TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, March 20, 2010

Home » , , , » [Motivasi Puitis] Khas Entri ke 100: Sebahagian kilauan ada pada diri kita.

[Motivasi Puitis] Khas Entri ke 100: Sebahagian kilauan ada pada diri kita.

Aku duduk di atas sebuah bukit dan melihat badai mengalir melalui lembah. Sungguh, sebuah pemandangan yang sukar untuk aku lupakan. Aku juga merasakan deruan angin dan titis-titis air hujan membasahi kepalaku. Langit penuh kegelapan dan awan-awan seperti menangis penuh kesayuan.Pemandangan bukit yang subur sungguh jauh berbeza dan keindahannya seperti hilang buat selama-lamanya. Aku masih lagi duduk memperhatikan hujan menenggelamkan tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan buah-buahan. Lembah itu penuh dengan gema petir yang saling bersahut-sahutan.


Tetapi setelah beberapa waktu, badai yang melanda akhirnya reda dan berlalu pergi. Aku kemudian merenungkan,"Ke manakah badai yang hebat itu dan kegelapan mengerikan yang ia bawa? Ke manakah perginya mereka?" Seperti biasa, aku duduk di tempat yang sama keesokan harinya sambil memperhatikan sepuas-puasnya lembah di depan mataku. Entah bagaimana, rerumputan, bunga dan segala yang ada di lembah itu kelihatan jauh lebih indah dari kelmarin. Aku tidak sepenuhnya mengerti dengan situasi itu.


Pada saat itulah si rumput pun berkata," Sebahagian ada padaku.Sebahagian badai itu ada di dalamku." Bunga yang indah berkata,"Sebahagian ada padaku." Buah-buah serta tumbuhan lain di lembah itu pun berkata, "Sebahagian badai itu telah menghasilkan kilauan dalamku." Dan aku tersedar dari lamunan yang panjang di atas lembah ini. Ahh.. kalau la si rumput, si bunga dan si lembah itu pandai berkata-kata sedemikian.

Kawan-kawan blogger dan pembaca yang aku sayangi sekalian, kita semua berjalan melalui ujian yang berbeza-beza dalam kehidupan, entah itu mungkin ada yang terjadi dalam kalangan keluarga kita, di sekolah, di tempat kerja, ataupun mungkin peristiwa yang terjadi pada diri kita sendiri. Pada masa itu, pandangan kita begitu terbatas sehingga kita tidak dapat melihat jelas ke mana kita berjalan. Rasanya hampir seperti buta, kerana apa yang kita lihat adalah kegelapan,tiada cahaya. Tiada kehidupan. Kekuatiran lalu menanti, kesendirian memberi rasa tawar dan kosong,rasa malu mengisi hati kita saat kita memperhatikan badai-badai kehidupan ini melalui kita.

Ketika hujan turun dengan deras, awan menggoncang diri kita dengan petir, kita pun mula la berfikir, "bagaimana mungkin sesuatu yang baik muncul dari badai sehebat ini?" Boleh mulai membaca semula cerita pendek di atas sekiranya masih tidak dapat mencari maksud tersiratnya. Rumput-rumput, bunga, buah dan segala yang tumbuh dari lembah itu berkata,"Sebahagian dari badai telah menghasilkan kilauan dalamku." Memanglah, pada awalnya bukanlah sesuatu yang baik dipandang mata oleh mata kasar kita. Namun badai mestilah terlebih dahulu melalui mereka agar setelah itu dapat menghasilkan kilauan untuk mereka.

Dan bagi kita sendiri sebagai manusia di dalam dunia ini, sebahagian dari badai itu juga ada dalam diri kita. Sebab kalau bukan kerana badai iaitu cabaran yang datang dalam hidup kita, kita tidak akan menjadi seindah hari ini.Badai ini mengamuk dalam kehidupan kita sebagai cara untuk memperhebatkan kita. Kita diberikan cabaran dan dugaan untuk membuatkan kita lebih kuat dan hebat.


p/s: Lee Chong Wei Menang All England ke-100, aku pula dah tulis entri yang ke-100 hari ini..hehe..
p/s: Untuk mendapatkan sesuatu yang manis, kenalah bersusah payah terlebih dahulu..selamat bercuti di hujung minggu buat semua...:)
Artikel Berkaitan:

4 comments:

etomyam said...

betul dan amat bersetuju dengan huraian tu, setiap yang berlaku dan akan berlaku ada hikmah tersendiri

: bluedianthus : said...

@ etomyam...
Yup, macam sekarang ni result SPM baru kuar. Yang cemerlang berjaya dan semoga dapat jadi contoh untuk kawan-kawan yang lain. Yang tak berjaya, masih ada ruang lagi untuk memperbaiki diri..chaiyo2..:)

MiSz MaNja said...

puitis sangat

: bluedianthus : said...

@ Misz ManJa..
hehe...saja je nak layan gaya penulisan yang berbeza..maaf kalau tak dapat faham..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails