TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, March 18, 2010

Home » , » Dunia blogging lebih menyeronokkan dengan Mozilla Firefox 3.6

Dunia blogging lebih menyeronokkan dengan Mozilla Firefox 3.6

Kita ni, berblogging bukan sekadar mencari duit dan meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. (huhu..minta maaf Denaihati, terambil pula tagline..) Berblogging itu sebenarnya suatu keseronokan yang boleh dicipta sendiri. Berblogging itu bukannya sesuatu yang boleh memberi tekanan. Contohnya, sampai nak pengsan cari idea apa nak tulis dalam blog. Berblogging juga tidak menjadikan kita ketandusan ayat apa yang nak disampaikan kepada para pembaca blog kita. Awas, kalau korang stress nak cari idea apa nak tulis dalam blog, maka blogging itu bukanlah suatu yang menyeronokkan lagi.  Malah menambahkan lagi stress a.k.a tekanan yang sedia ada. 

Blogging itu kan sempoi, tapi ada batasnya. Maksudnya, tak melanggar akta keselamatan dalam negeri (ISA) la. Ingat lagi tak kes Aduka Taruna? Blog cepat popular sebab ada kontroversi dalam entri yang ditulisnya. Budi bahasa budaya kita kan. :) Boleh je cari kat Google Search, memang nama dia teratas. Apapun, aku harap selepas ni setiap blogger akan mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesalahan yang sama seperti ini. Silap-silap haribulan, blogging diharamkan di Malaysia, siapa nak jawap? Huhu...tak dapat nak bayangkan dunia tanpa blog.


Bercerita tentang keseronokan, Mozilla Firefox Versi 3.6 memang best bagi aku! Rambut sama hitam, hati lain-lain kan..hehe..  Firefox yang baru menyokong tema yang baru iaitu Personas, di mana kita boleh tukar background browser kita dengan hanya sekali klik je. Aku rasa Personas ni untuk melambangkan identiti kita. Contohnya, kalau korang jenis emo-emo ke, boleh la letak background browser korang warna black and white, kalau gadget-oriented, boleh la letak hi-tech punya backgroun, dan yang sewaktu dengannya. Selain daripada itu, browser versi yang baru ini juga akan melindungi kita daripada plugin yang dah expired semasa aktiviti surfing. Lagi, firefox ini boleh diintegrasikan dengan third-party software untuk mengelakkan terjadinya crashes pada komputer korang.Hmm...sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri baru yang terdapat pada Firefox 3.6 ni. Nak share sikit theme Persona aku:, tadaa..
Aku pilih theme ni sebagai Persona aku sebab theme ni well-blended dengan blog aku

p/s: Ada siapa-siapa yang boleh kongsi pengalaman menggunakan Google Chrome? 


2 comments:

fndrocka said...

tak dapat bayangkan kalau blog diharamkan...kena tulis diari la pulak..ataupun kuarkan majalah sendiri..hahahatapi macam tk logik je leh haramkan blog.

: bluedianthus : said...

@ fndrocka..
selamat datang ke blog saya...:)
haha..tu la macam tak logik pula nak haramkan blogging kan...nanti ramai yang tak dapat cari makan...huhu

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails