TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, March 30, 2010

Home » , , , , » Blogging dan pemberian Nuffnang

Blogging dan pemberian Nuffnang

Seperti biasa, hari Isnin yang menjadi kegemaran pada blogger di Asia terutamanya Malaysia. Proses mengira dan mencongak earnings kini bermula seawal pagi Isnin. Ada yang dari kuliah tak sabar-sabar nak check earning mingguan mereka. Ya la, kan dah penat bersengkang mata nak up trafik datang berkunjung ke blog. Tapi yang penting datang dan membaca entri lagi best. Jadi rajin-rajinkanlah tangan tu untuk menaip sepatah dua kata di dalam blog korang. Apapun, semuanya bergantung kepada kesesuaian masa korang. Rata-rata blogger yang aku kenal masih lagi merupakan blogger part-time, dan aku sebenarnya seronok juga membaca entri-entri korang sebab melalui blog korang la aku tau banyak lagi sebenarnya aktiviti yang berlaku di sekeliling aku yang aku memang tak tau kalau korang tak bagitau supaya aku tau. Tau tak? Hehe...jangan marah haa..nak bagi korang rasa ceria dan gembira selalu.. :)

Baru-baru ini aku ada terbaca satu entri seorang blogger yang kecewa dengan earning Nuffnang yang dia dapat minggu lepas. Jangan la diikutikan sangat kecewa tu, yang penting kita enjoy berblogging. Dapat juga meluahkan apa yang kita rasa. Pernah tak korang cuba menulis sesuatu dan kemudian korang berasa sedikit lega selepas menyiapkan satu entri? Pernah tak? Cuba korang fikir balik? Berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku rasa tekanan aku berada pada tahap terkawal selepas aku menghasilkan satu entri baru dalam blog aku. Dan ada satu masa aku menulis sekadar ikut suka hati aku dan aku rasa ada pembaca yang takkan faham dengan mesej yang aku nak bagitau. Masih ada juga ke insan yang bernama blogger ataupun silent reader yang membaca blog aku ini? Kalau ada, terima kasih. Kalau tak ada, aku ucapkan terima kasih juga sebab aku masih boleh menulis. Nothing can stop me from blogging! (ceh..cakap orang putih pula dah..hehe..)




Macam mana dengan earning korang semua? Aku harapkan agak earning korang semua masyuk-masyuk belaka. Apa yang aku perhatikan ramai blogger masih lagi aktif berblogwalking sekitar jam 3 pagi. Jangan diamalkan selalu ya. Kesihatan itu pun kena jaga. Berblogging seperti biasa, dan pendapatan akan setia menyusul. Baiklah, aku nak kongsikan serba sedikit macam mana kita dapat tingkatkan trafik di blog kita.




1. Blogwalking. Kaedah ini semua orang tahu. Ini merupakan kaedah yang memakan masa dan tenaga korang dengan aku-aku sekali. Waktu mula-mula aku ber"blogwalking", aku rasa ianya sungguh meletihkan aku...hehe.. Tetapi akhirnya, aku sedar bahawa blogwalking bukan saja untuk menyuruh tuan punya blog melawati blog kita dan seterusnya menambah trafik, tetapi juga menjalinkan persahabatan dengan mereka. Jadilah seorang yang rajin membaca artikel ataupun entri blogger lain. Melalui penulisan mereka, kita akan dapat mengenalpasti corak dan gaya bahasa yang mereka gunakan. Berikan komen mengenai entri yang ditulis, berikan pendapat untuk saling bertukar-tukar pendapat.


2. Penggunaan bahasa dalam blog. Mungkin aku sedikit konservatif dalam hal ini. Cara untuk menarik perhatian pembaca untuk membaca artikel kita sehingga ke ayat penghabisan banyak dipengaruhi oleh faktor penulisan iaitu cara kita menulis perkataan. Lebih baik gunakan ayat berbentuk penuh seperti yang sedang aku gunakan sekarang ini kerana sebenarnya korang sedang memudahkan pembaca blog korang. Cuba korang bandingkan perkataan di bawah ini:
Ayat 1. Aku sebenarnya sudah lama berminat dengan aktiviti blogging.
Ayat 2. Aq sbnrnya sdh lm brmnt dgn aktvt blging.
Sungguh besar perbezaannya kan. Secara praktikalnya, adalah lebih mudah menaip menggunakan perkataan yang dieja sepenuhnya kerana kedudukan setiap huruf dalam keyboard sudahpun kita tahu dan mahir. Bagi aku sendiri, kalau menggunakan short form aku lambat nak menaip. Bahasa SMS kata orang. Tetapi ianya adalah pilihan masing-masing.


3. Kaitan SEO (Search Engine Optimization) dengan nombor 2. Walaupun aku tak berapa tahu macam mana nak menjadikan blog kita diletakkan di page pertama carian google, satu cara yang mudah adalah menjadikan bahasa yang kita gunakan mesra SEO. Lazimnya orang akan mencari maklumat dan bertanyakan pihak Google dengan menaip perkataan penuh di bahagian "Search" dan bukannya menggunakan short form. Jadi sebenarnya menggunakan perkataan yang betul dengan ejaan yang tepat sudahpun menjadikan blog korang mesra SEO.
 Perhatikan semua keywords yang ditaip oleh mereka yang mencari maklumat adalah dalam perkataan yang ditaip dengan huruf penuh dan bukannya short form. Carian keywords minggu lepas di blog bluedianthus.

Okies, rasanya itu saja buat kali ini. Semoga perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat membantu meningkatkan trafik ke dalam blog korang. Trafik yang tinggi bermakna nilai klik pada iklan akan menjadi mahal. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sahaja, dan bukannyaa boleh diterima sebagai fakta...hehe.. Kepada kawan-kawan aku dan pembaca setia blog ini, semoga dapat banyak earning lagi di masa-masa akan datang. Selamat berblogging dan menambah kenalan baru. Jumpa lagi di entri akan datang.


Artikel Berkaitan:


8 comments:

Billet-DOux said...

sokong2.
tulis entri mesti ikhlas.
bukan hanya berdasarkan duit.

lagipun tulis entri tak payah blogwalking memang takkan kemana earning nuffy tu. ~len lah kalo cik epal kan. hik2

wazy said...

betul tu,penggunaan short form memang tak digalakkan dalam blog,dalam erti kata lain macam ambik kertas SPM Bahasa Melayu.Nuffnang memang tak dinafikan menjadi penaik semangat setiap blogger untuk terus berkarya di dalam blog masing-masing

: bluedianthus : said...

@ Billet-DOux..
selamat datang ke blog saya..
Terima kasih kerana menyokong pendapat saya. Tulisan entri mestilah ikhlas. Kalau ikhlas duit akan datang sendiri.

p/s: Memang blogwalking sangat penting...untuk tambah kenalan dan memperbanyakkan komuniti blogger. :)

: bluedianthus : said...

@ wazy..
Ya, saya mungkin agak kolot sikit. Tapi saya memang pening dan tak suka membaca ayat versi short form...hehe..Yup, Nuffnang menjadikan kita bersemangat setiap minggu..:)

uhave2buy said...

TQ..berkongsi info..
lagi2 untuk blogger baru cam saya...
Selain buat online Shoppe..
dapat gak..belajar cam ne nak dapt side income ngan nuffnang...

: bluedianthus : said...

@ uhave2buy...
Welcome..sekadar berkongsi apa yang saya tahu..:)
Betul tu, sebenarnya Nuffnang hanya sekadar sampingan..
Online shopping awak tu sebenarnya dah ok tu..:)Tapi lebih cantik kalau ada domain dan hosting sendiri..:)

uhave2buy said...

memang ada hajat nak amek domain n hosting sendiri..

tapi seblm tu nak tgk dulu cam ne performance dan income dengan blogspot dulu...
nampak dah makin maju...
kompem..hajat tersebut akan dimakbulkan..

TQ :)

: bluedianthus : said...

@ uhave2buy..
Oh, rupa-rupanya dah ada perancangan dah nak beli domain dan hosting sendiri...bagus-bagus. Saya doakan semoga berjaya ya.. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails