TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, April 29, 2010

Home » , » Aku berblogging kerana..

Aku berblogging kerana..

Dulu mula-mula aku mengenal dunia blogging (setahun lebih yang lalu), aku sekadar ingin menjadikan blog sebagai tempat untuk aku bercerita untuk tatapan mata aku sendiri dan juga sebagai reminder untuk aku mengenang perkara-perkara yang perlu aku kenang. Kira macam diari la. Hehe...


Aku berblog pada 11 Mac 2009 dengan hanya 2 entri sepanjang bulan itu. Entri pertama adalah mengenai pengenalan kewujudan blog Bluedianthus.blogspot.com bertajuk Welcome to my blog, diikuti dengan Went to 1Borneo. Bila aku baca balik, nak tergelak pun ada. Masa itu nampak sangat tak ada idea nak menulis. Ayat pun adalah dua tiga ayat yang ada, itu pun dalam bahasa Inggeris semuanya.

Kemudian April hanya 1 entri bertajuk What's on you mind? Tell me.. Bila aku baca balik, aku tersenyum lagi. Rupanya masa aku tengah menulis entri ni mood aku tengah marah-marah dengan seseorang yang sekarang ni aku tak tau di mana berada. Tapi aku tetap maafkan dia. Kita kawan selama-lamanya ok. :) Kemudian 1 entri lagi untuk bulan Mei mengenai Happy Harvest Festival. Memang dua entri aku ni satu perenggan je. Nampak sangat macam diari, haha..Perlahan-perlahan aku mula mendapat rentak untuk menulis. Bulan jun aku telah menulis sebanyak 5 entri dan entri pertama adalah sebagai pembakar semangat aku bertajuk New Month Is Coming. Kemudian aku tidak berpaling ke belakang lagi. Aku semakin sebati dengan blog Bluedianthus ini. Sampai la sekarang ini sehingga korang dapat membaca entri terbaru aku ini.

Kemudian aku rasa berblog dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Melayu dalam satu blog tidak memberikan kepuasan maksimum kepada aku. Jadi aku nekad untuk mengasingkan blog bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, lalu terhasillah blog bahasa Inggeris aku dengan tajuk Will Power Within. Aku rasa selesa kerana tidak payah menyeimbangkan entri bahasa Melayu dan Inggeris lagi di dalam blog ini.Kemudian semakin banyak lagi blog yang aku buat dan kebanyakannya berbaur motivasi kerana aku memang gemarkan motivasi. Sesiapa pun di dunia ini memerlukan motivasi untuk menggerakkan semangat dalam diri kita. Jadi aku kira blog berbentuk motivasi ini adalah untuk memotivasikan diri aku juga. Aku tahu blog aku tidak akan popular seperti blog-blog yang menceritakan tentang gosip-gosip artis tapi aku masih lagi meneruskan blog berbentuk motivasi aku kerana perasaan selepas menulis satu entri yang bercorak motivasi memberikan satu kepuasan yang berbeza untuk aku. Rasa puas dapat menghasilkan sesuatu yang boleh dijadikan manfaat bersama.

Kemudian aku berfikir..dan aku menulis..aku berfikir lagi, kemudian aku mulai menulis lagi. Dan aku mulai sedar, aku berblogging bukan kerana nama.. Tapi, aku sekadar mahu berkongsi sesuatu...sesuatu yang mungkin remeh-temeh, sesuatu yang mungkin sarat dengan mesej yang berat, dengan niat yang satu, agar pembaca blog ini mendapat sesuatu daripada ketukan papan kekunci yang menghasilkan huruf-huruf yang membentuk perkataan seperti yang korang tengah baca ini... Mungkin korang juga mempunyai fokus dan sebab sendiri kenapa korang berblogging. Apapun, semoga korang berblogging dengan gembira...ceria-ceria selalu ya... :)





p/s: Kalau rajin..sila sambung tajuk entri ini, "Aku berblogging kerana...."
p/p/s: Perasan tak semalam ada perubahan interface dalam blogspot masa korang nak upload gambar? Kalau tak perasan biar aku bagi korang perasan, hehe..
Beginilah antaramuka semasa aku nak upload gambar untuk entri "Rezeki dan domain baru"

Artikel Sebelumnya: Rezeki dan domain baru...

6 comments:

nuancespen said...

Menulis untuk berbagi kebaikan!

zulkbo said...

salam..
moga anda terus sukses
dalam berblogging..
tahniah...

Shamrin Mat Janih said...

Menulis ada tabiat yang kena buat berterusan, menulis, berfikir dan menulis. Mcm aku mang background education journalist dan reporter, tp oleh kerana tidak terlibat dlm bidang tu, sekarang ni klu nk wt artikel dlm blog pun hampeh ayat ntah apa2 jak, tak tau nk tulis apa.
Tp anda sudah berada dilandasan yg btl utk terus sukses dlm dunia blogging. tahniah.

: bluedianthus : said...

@ nuancespen...
Ya, betul sekali..berbagi kebaikan..:)

: bluedianthus : said...

@ zulkbo...
Salam sejahtera zulkbo...
Terima kasih...semoga anda pun sukses selalu dalam apa juga bidang..:)

: bluedianthus : said...

@ Shamrin...
Yup, menulis juga merangsang minda untuk berfikir sebelum menulis sesuatu untuk tatapan umum. Apapun, terima kasih di atas pujian. Saya mengangggapnya sebagai pemangkin semangat untuk terus menghasilkan artikel yang bermanfaat untuk semua. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails