TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, March 17, 2010

Home » , , » Dapat buffered earning lagi.

Dapat buffered earning lagi.

Kadang-kadang bila sesuatu perkara itu berlaku dengan begitu cepat, kita mesti akan tertanya-tanya kenapa. Begitu juga aku ni, aku tak tau kenapa hari ni bila check trafik dalam akaun nuffnang, dapat lagi satu kempen pada bahagian buffered earning. Pada entri yang lain mengenai cerita buffered earning nuffnang yang telah aku kongsikan beberapa minggu lepas, iaitu kisah kemusykilan aku mengenai buffered earning dan metered earnings, sekarang aku masih lagi musykil macam mana blog aku boleh mendapat buffered earning. Sibuk aku buat research, hehe. Di sini aku nak berkongsi sedikit mengenai pemerhatian aku. Pemerhatian ini bukanlah suatu fakta, tapi lebih kepada proses try and error.


1. Aku mulai perasan, selepas aku menulis entri "Bluedianthus, kerana kucinta kau!!", iklan Alice In Wonderland muncul berulang kali. Mungkinkah disebabkan oleh gambar dua orang budak yang tengah bergurau senda? Hmm..mungkin juga (romantik juga budak-budak ni, tapi yang tak bestnya budak lelaki tu sibuk nak ajar, budak perempuan tu pula mengacau..hehe..how sweet.)

2. Kemudiannya aku telah menulis satu lagi entri sempena kelahiran pertama bluedianthus.com pada 11 Mac. Pada masa ini kedudukan iklan yang muncul sering berubah tempat. Jadi aku fikir entri kali ini tidak mesra nuffnang.

3. Pada 11 sehingga 14 Mac aku tidak menulis apa-apa. Tetapi apabila aku online pada malam hari Ahad, iklan Solvil Titus memang melekat setiap masa pada bahagian leaderboard. Hmm...adakah ini ada kaitan dengan gambar aku pada header blog yang juga memakai jam tangan? Rupanya tidak juga.

4. Keesokan harinya, semasa membaca entri para blogger, ramai yang mendapat buffered earning dan dapat beberapa kempen. Tahniah aku ucapkan Aku juga dapat kempen pertama aku iaitu jam tangan Solvil Titus. Kemudian pada malamnya, iklan Xpax tak berhenti-henti muncul di bawah entri terbaru aku, "Buku PTS dan Buffered earning, hadiah harijadi Bluedianthus". Hmm..adakah kerana gambar buku yang mempunyai warna tema Xpax iaitu warna ungu ada di buku "Aura Personaliti Warna"? Aku masih mencari jawapan.

5. Pada hari ini (16 Mac), akaun Nuffnang memberi berita gembira. Dapat lagi satu kempen dalam buffered earning. Aku sendiri pun tak berapa faham macam mana pihak Nuffnang memberi kempen kepada blogger, apa kelayakan yang patut ada. Yang aku tau bagi pihak Google, content is the king. Kalau pihak Nuffnang, aku tak tau la pula. Aku budak baru belajar..cek pertama pun belum dapat lagi, huhu...
p/s: Baru saja mengintegrasikan akaun twitter dengan handphone. Lepas ni, boleh update status walaupun tengah bercuti kat kampung pada hujung minggu. Korang bila lagi? Ke aku yang dah lama ketinggalan zaman. hehe..:)
p/p/s: satu lagi yang menjadi kemusykilan aku, adakah kerana ramai yang dah beralih kepada innity, jadi ramai blogger yang dapat buffered earninng minggu ini? hmmm...pendapat? idea? Boleh kongsi tak? :)

Artikel Berkaitan:

14 comments:

Aini said...

ramai dapat buffered earning minggu ni yek.. Bestnye.. Yok ke blog sy =)

Pisyek said...

oh, tahniah pisyek ucapkan.. =)

Jieda said...

Dalam minggu ni pun saya dapat dua buffered.

Ariff Shah said...

tahniah =)

: bluedianthus : said...

@ Aini..
Yup, hari ni pun ramai yang dapat buffered earning lagi..rezeki, syukur..:)

: bluedianthus : said...

@ Pisyek..
Terima kasih, dan selamat datang ke blog saya..:)

: bluedianthus : said...

@ Jieda..
Tahniah Jieda..samalah kita..:)

: bluedianthus : said...

@ Ariff Shah..
Terima kasih..:)

Iza said...

Wah, dapat lg ke? murahnye rezeki....
Tahniah.

: bluedianthus : said...

@ Iza..
Yup, dapat lagi...murah rezeki...:) Syukur pada yang Esa..:)

Ery Farieha said...

wah bagus2
sonoknyee dia~~

: bluedianthus : said...

@ Ery Farhieha...
Terima kasih Ery..
Rezeki ni..teruja sebab masih baru lagi...heheh..:)

DaHLia said...

congrates!!!

rasanya memang sbb ramai dah berinnity :)
kan tetiba kuar projek 400 tu?

: bluedianthus : said...

@ Dahlia..
Thanks..yup saya pun rasa macam tu jugak...:) Apapun, saya belum ada pengalaman nak apply innity lagi. Nanti saya nak cuba letak innity kat blog lain pulak..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails