TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, March 1, 2010

Home » , , , » Apa cerita tentang buffered earning di Nuffnang?

Apa cerita tentang buffered earning di Nuffnang?

Hari Isnin tentunya merupakan hari yang ditunggu-tungu oleh para Nuffnangers sekalian. Maklumlah, update untuk earning Nuffnang akan diupdate sekali seminggu. Macam mana? Dah boleh cashout ke? Kalau dah boleh, otai Nuffnangers cakap masa yang paling sesuai nak cashout adalah di antara 27, 28 dan 29 haribulan. Yup, itu adalah masa yang paling sesuai untuk cashout. Jadi yang dah capai minimum payout tu, kena tunggu dulu la sampai hujung bulan Mac ni. Kalau nak cashout pun boleh saja, tapi masa proses tu tetap akan dibuat pada hujung bulan. Kalau status Glitterati tu, lepas 30hari dah boleh dapat. Huh, macam pandai je aku kan. Padahal cek pertama Nuffnang pun belum dapat lagi. Kepada kawan-kawan blogger yang belum dapat cek pertama tu, (macam aku jugak) bersabar la ya. Sikit-sikit lama-lama akan jadi gunung juga. :)

Hari tu aku ada satu kemusykilan tentang buffered earning dan metered earning. Aku lebih suka bertanyakan terus kepada pihak Nuffnang sendiri. Ada jugak aku tanya pakcik Google sambil melawat blog kawan-kawan blogger yang lain yang dah lama berkecimpung dan bersahabat dengan Nuffnang. Tapi aku lagi puas hati lepas tanya pihak Nuffnang sendiri. jadi aku pun bertanya la tentang kemusykilan yang aku ada. Servis supportnya memang first class. Sebab tak dapat cari jawapan masa tengok bahagian  FAQs. Jadi aku pun dapatlah jawapan mengenai buffered earning dan metered earning ni. Terlerai sudah persoalan yang bermain di hati ini..hehe.. Kalau rajin boleh la baca ya.

Secara kesimpulannya kedua-dua jenis kempen tak kisahlah jenis CPC atau mCPM(jenis buffered earning), ianya tidak dipengaruhi oleh jumlah traffik yang datang ke blog kita dan seterusnya membolehkan kita dapat peluang untuk menerima kempen iklan di blog. Jadi bagi kempen CPC tu, semua bloggers ada peluang yang sama untuk menerima kempen iklan. Bagi iklan mCPM pula, tak bermakna bila traffik kita tinggi kita akan dapat kempen iklan jenis ini. Sebab semuanya 100% bergantung kepada pengiklan yang memilih sesuatu blog berdasarkan pengguna sasaran, bilangan iklan yang ingin dipaparkan serta bajet yang mereka ada. Jadi harap tak ada blogger yang bengang (Macam lagu Akim...aku bengang dengan..bla..bla..) sebab sampai sekarang belum dapat buffered earning tapi trafik mencanak-canak naik. Kita ada beribu-ribu bloggers di Malaysia sahaja, belum masuk Singapura, Phillipines lagi. Jadi, pemilihan blog tu kenalah strict sikit kan. Semoga support ticket ni dapat membantu korang yang masih risau kenapa buffered earning tak pernah nak sangkut kat blog korang. 

p/s: Sekarang ni trend bermadu di blog. Ada Innity ada Nuffnang. Innity sanggup bermadu. Tapi Nuffnang tak rela, status Glitterati hilang terus. Tapi Nuffnang beriklan juga kat Innity, apa kes ah? Nak buat research dulu...:)

23 comments:

saya_arief said...

good info..thankiu..

pak dogol said...

tapi nampaknya iklan nuffnang ke udara semakin merosot..

muehehe!

: bluedianthus : said...

@ saya_arief..
selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ni..
Thanks for saying than you...:)

: bluedianthus : said...

@ pak dogol..
Mungkin sebab terlalu ramai bloggers yang muncul kot..lepas ni mesti diorang bagi strict lagi cara nak apply akaun nuff tu..huhu

Iza said...

Iza pernah gugur glitterati selama 2 minggu sebab ltk adverlets tp bila dah buang, dpt balik.

: bluedianthus : said...

@ Iza...
Memang akan hilang status Giltterati kalau letak advertlets ngan nuff sekali..sebab mereka ni sama advertiser dari asia..:)

Anak Perak said...

buffered earning dah ramai owg tny aku rasa siap post top 10 faq. tp technical support nuffnang x jemu2 melayan.bgs ler diorg ni.

Aminjohar said...

@bluedianthus,

Huhuhu, tak sabar nak tunggu cek pertama awk.. :-)

Leh r nanti kongsi2x citer dapat cek pertama dari NN ya.. :-)

Cam AJ lak tak sabar.. hehe :D

Bagus info pasal NN ni, dapat r AJ belajar serba sedikit tentang NN nih. :-)

: bluedianthus : said...

@ Anak Perak..
selamat datang ke blog saya...
Yup..pihak nuffnang memang professional..tu yang saya suka tu..:)

: bluedianthus : said...

@ AJ..
Patut pun AJ tak online semalam, rupanya ikut ayah pegi PJ ..:)
Yup, nanti saya dapat, saya buat satu entri dalam ni ek..
Cek pertama memang bermakna bagi seorang blogger.
AJ pun mesti lagi masyuk kan...hehe..

Billet-DOux said...

Wah, info hebat.. begitu pula baru dapat buffered earning. Makasih..

Azizi Zulkefli said...

Skrg try nuff + advertlets. Nak tgk mana yg lagi ok. Nuff asik x keluar iklan je tapi advertlets asik keluar iklan memanjang.

CikMin said...

salam dear..mmg pelik cara budget advitiser di nuffnang ni..blog my hubby yg jarang hapdet and xde trafik tu pun dah 2 buff dia dpt setakat ni..pelikkan..reda je la..mungkin dah rezeki kan..

: bluedianthus : said...

@ CikMin..
selamat mengomen di blog saya..hehe..
Memang pelik kan, tapi itu semua bergantung kepada rezeki...sabar saja la menunggu buffered, yang penting terus berbloging..:)

: bluedianthus : said...

@ Billet-DOux..
Maaf terlepas pandang komen anda...
Yup, macam tu la baru akan dapat buffered earning...Welcome..
Semoga cepat dapat buffered earning ya..:)

: bluedianthus : said...

@ Azizi Sulkefli..
Oh, boleh try advertlets juga kat blog lain... Banyak blog makin tinggi income kan..:)

DaHLia said...

thanks 4 sharing :)ya81

: bluedianthus : said...

@ Dahlia...welcome..:)

Kenzo said...

from my opinion, CPC i could say it's equalize for every blogger,actually traffic is important for advertiser to choose you. thx ur tips! bump 4 u! =D

: bluedianthus : said...

@ Kenzo...
Yes, actually traffic is more important when we talk about monetize blogg in Malaysia.. Most welcome and I'm glad this post helps you..:)

Afendi Othman said...

thanks for sharing...hehe..akhirnya terlerai persoalan saya

:: BLUEDIANTHUS :: said...

@ Afendi..
Most welcome..:)

nisa fadzil said...

thanks for sharing:]
good info

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails