TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, April 30, 2010

Home » , » Bukalah hatimu...

Bukalah hatimu...

Dunia semakin tenat, dunia semakin rosak, dunia semakin lesu. Dunia semakin berada di hujung kesudahan. Dunia sudah letih menjadi saksi segala yang ada di dalamnya. Kalau la pokok dan segala isi alam ini dapat bercakap, sudah lama ia akan menegur manusia yang tidak sedar diuntung. Nilai moral semakin rosak dalam kalangan muda-mudi masa kini. Seks bebas bukan lagi menjadi suatu taboo dalam masyarakat. Aku sungguh bimbang dan kesal dengan kejadian kes buang bayi yang berlaku dengan begitu berleluasa. Sudah la buat dosa, bertimbun-timbun lagi dosa bila membuang bayi yang tidak berdosa hasil hawa nafsu serakah manusia yang lupa akan tiang agama sebagai penopang hidup.

Aku tidak mampu melihat mayat bayi yang masih bertali pusat dihumbang ke dalam tong sampah seperti sampah sarap yang tidak berharga. Manusia yang membuang bayi seperti ini bukankah lebih rendah tarafnya daripada haiwan. Sedangkan haiwan pun menyayangi anak-anaknya. Tidakkah kita berasa malu dengan makhluk yang lebih rendah tarafnya daripada kita. Selagi ada kesempatan, bertaubatlah dari semua dosa yang pernah kita lakukan. Sama-samalah kita menjadi insan yang lebih baik, dan bukannya terus-menerus menambah palitan dosa.

Bayi yang lahir itu mempunyai hak untuk terus hidup. They deserved to live in this world, ok. Aku cuma nak cakap, berani buat beranilah tanggung. Mungkin banyak lagi dosa dan maksiat yang berlaku dalam negara kita ini yang tidak dilaporkan. Terdapat juga kes rogol yang menyebabkan kes buang bayi yang tidak berdosa. Yang ini aku juga tidak mahu bertikam lidah dengan sesiapa. Cuma fikirkan saja dari segi kemanusiaan. Cara alternatif juga boleh difikirkan. Tapi nak buang bayi tu, jangan sekali-kali terlintas di fikiran. Comelnya bayi-bayi yang baru lahir dan baru menghirup udara dunia. Ramai lagi suami isteri di dunia ini yang belum berhasil mendapat cahaya mata. Jadi buka hati, buka minda. Bayi adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai. Sayangilah mereka ini. Kita adalah bukti bahawa kasih sayang masih wujud di dunia ini. Contohilah ibubapa yang telah membesarkan kita, menjaga dan memelihara kita sehingga ke saat ini. 

p/s: Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang... Sayangi keluarga, sayangi anak, sayangi adik beradik, sayangi datuk nenek, sayangi semua orang yang menyayangi kita..
p/p/s: Aku berikan hadiah daripada Youtube untuk korang semua, jom nyanyi lagu Heal The World yang penuh dengan nasihat yang berguna..semoga kasih sayang kepada anak-anak kecil semakin bertambah.. Mudah-mudahan..^_^


Artikel Sebelumnya: Aku berblogging kerana...

Artikel Berkaitan:

8 comments:

saya_arief said...

dunia suda parah.
suda tua..
suda hampir penghujung nya.

Shamrin Mat Janih said...

Ya..rs sedih, rs tersentuh dgn kisah-kisah bayi2 dibuang ni. Jadikan diri kita insan prihatin.

: bluedianthus : said...

@ saya_arief...
ya, dunia sudah tidak larat lagi melihat dosa manusia...Jadi, banyak-banyakkan la ingat pada Sang Pencipta

: bluedianthus : said...

@ Shamrin...
Betul tu, Blogger we care kan.. Mudah-mudahan kes-kes yang ada ini dijadikan pengajaran bersama :)

zulkbo said...

salam sis..
terima kasih for your consent
buang bayi bilalah nak habis??

: bluedianthus : said...

@ zulkbo...
Ya, rasanya ramai lagi mereka yang concern..Entah la bila kes bayi ni nak habis...huhu

hishamuddin said...

sebenarnya buang anak dah lama berlaku, cuma zaman skrg lebih luas pendedahannya.ynag boleh saya katakan nilai masyarakat kita yang lebih menghukum tanpa menilai komplikasi yang dihadapi oleh pesalah.mereka ini perlu dibantu bukan dihukum.....

: bluedianthus : said...

@ hishamuddin..
Ya, itu betul juga. Jangan hanya memandang dari satu sudut sahaja. Kenyataan pesalah juga perlu diambil berat sebelum hukuman dijatuhkan. Terima kasih kerana berkongsi hisham..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails