ini, warna-Warnnie.. (bangga dengan nama sendiri..bagus tau, dapat meningkatkan keyakinan dan sayang diri, hehe..). Tapi warna yang paling melekat di hati adalah warna Biru. Biru ni adik beradik juga dengan warna hijau, sebab ianya berunsurkan alam. Nampaknya panjang lagi entri kali ini, terima kasih kepada yang sudi baca sampai ke perenggan ini. Arigato neh. Selamat berhujung minggu buat semua..seperti biasa aku akan balik ke kampung.. Aktiviti blogwalking dihentikan seketika. Don't miss me ya..hehe.. Happy Weekend to all of you my dear readers.

p/s: Belum terfikir lagi nak ubah warna tema blog ini..minta maaf kepada mereka yang mengalami sindrom kepayahan membaca entri velvet-black. Segala kesulitan tidak berniat disengajakan.
p/p/s: Aku ucapkan good luck kepada saudara Rohaizad untuk Seminar Smart Bloggingnya pada Ahad ini. Semoga segalanya berjalan lancar. Cemburu aku dengan mereka yang dapat datang ke seminar tu. I will attend it someday. :)

Artikel Sebelumnya: Khamis dan Stress

8 comments:

Mr Kamikaze said...

melihat warna hijau terutama tumbuh2an menyenangkan fikiran...selamat hari bumi....

Iza said...

Bila tgk tajuk, ingatkan dah curang dgn nuffnang. Suka jgk warna hijau tp lebih tertarik hari dgn warna hitam, coklat dan putih. Terasa mcm nk tukar template plak ke hitam putih.
Selamat hari bumi

Shamrin Mat Janih said...

hijau warna alam. Cantik. tp kalau aku ada keta aku mau cat kaler hijau daun pisang.

zulkbo said...

salam..
I LOVE GREEN TOO..
sama lah kita
best!!!

: bluedianthus : said...

@ Mr Kamikaze..
Warna hijau juga dilambangkan sebagai warna yang menyembuhkan.. Selamat Hari Bumi juga untuk Mr Kamikaze..

: bluedianthus : said...

@ Iza..
Hehe...tak terniat pun nak curang setakat ni. Belum lagi sebelum dapat iklan advertorial dari Nuffnang, hehe..Sebenarnya, semua warna pun cantik bergantung kepada situasi. Template blog Iza dah cantik dah tu..:)

: bluedianthus : said...

@ Shamrin..
Yup, warna alam..warna kereta hijau daun pisang? Macam kereta Mr.Bean tu ke? Hmmm...

: bluedianthus : said...

@ zulkbo...
Yup, hijau itu memang menyenangkan...:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails