TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, April 5, 2010

Home » » [Awards] Bluedianthus pun dapat anugerah la..

[Awards] Bluedianthus pun dapat anugerah la..

Pada masa aku menulis entri ini, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 telah berlangsung dengan jayanya tadi. Aku cuma sempat menonton pembukaan tirai. Sibuk melayari internet tadi. Tahniah kepada mereka yang menang, dan kepada yang tak menang aku ucapkan tahniah juga sebab tersenarai sebagai finalis akhir. Bukan senang nak kena undi dalam kelompok 5 teratas. Tahniah juga aku ucapkan kepada bintang paling popular, Siti Nurhaliza yang aku kagumi sebab berjaya meraih gelaran bintang paling popular 2009. Semoga rezeki terus bersamanya. Mudah-mudahan.

Malangnya, aku takkan bercerita tentang suasana ABPH 2009 dalam blog ini. Aku nak ceritakan tentang anugerah yang diperolehi oleh Bluedianthhus saja. Rasanya ada beberapa awards yang aku terima. Rupanya demam awards pun ada di kalangan bloggers di Malaysia ni. 

"Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan anugerah ini kepada saya. Terima kasih kepada pihak blogger kerana membenarkan saya berblog di platform blogspot ini, terima kasih kepada mereka yang menjadi follower saya, terima kasih kepada mereka yang sudi melawat blog saya, terima kasih kepada mereka yang rajin menulis komen di setiap entri saya, terima kasih kepada talian internet streamyx yang laju lagi best, terima kasih semua.."
Ok itulah ucapan dari aku yang tak seberapa popular ni...hehe..Di bawah ini aku adalah anugerah yang  blog Bluedianthus dapat. Terima kasih semua..budi baik korang dikenang jua. ^_^

Award ini diberikan oleh pemilik blog Diary Si Jantung Hati, blog Feel My Soul






Award ini pula diberikan oleh pemilik blog Pereka Cerita


Award ini pula dari Ejoy

 Award ini pula aku dapat daripada pemilik blog My Sweetdream Cottage kalau aku tak silap. Maaflah aku ini tak lama lagi nak tua. Hehe..


Terima kasih kepada semua. Tapi aku nak minta maaf sebab tak dapat nak follow the rules sepenuhnya. Sekarang ni demam awards, takut pula terbagi award double. Nanti tak special lagi..huhu..Sekian dulu buat kali ini. Jumpa di entri seterusnya, :)

p/s: Contest Mini blog ini masih berlangsung sehingga April ini. Ada masa boleh join.

Entri sebelumnya: Masa untuk bersantai-santai di hujung minggu



6 comments:

Melz said...

wow macam-macam award :) nice one

pak long said...

salam...
simpati dengan aznil.....kehilangan sahabat riuh pagi diera...

: bluedianthus : said...

@ Melz..
Terima kasih...:)

: bluedianthus : said...

@ pak long..
Ya, semoga aznil tabah menghadapi kehilangan allahyarham..

Aminjohar said...

Owah.. banyaknya awak dapat award... Tahniah3x!! :-)

huhuhu sukanya AJ tengok banyak award dapat.. :D

Ohya, Terima kasih ya. AJ dah dapat dah hadiah yang awak kirim :-)
sukenya... :D

Terima kasih sangat-sangat ya. :-)
Bukan senang nak dapat coz jauh ia merantau dari Sabah ke Kedah. :-)

: bluedianthus : said...

@ Aminjohar...
Terima kasih..hehe..:)
Best juga dapat award ni kan AJ, rasa macam orang popular pula..hehe..

Segan juga nak tanya AJ dah dapat ke belum cenderahati yang saya kirim tu. Sama-sama. Yup, jauh merantau ke Kedah tu no..hehe..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails