TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, April 14, 2010

Home » , » Bluedianthus masih sakit?

Bluedianthus masih sakit?

Tuan punya blog ini masih dalam keadaan berehat.. Apapun, terima kasih kepada mereka yang memberikan ucapan selamat harijadi kepada aku. Aku sangat-sangat menghargainya. Terima kasih juga kepada  ditujukan kepada AminJohar, rakan sembang aku semasa bermain klik-klik program PTC  yang aku sertai. Aku minta maaf kalau entri aku minggu ini kurang bermanfaat untuk tatapan korang. Tapi, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh aku kongsikan dengan korang semua. Boleh la korang ingat-ingat aku yang sakit kat sini ni. Lama dah tak jatuh sakit, sekali sakit berhari-hari jugak terlantar..huhu.. Tak larat berblogwalking sampai ke pagi sekarang ni. 

Sambil-sambil berfikir apa yang aku nak kongsikan dengan pembaca blog ini. Aku terfikir 2 benda yang aku nak kongsi iaitu buffered earning ke-5 Bluedianthus dan juga pendapatan sampingan yang diperolehi sehari sebelum harijadi pemilik blog ini. Oh, dan lagi satu, mini contest yang aku adakan baru-baru ini aku batalkan atas sebab tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. But it's okay for me, maybe next time then.

 Buffered earning ke-5 Bluedianthus iaitu Digi Prepaid King of SMS
Seperti biasa, pemilik blog ini juga kehairanan dengan buffered earning kedua yang diterima pada minggu ini. Dan aku rasa ramai lagi yang telah mendapat buffered campaign di blog mereka masing-masing. Tahniah aku ucapkan dan semoga income korang terus mencanak-canak naik. Aku berblogwalking secara ala kadar saja beberapa hari ini. Banyak juga blogger yang mengadakan contest dan giveaway. Memang meriah dunia blogging sekarang ni kan.Salah satu entri yang menarik perhatian aku ialah blog ohmalaysia.com mengenai seorang blogger yang dipanggil Redmummy yang telah menjana lebih dari 10K hanya melalui blog. Semoga kita semua para blogger mendapat inspirasi daripada kisah Redmummy ini.

Dalam masa aku sakit-sakit tu, aku sempat juga mengambil tempahan untuk menulis sebuah artikel berbahasa Inggeris iaitu berkaitan dengan "Nuclear Power Plant Implementation". Panjang artikel tersebut adalah lebih kurang 3000patah perkataan. Dan pada 12hb lepas iaitu sehari sebelum harijadi aku, aku telah mendapat bayaran daripada pelanggan aku tu. Kiranya macam hadiah harijadi aku juga la kan. Terima kasih di atas rezeki yang ada.
Dah dapat rezeki tu jangan lupa menderma

Rasanya itu saja la yang dapat aku kongsikan untuk kali ini. Sekali lagi aku mengingatkan aku dan juga korang semua screenshot yang ditunjukkan bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar berkongsi bahawa pendappatan sampingan melalui Internet sememangnya bukan sesuatu yang mustahil. 

Artikel Sebelumnya: Facebook dan ucapan bermakna

Artikel Berkaitan:

4 comments:

hishamuddin said...

berjaga-jaga...skrg ni demam H1N1 dah menular balik...banyak minum air dan makan vitamin,buah-buahan ..harap agar sembuh la ye

: bluedianthus : said...

@ hishamuddin...
Yup, kena ambil berat dengan sakit yang ada. terima kasih untuk wishnya ya...take care too there...:)

Aminjohar said...

Take care ya Warnnie.. cianny demam... Awk kena banyak berehat.. Cepat sembuh nanti. Tidur pun lani dah x leh r lewat2x cam dulu..

Ada hikmah disebalik ini.

:-)

Tingkatkan produktiviti disamping kesihatan juga harus dijaga. AJ pun lani rasa dah x leh nak berjaga malam2x sgt.. Tido awal boleh bangun awal. Kurang produktif selepas jam 12.00 am. baik tido leh layan mimpi best2x.. hehehe :D

: bluedianthus : said...

@ Aminjohar..
Terima kasih untuk wishnya AJ..:)
Yup, sekarang ni tak boleh lewat sangat tidur...ala kadar je berblogwalking..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails