TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, March 16, 2010

Home » , , » Buku PTS dan Buffered Earning, hadiah harijadi Bluedianthus!!

Buku PTS dan Buffered Earning, hadiah harijadi Bluedianthus!!

Jumaat lepas, aku menerima satu bungkusan daripada pihak PTS. Ingat lagi tak aku ada membuat satu Review: Saya Mahu Menang Peraduan PTS: Baca & Menang? Akhirnya buku yang dijanjikan sampai juga ke tangan aku, hehe..guna pos ekspress lagi. Selain itu dapat lagi diskaun kalau nak beli buku terbitan mereka secara online. Wah, dah la aku dapat buku free, dapat lagi diskaun nak beli buku dari diorang. Buku yang aku dapat ni memang cantik, gambar bewarna itu, kan dah namanya Aura Personaliti Warna, hehe..Kalau tak silap aku harga buku ni sekitar RM32.00 kalau dijual di pasaran. Blog ini telah mempromosikan peraduan ini dan dah kira rezeki la dapat buku ni. Terima kasih PTS kerana telah menunaikan janji. Siapa-siapa yang dah dapat buku dari PTS ni kongsi-kongsikan la entri fasal ni kat blog korang, boleh aku menjengah dan baca-baca entri korang yang best tu. Sharing is caring kata orang. Mungkin di entri yang akan datang aku akan berkongsi mengenai kandungan buku ini. Sungguh menarik perhatian tau.


Selain daripada itu, seperti mana yang kita telah sedia maklum, hari Isnin ialah masa yang dinanti-nanti oleh para bloggers yang bernama Nuffnangers. Ya, earning Nuffnang akan diupdate pada hari ini. Aku anggap ianya sebagai rezeki untuk blog Bluedianthus ini sendiri. Earning Nuffnang sudah boleh dicashout, sebab dah menepati syarat! Syukur...
Earnings dah mencecah RM50.25. Dan yang paling best sekali dah dapat buffered earning!!

Best tak hadiah harijadi Bluedianthus ni. Akhirnya selepas setahun dapat juga merasa buffered earnings. Terima kasih Nuffnang. Bila aku ingat balik, aku pasang iklan Nuffnang ni pada hujung bulan November. Sekarang ni dah bulan Mac. Dah 5 bulan aku bersama Nuffnang. Akhirnya membuahkan hasil. Huhu..sungguh bermakna earning yang aku dapat ni. Terima kasih juga kepada korang yang sanggup singgah menyinggah ke blog ini untuk meningkatkan trafik dan melihat iklan yang ada.Ni yang semangat nak mulakan kerja di pagi Isnin ni. Selamat berkerja untuk yang berkerja, selamat study untuk yang masih belajar.

p/p/s: Aku sedikit musykil, adakah aku dapat buffered earning jam tangan Solvil tu sebab header aku ada gambar aku pakai jam tangan? Boleh jadi....hmm..
p/s: Hmm..Harijadi aku bulan depan. Ada sesiapa yang nak bagi aku hadiah ker? hehe..

8 comments:

Iza said...

Wahhhh.....jelous nyer....
Tahniah......
Apa rahsianya ni? Adakah guna stremyx/trafik 200++? jom kongsi petua....

: bluedianthus : said...

@ Iza...
Saya yang patut jeles ngan Iza...saya belum pernah cashout lagi..huhu...Terima kasih, semua ini rezeki dariNya. Sebenarnya tak ada apa2 rahsia. Traik blog ini pun turun naik juga terutamanya hujung minggu sebab saya balik kampung. Yup, guna streamyx sebab banyak download cerita animasi..hehe..

Aminjohar said...

@bluedianthus,

Owah, awk dah dapat hadiah birthday dari PTS.. :-)

Bestnya..

Syukur nuffnang dah boleh cashout. AJ pun tumpang gembira.

Uih ada buffered, ada kemungkinan kot coz kalau buffered ni mungkin blog akan direview dulu secara rambang baru dapat kot.. huhu

Tahniah2x.. :-)

Rajin2x ya update blog.

Ariff Shah said...

congratz & happy birthday!!!
mungkin betul gak, NN sekarang memang pilih blog kot. Dia tengok la mana sesuai, kasi iklan yang sesuai.

: bluedianthus : said...

@ AJ..
Yup, semua ni milik blog bluedianthus a.k.a milik saya jugak, hehe..AJ pula, dah dapat ke buku free dari PTS tu? Kongsi-kongsilah nanti ya. Tak sabar tunggu blog AJ.

Yup, dah boleh cashout dah, mungkin 29hb bulan ni baru try cashout. Ada dua buffered setakat ni AJ. Ntah macam mana blog ni boleh dapat buffered. Memang secara rambang kot pihak NN pilih. Rezeki..:) Trima kasih AJ. Banyak blog saya AJ, kadang-kadang tak sempat nak update, lebih-lebih lagi blog berbahasa Inggeris saya.

p/s: AJ, jangan stress sangatb buat kerja ok.:)

: bluedianthus : said...

@ Ariff Shah..
Terima kasih, harijadi blog bluedianthus sebenarnya. Saya bulan depan, hehe.. Agaknya la tu, kalau sesuai dia bagi la. Apapun, akan try semua jenis pengiklanan yang ada. Tapi tak dapat nak apply innity macam Ariff, traffik belum sampai lagi 200 sehari..huhu..:)

admin said...

Rezki tu namanya..semoga dipanjangkan usia dimurahkan rezki..Nice info blog. Mantap!!!I like to share with bloggers and all of readers
Keep in touch

: bluedianthus : said...

@ admin...
Selamat datang ke blog saya..
Terima kasih sebab sudi datang ke blog ini..:)
Semoga setiap entri dalam blog ini bermanfaat untuk semua. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails