TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, March 25, 2010

Home » , , » Lagi tentang Aimasi : Wawwi Peel Away Ads

Lagi tentang Aimasi : Wawwi Peel Away Ads

Apakah hal bluedianthus rajin sangat mengemaskini blog baru-baru ini? Ke terlalu banyak idea yang timbul semasa otak berada dalam keadaan stress yang terkawal? Huhu.. Tidak juga, sekarang ni aku tengah sibuk membuat artikel untuk seorang pelanggan aku. Dapatlah tambah duit poket sikit. Sebenarnya ada banyak blog aku yang "mati" sebab kekurangan masa untuk mengemaskini blog-blog tersebut. Terutamanya blog berbahasa Inggeris aku. Aku juga sedang dalam proses untuk memberikan beberapa testimoni untuk produk-produk IM yang bakal dilancarkan hujung bulan ini. Aku harap semuanya akan dapat aku siapkan hujung bulan ini.

Okies, hari ni aku akan bercerita mengenai Peel Away Ads. Peel Away Ads ini juga dikenali sebagai pagear oleh sesetengah orang. Korang ada nampak tak bucu sebelah kanan atas blog ini? Inilah yang dinamakan sebagai Peel Away Ads. Ianya berbentuk animasi "kupasan" pada sesuatu halaman website atau blog. Cuba korang testing letak "cursor" korang kat situ. Testing-testing..hehe.. Blogger yang professional seperti John Chow juga menggunakan kaedah ini untuk menarik perhatian pembacanya. Kaedah ini sangat sesuai untuk mengiklankan produk yang berbayar. Tapi bagi aku pula, penggunaan produk ini aku rasa lebih mencantikkan blog aku dan tidak mengganggu pembaca blog ini seperti sesetengah pop-up yang tiba-tiba muncul. Jenuh nak tutup pop-up yang sentiasa keluar je memanjang. Aku baru saja memasang Peel Away Ads ini dua hari lepas dan ada satu respon yang menarik perhatian aku di ruangan Chatbox.

@ ariel_man, taklah canggih sangat, tapi rasa macam problogger la pula, hehe...

Walaupun blog aku ini menggunakan platform blogspot, aku masih lagi boleh menggunakan produk ini dan diletakkan ke dalam coding html blog ini. Walaupun blog berplatform Wordpress lebih mesra enjin pencari (SEO), tapi bagi aku daya tarikan penggunaan Peel Away Ads masih lagi mempunyai peratusan daya tarikan yang sama untuk kedua-dua platform. 
Pandangan Dashboard selepas penggunaan Peel Away Ads

Oh ya, jangan tak tau Peel Away Ads ini adalah produk seorang usahawan Internet tempatan yang bernama Amin Johar (aku selalu menggelarnya AJ sahaja). AJ ni juga seorang blogger macam kita, tapi dia ni lebih advance dari kita, hehe.. Baru-baru ini AJ sangat sibuk dengan pelancaran produk barunya jadi jaranglah nampak dia buat aktiviti blogwalking. Memang berbaloi-baloi dapatkan produk AJ ni, bukannya mahal sangat pun. Jom ramai-ramai bantu usahawan tempatan kita. Apa yang lagi best, cara-cara pemasangannya mudah dan dalam Bahasa Melayu, mana nak cari kan? :) Esok dah terima gaji kan, apa salahnya cantikkan blog dengan Wawwi Peel Away Ads. Kalau nak lawat website jualan saudara AJ ni, boleh klik je banner kat bawah ni. Selamat mencantikkan blog sambil menjana pendapatan wahai korang-korang semua. :)




Iklan Onpage Super Efektif dan Berkesan

p/s: AJ, tahniah atas pelancaran, suka sangat bonus-bonus yang ada. Lepas ni nak belajar FW pula..:)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails