TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, April 19, 2010

Home » , , » Alamak, sudah hari Isnin rupanya...

Alamak, sudah hari Isnin rupanya...

Salam sejahtera untuk semua pembaca setia blog ini. Maaflah sudah lama menghilang dari dunia blogging. Syukurlah, demam dan selesema aku sudah semakin beransur baik. Cuma masih ada sedikit batuk-batuk yang mungkin disebabkan oleh perubahan cuaca di Pulau Labuan. Tapi sekarang ni tak boleh nak stay up sampai jam 3 atau 4 pagi. Kesihatan itu lebih penting dari segala-galanya. Kalau sakit semua benda pun tak jadi. Jadi sesi blogwalking pun mungkin akan semakin singkat dan kalau aku terlepas pandang untuk mengunjungi blog korang aku minta maaf banyak-banyak ya. Apapun, aku akan mengambil masa juga untuk membaca entri-entri baru korang yang best sangat untuk aku baca tu, Kalau ada entri baru tu jangan lupa bagitau aku ya. Terima kasih.. :)
Ok, sepanjang ketidakwujudan aku di dunia blogging ini, prestasi blog Bluedianthus ini dari segi pengunjung blog pada aku masih berada pada tahap yang memuaskan. Pada aku mendapat 20++ pelawat unik tanpa melakukan blogwalking dalam sehari sudah cukup baik. Lebih daripada 20 pelawat sehari adalah syarat minimum Nuffnang untuk membolehkan mereka memberikan iklan dalam blog kita. Maklumlah blog ini pun bukanlah popular jika dibandingkan dengan blog Rohaizad ataupun Redmummy lebih-lebih lagi John Chow yang mencecah jutaan pelawat setiap hari. Tak banyak yang boleh diharapkan dari segi Search Engine bagi platform blogger. Tapi aku masih lagi tak mau bertukar platform, hehe... Aku suka menggunakan kedua-dua jenis platform blogger dan juga wordpress. Jadi aku tak kisah..:)
Beginilah pattern pelawat yang datang ke blog Bluedianthus sepanjang Bluedianthus bercuti dari dunia blogging kerana masalah kesihatan dan urusan offline yang lain
Apapun, terima kasih kepada mereka yang sudi meninggalkan jejak di blog ini. Malam ini aku akan cuba menjejaki korang semua. Selain itu aku ucapkan tahniah juga kepada mereka yang telah mencapai minimum payout untuk akaun earnings Nuffnang mereka. Mudah-mudahan makin bertambah rezeki korang. Aku juga mengucapkan terima kasih khas kepada pihak Nuffnang kerana masih sudi memberi aku buffered campaign yang keenam untuk blog ini, iaitu iklan Toyota Vios yang silih berganti dengan iklan buffered yang lain pada bahagian leaderboard blog ini. Terima kasih banyak..
Buffered keenam Bluedianthus: Toyota Vios
Sekian saja perkongsian pada hari Isnin ini. Semoga korang sentiasa berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Jaga diri dan hiasilah peribadi korang semua. Tidak lupa juga aku ucapkan takziah kepada keluarga artis iaitu, allahyarham Achik Spin yang baru-baru ini telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada korang semua, berhati-hati di jalan raya...jumpa lagi di entri akan datang...

p/s: Terima kasih juga kepada mereka yang telah menjadi follower blog ini. Malam ini aku pula yang akan menjadi follower korang. Arigato neh..:)

Artikel Berkaitan:

10 comments:

Aminjohar said...

Huhuhu... Hari isnin? aha.. aktiviti cam besa r.. :-)

apa dia ya.. ? :D

centado said...

sekarang sudah selasa
hehe

zulkbo said...

hello..
laa..dah hari rabu la pulak
he he he..

jiwa fana mencari pencerahan said...

sekarang sudah hari rabu, heheheheeeeee,,, :D
best regard jiwafana

Kulanz Salleh said...

wah, banyak dapat buffered campaign...

: bluedianthus : said...

@ Aminjohar..
Ya, aktiviti hari isnin macam biasa...hehe...:)

: bluedianthus : said...

@ centado..
hehe...tunggu isnin yang seterusnya..:)

: bluedianthus : said...

@ zulkabo...
hello jugak..
yup, dah hari rabu ni..:)

: bluedianthus : said...

@ jiwafana..
selamat datang ke blog saya...
best regards to you too jiwafana..:)

: bluedianthus : said...

@ Kulanz Salleh...
Terima kasih...tapi tak lawan Kulanz la..hehe

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails