TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, April 26, 2010

Home » , , » Hari Isnin tidak sepatutnya dibenci..

Hari Isnin tidak sepatutnya dibenci..

Selamat pagi Malaysia, selamat pagi dunia. Isnin yang terakhir dalam bulan April kini menjelma lagi. Bulan kelahiran aku ni, terasa sedih pula untuk ditinggalkan. Huhu.. Aku harapkan agar korang sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu. Maaflah semalam aku hanya berblogwalking kejap je. Sempat la juga komen beberapa buah blog yang cun-cun belaka. Seperti biasa, akaun Nuffnang dikemaskini setiap hari Isnin. Aku harapkan agar korang mendapat earnings yang masyuk masyuk belaka. Apa yang paling penting, blogging itu memang menyenangkan. Kepada mereka yang bekerja selamat bekerja aku ucapkan, kepada mereka yang bersekolah, belajar rajin-rajin ye. Sematkan dalam hati, hari Isnin bukannya hari yang patut dibenci, tapi patut di syukuri, kerana hari ini kita masih lagi bernafas. Syukur... :)




Blog yang menjadi pilihan aku minggu lepas adalah blog Your's Comment. Kalau nak tau kenapa, boleh la baca entri blog tersebut yang bertajuk "Comment about Maafkan Saya Blogger". Aku hanya mampu memberikan kata-kata supaya bersabar saja, kita bukannya dapat puaskan hati semua orang kan. Bagi aku, shoutbox tu sesuatu yang menyeronokkan kalau pandai menggunakan aplikasi yang ada. Kalau la shoutbox itu sekadar untuk memberitahu bahawa korang telah "menjentik" sesuatu, maka kuranglah nilai blogwalking korang tu dan akan rendahlah kebarangkalian untuk mereka membalas blogwalking korang tu. Faham kan maksud aku.  Jadi sapa la pemilik blog dengan kata-kata yang manis. Tiada kata secantik bahasa, hehe..

Dunia blogging ini adalah untuk menambah kenalan di samping mendapatkan sedikit hasil daripada blogging kita. Tapi kalau dah minat berblogging tu, tak kisah la, Alexa rank jauh ke laut ke, Pagerank 0 memanjang ke, Backlink sifar ke, Anchor text tu apa kegunaanya, dia tak kisah lagi dah. Apa yang paling penting, Content is the king (Ini tagline Google ni). Apapun, satu perkara yang kurang sihat aku perhatikan, dalam sibuk-sibuk berusaha menaikkan trafik blog, unsur-unsur lucah dan tidak bertepatan dengan adat ketimuran di negara kita ni amat berleluasa. Jadi aku dengan penuh rasa rendah diri menyeru rakan-rakan blogger semua supaya manfaatkan la blog korang sebaik mungkin.Sakit mata juga tengok gambar yang diletakkan ke dalam blog. Bagi aku, tidak semua perkara dilarang, tapi tidak semuanya perkara yang tidak dilarang itu berguna. Fikir-fikirkan bersama.. :)

Macam la Bluedianthus ini perfect sangat kan. Bukan apa, kita saling mengingatkan dan menasihati. Mana la tau satu hari nanti aku buang tabiat, jadi bantuan, nasihat dan dorongan korang sangat-sangat dihargai. Ok la, sekian dulu untuk kali ini. Sebelum itu, aku nak bagitau blog ini telah mendapat buffered campaign yang ketujuh dan kelapan pada masa aku memeriksa akaun Nuffnang aku pada hari ini. Sementara buffered campaign kelima iaitu Nokia Rookie telah menjadi metered earning. Terima kasih Nuffnang. Mungkin ada di antara blogger yang mendapat kempen buffered yang baru, tahniah aku ucapkan. :)
Buffered campaign ke 7: HP PSG SATC Me & My City LB
Buffered campaign ke 8: Ciba Vision - Freshlook Illuminate LB

p/s: Hari Isnin mungkin merupakan hari yang indah bagi P Kamalanathan yang memenangi Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor semalam, tapi tugas baru dan berat menanti di hadapan. Walaupun aku tak suka politik-politik ni, we have to bear with it. Semoga segala janji ditunaikan. No corruption ok. :)

Artikel Berkaitan:
 

2 comments:

Shamrin Mat Janih said...

ya..btl, blog sepatutnya menjadi tmpt cetusan idea, kenalan dan berkongsi maklumat

: bluedianthus : said...

@ Shamrin...
Ya, kadang-kadang blog ini disalahguna. Jadi ini memberi tanggapan yang salah kepada masyarakat tentang kepentingan teknologi Internet...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails