TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, March 8, 2010

Home » , » Patah tumbuh hilang berganti..dan seterusnya..dan seterusnya...

Patah tumbuh hilang berganti..dan seterusnya..dan seterusnya...

Hari Isnin muncul lagi buat kesekian kalinya dalam hidup kita. Hari-hari dalam usia kita semakin bertambah. Setiap hari akan ada kelahiran dan tak kurang juga kematian yang datang menjemput orang yang sudah sampai kepada panggilan yang disebut ajal. Selamat datang kepada mereka yang tiba dan salam takziah kepada mereka yang kehilangan orang kesayangan. Entri ini ditulis dalam keadaan aku masih lagi belum lagi pulih daripada trauma untuk memandu kereta di waktu malam. 

Kemalangan yang melibatkan sebuah kereta sewa yang membawa penumpang dari Sandakan ke Kota Kinabalu dengan motorsikal. Urutan kedudukan kenderaan adalah seperti berikut: kereta sewa, motorsikal, kereta aku (macam aku tengah mengajar tutorial kelas pula..maaflah kalau terlalu formal..) Apapun, pendek dan ringkasnya, aku adalah saksi kejadian kemalangan tersebut. Segalanya berlaku dengan sekelip mata. Pembonceng  motorsikal terdorong ke belakang kereta Four Wheel Drive sebelum jatuh dan terseret di atas permukaan jalan raya. Motorsikal terdorong jauh ke melepasi bahu jalan. Mujur aku berada pada kedudukan yang agak jauh sebelum accident tersebut berlaku. Pembonceng motorsikal meninggal dunia di tempat kejadian. Aku pun jadi saksi untuk memberi keterangan kepada polis. Huh..sungguh ngeri aku. Terketar-ketar juga nak meneruskan perjalanan ke destinasi.
 
Selamat Hari Wanita untuk semua yang bergelar wanita (termasuk aku..hehe)

Sepanjang 2 hari ketiadaan aku di dunia online, banyak perkara dan berita hangat yang muncul di entri setiap para blogger. Dan salah satu entri yang menarik perhatian aku adalah entri daripada blog Teratak Usang iaitu berkenaan dengan Hari Wanita Sedunia. Selamat menyambut Hari Wanita buat semua wanita-wanita di dunia ini. Terutama sekali kepada wanita yang bergelar mummy a.k.a ibu a.k.a emak a.k.a mak a.k.a mama aku yang sangat aku sayangi. Aku bangga dengan mummy aku, seorang wanita yang gigih dalam kerjaya dan juga dalam mendidik anak-anaknya. Yang memahami minat aku yang lebih suka duduk diam menghadap skrin komputer dan membaca buku daripada menghadiri kursus kecantikan untuk menambah seri di wajah..hehe... You're so outstanding and unbeatable mother to me. Sekarang ni (4.48pagi), mummy aku tengah bersengkang mata bekerja di Hospital Likas di bahagian wad bersalin. Aku tak tau berapa banyak dah baby baru yang mak aku sambut ke dunia ini. Tapi aku tau yang setiap kali dia membantu wanita lain bersalin, pahala itu sentiasa akan bersama dengan mummy aku. Aku masih ingat kata-kata mummy aku, 
"Nyawa itu ada nafas yang hidup, yang pergi tak kembali itu usah ditangiskan sangat, sebab nafas yang dipinjamkan Tuhan itu sudah sampai masanya untuk dikembalikan. Sedih sikit-sikit sudahlah, sebab kita yang masih bernafas ni kena teruskan hidup, jangan bazirkan oksigen yang ada dalam badan kita ni."
 p/s: Terkadang, mengingat kematian itu lebih baik dari memikirkan kegembiraan, kerana kematian itu mengingatkan kita untuk sentiasa hidup ceria dan bergembira walaupun hati dirundung seribu satu macam dugaan dan cabaran.. Pergi tak kembali, tapi yang hadir bertandang siapa tau akan menceriakan kekosongan yang ada. Ayuh, berjalanlah tanpa henti.. Tersandung? Bangun dan berjalan lagi..dan seterusnya..dan seterusnya...

p/p/s: Berhati-hati di jalan raya..mesti berhati-hati di jalan raya...berhati-hatilah di jalan raya ya..


6 comments:

Iza said...

Fuhh...takutkn bila kita menyaksikan sendiri kemalangan tu....
Thanks krn sudi jgk bc n3 di awal pg.

: bluedianthus : said...

@ Iza...
Yup, sangat menakutkan..fobia jugak kejap..:)
Sama-sama...terima kasih Iza sebab sudi baca entri kali ni..selamat hari wanita untuk Iza..:)

luZ a.k.a peRmataPuTiH said...

mremang blu ne..yg mmg x lbat sgt pn...
maseh sbb shre ye...
hari lelaki ble ye???

: bluedianthus : said...

@ luz..
selamat datang ke blog ini..:)
Meremang ke? Saya tengah taip masa tu pun meremang bulu roma..huhu..
Sama-sama..sharing is giving and caring...Hari Lelaki? Mungkin boleh kot, tapi lelaki kan memang dipertanggungjawabkan sebagai ketua...Jadi, hari-hari adalah hari lelaki kot..:)

Aminjohar said...

Kemalangan depan mata ni yang menggerikan nih... leh trauma haih...

: bluedianthus : said...

@ AJ..
Yup, memang trauma jugak kejap..
Tadi baru balik ada accident lagi depan mata masa nak balik umah..kira hari-hari ada accident yang akan berlaku..bahaya di mana2..huhu..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails