TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, March 23, 2010

Home » , , » Tips hari Isnin berjumpa si biru Nuffnang

Tips hari Isnin berjumpa si biru Nuffnang

Hari ini dah 22 haribulan Mac. Kepada budak-budak yang masih bersekolah, sekarang ni bukan musim cuti lagi. It's time for school season again. Aku ucapkan selamat belajar bagi adik-adik yang berjaya bangun awal pagi untuk bersiap-sedia menuntut ilmu di sekolah. Adik bongsu aku yang bakal menduduki peperiksaan PMR tahun ini, masih lagi dibuai mimpi ketika ini. Oh, jangan pandang serong. Sebenarnya, kelmarin doktor telah memberikannya cuti sakit selama sehari kerana dia demam..panas seluruh badan macam api. Doktor cakap demam panas ni tak boleh diambil ringan, sebab demam ini punca segala macam penyakit seperti sawan, sindrom down dan macam-macam lagi. Jadi, kalau demam tu cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor ok. :)

Isnin, selalunya aku dan korang semua memang suka dengan hari ini. Ya, sebabnya kita akan berjumpa dengan si biru iaitu si Nuffnang yang kita sayangi. :) Kan warna tema website Nuffnang tu warna biru. Aku memang suka warna biru..dan itulah sebabnya blog ini dinamakan bluedianthus..hehe..:) Hari ini aku akan kongsikan beberapa tips semasa berjumpa dengan akaun Nuffnang kita sendiri. Ini cuma perkongsian yang tak seberapa daripada aku yang belum sampai setengah tahun bersama dengan Nuffnang. Hmm...nak tanya juga macam mana dengan earnings korang? Ramai yang dapat buffered earning minggu lepas. Ada yang dah jadi metered earning ke? Boleh la share-share sikit kat sini ye. Satu daripada kempen yang aku dapat sudah pun menjadi metered earning dan dikreditkan dalam earning semasa aku. Syukur, siapa nak bagi duit kan. :Korang buat korang dapat. :) Jom baca beberapa tips ini:

1. Berserah. Seperti yang kita sedia maklum, hari Isnin je, kita akan buka akaun Nuffnang dulu kan. Tapi kita lupa yang Nuffnang ini hanyalah sekadar pendapatan sampingan dan ramai yang kecewa bila target yang kita nak tersasar jauh dari sasaran. Kalau kita hanya fokus pada duit, kepuasan untuk kita mengemaskini blog tidak akan dapat dicapai. Jadi, kita haruslah sentiasa berserah dengan apa juga yang kita dapat. Oh ya, tak lupa aku ucapkan tahniah kepada blog Iza, pemilik blog Teratak Usang sebab dah dapat metered earning. :)

2. Bersyukur. Ini satu perkara yang memang kita tak boleh lupa. Sebagai seorang blogger kita haruslah sentiasa bersyukur sebab kita ada blog. Biasanya dengan mempunyai blog, kita masih mempunyai satu kelebihan dengan orang yang tidak mempunyai blog. Apa dia? Harapan. Yup, harapan untuk meningkatkan earnings. Tak kisahlah mana satu pilihan korang dalam meletakkan iklan, Advertlets, Nuffnang, Innity..sekadar menyebut beberapa nama. Ini berlainan dengan mereka yang tidak mempunyai blog. Jadi tidak hairanlah di seluruh dunia, rata-rata penduduk sekurang-kurangnya mempunyai sebuah blog tak kiralah blog berbayar atau percuma. Tetapi apa yang dapat aku perhatikan, blog-blog di luar negara lebih kepada memberikan maklumat berbanding dengan menceritakan hal peribadi masing-masing. Ini bagi mengoptimumkan pendapatan mereka dari blog. Dan bagi aku sendiri, blog berinformasi dan juga blog peribadi dua-duanya sangat penting. Aku pernah bertanya kepada seorang problogger iaitu saudara Rohaizad, di antara kejayaan dan kepuasan berblogging, mana satu pilihan beliau. Kepuasan berblogging. Ya, kepuasan itu lebih penting daripada kejayaan. Apa gunanya kejayaan kalau korang tidak puas dan rasa macam ada sesuatu yang kurang kan?
 Satu lagi contest yang dibuat untuk para bloggers dari Nuffnang, warna biru memang menyenangkan, hehe...

3. Bergembira. Ini teramatlah penting. Nuffnang setakat ini memang menggembirakan aku. Bukan sahaja pihak Nuffnang memikirkan keuntungan, malahan mereka juga menganjurkan projek kebajikan seperti membantu adik Ammar yang menderita kerana penyakit jantung berlubang dan juga membantu untuk penduduk Haiti yang ditimpa gempa bumi baru-baru ini. Pun begitu, kita juga bebas bereksperimentasi dengan pengiklan yang lain seperti Innity, Advertlets, Google Adsense dan banyak lagi. Bergembira juga menjadikan kita puas hati dengan kerja dan penat lelah yang kita lakukan. Ada ramai blogger yang aku ketahui mempunyai pelbagai kerja sampingan dalam dunia online ini. Dan tak kurang juga mereka yang bekerja secara full-time seperti saudara AJ. Dan aku sangat gembira dengan pencapaian demi pencapaian yang dikecapi oleh mereka. Ini menjadi pemangkin bagi aku yang baru hendak mengenali dunia internet dengan lebih dekat. Aku juga sangat bergembira kerana dari blog aku mengenali blogger yang gigih berusaha untuk membina perniagaan online mereka sendiri. Dunia online memang tiada sempadannya.

Okies, rasanya itu saja perkongsian aku di hari Isnin ini. Semoga korang dapat sedikit motivasi daripada entri kali ini. Sebelum itu aku ucapkan tahniah kepada mereka yang telah pun mencapai minimum cashout Nuffnang, dan juga kepada mereka yang mendapat buffered earnings. Bila nak belanja aku makan aiskrim drumstik? hehe...Teruskan berblogging kerana blogging itulah yang merapatkan kita di dunia maya. Jumpa lagi korang semua...

Artikel Berkaitan:


10 comments:

Jeff Syiru said...

Monday blues... kalo dulu cukup tak suka... tp skrng ni monday d nanti2 la plak ek...

Iza said...

Terima kasih Warnnie....mmmmm tip yang berguna. Dulu time tgh malam je check akaun nuff tp bila warnnie slalu sebut pagi Isnin, Iza pun dah terpengaruh dan bersemangat utk check tiap kali tibanya hari Isnin....secara tak langsung.....sentiasa ingatkan blog ni.....

: bluedianthus : said...

@ Jeff Syiru..
Selamat datang ke blog ini..
Betul tu..hari isnin memang selalu dinanti-nantikan..hehe..:)

: bluedianthus : said...

@ Iza..
Sama-sama Iza..Ya, kita ni belajar dari pengalaman. Dulu waktu mula-mula pasang iklan Nuff ni selalu je tengok akaun, hehe...sekarang ni tak tengok lagi..hari Isnin baru tengok. Kalau tengok pun sekadar nak tengok keywords je. Terima kasih Iza, saya pun suka sebenarnya baca entri Iza di blog Teratak Usang tu.:)

BezBuddy said...

nk tanye kit kak...metered earning ble buffered dh abis kn?

: bluedianthus : said...

@ BezBuddy..
Ya, metered earnings bila dah habis buffered earning..kemudian dikreditkan ke dalam earnings semasa BezBuddy...:)

Amin Johar said...

Beruntungnya rakan-rakan blogger yang berpeluang dapat buffered earning ni..

Huhu dapat sikit tips2x dan info pasal Nuffnang ni..

AJ slow lagi Nuffnang, takpa sikit-sikit lama lama jadi bukit.. :D

uhave2buy said...

TQ..for info...
sangat berguna untuk yang masih baru cam saya....
Harap dapat dikongsi lagi ape2 maklumat berkenaan Si biru Nuffnang :)

: bluedianthus : said...

@ Amin Johar..
Ya, dah rezeki mereka kan AJ. Takpe, lepas ni AJ lagi masyuk..hehe.. Betul tu AJ, pelan2 kayuh kata orang..:)

: bluedianthus : said...

@ uhave2buy..
selamat datang ke blog saya ni..
Saya gembira entri ini dapat membantu anda..

Saya pun sebenarnya masih belajar lagi ni..sama-samalah kita belajar ya..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails