TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, March 30, 2010

Home » , , » Aku Ditag!!

Aku Ditag!!

Aku sebenarnya tak suka dengan tag-mengetag ni, hehe..sebab kena cari blogger lain untuk dikenakan. Manalah tau diorang tu tak suka juga macam aku. Tapi pemilik blog Teratak Usang yang selalu singgah di blog aku dengan ikhlasnya menjemput aku menerima tagnya. "Kalau rajin jom jawap tag", itulah jemputan ikhlas Iza yang mencairkan hati aku ini..hehe.. Jadi aku rasa aku harus membalas tag dari Iza ini.  Ini jawapnya Iza. :)


1. Anda rasa anda hot?
- Tak, aku rasa aku cool, hehe.. Aku insan biasa yang nak jadi seorang yang luar biasa hebat dalam zon aku sendiri. Mudah-mudahan. :)


2. Upload gambar kesayangan anda!
- Dah upload, ada kat atas tu.. :)




3. Kenapa anda suka gambar ini?
- Aku nampak...... cantik tanpa kacamata?? haha...perasan..(p/s: yang cantik hanya sementara)


4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
- Awal bulan Mac ini.


5. Lagu terakhir yang anda dengar?
-Once: Kerana Kucinta Kau (lagu ni khas untuk blog Bluedianthus pada 11 Mac lalu)


6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
- Dengar mp3 Majalah IM keluaran Team Flarebiz


7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
- Nick (Nama lelaki ni..hehe..), Di dunia blogging, panggil Bluedianthus atau Warnnie will be just fine for me.


8. Tag lagi 6 orang tanpa rasa kekesalan
    1. Amin Johar : Wawwi Dot Com
    2. Farrawati Sabli : Aku Buku Dan Cinta
    3. Steward John : Missing Chapter
    4. Ardmad Ersante (Aku tak tau blog dia, lelaki penuh  misteri ni, hehe..)
    5. Abooi : Tentang Budak Kampung
    6. STARGONE: Mana Tau Ni?


Siapa no.1 kepada anda?
- Seorang sahabat yang aku jumpa di dunia maya. Orangnya penuh semangat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja. Berdedikasi tinggi dan banyak menegur dan memperbaiki kelemahan aku dalam dunia blogging dan IM. Dia juga seorang yang menepati janji dan seorang full-time worker di dunia online. Banyak yang aku belajar dari Amin Johar ni. Produk pertama dia pun sudah dilancarkan, buktinya Wawwi Peel Away Ads yang korang lihat kat sebelah atas blog aku ni. Cantik kan? :)


Bagaimana pula no.3?
- Seorang sahabat aku semasa belajar degree dulu. Orangnya bijak, pandai buat projek flash. Aku masih ingat pensyarah memuji hasil kerjanya. Bercita-cita tinggi macam aku...hehe.. Kawan baik yang mempunyai blog berbahasa Inggeris (jangan main-main tau...english dia power tu, cuba try tengok blog dia, hehe..). Hmm..apalagi ya, dia ni pelajar Master macam aku juga. Masing-masing ada kerisauan yang sama, "Bila nak habis Master?" haha..


Pendapat anda pada angka 4?
- Seorang yang pernah mempunyai cinta yang tak kesampaian dengan seseorang yang mempunyai wajah seiras aku. Seorang silent reader pada blog aku. Pembaca yang baik, dan sangat teliti dalam membaca setiap entri yang aku hasilkan. Setiap komennya penuh puitis dan juga seseorang yang suka memberi motivasi dan harapan macam aku. Semoga dia akan menemui cinta sejatinya. Aku doakan. :)


Kata sesuatu tentang orang ke 2?
- Kawan yang aku kenali semasa belajar Master. Mungkin sekarang ni dia tengah tunggu Viva atau Konvo, aku ucapkan tahniah untuknya. Wajahnya seiras dengan kawan aku masa aku belajar kat Semenanjung nun. Catatan terbaru di blognya adalah mengenai Cabaran Pelangsingan Badan di kalangan keluarga mereka. Best dan happening sungguh keluarga macam tu. Aku suka. Mungkinkah sahabatku yang seorang ini sudah berpunya kembali? Tak sabar aku menunggu berita gembira darinya. I miss you Farra...drop me a message if you have some spare time okay.


Hubungan anda dengan no 6?
- Aku baru saja mengenali Stargone ni. Apa yang aku tau dia baru saja join in the club jadi Nuffnanger tapi masih pening-pening. Mungkin pening letak source code dalam page Wordpressnya. Takpa, teruskan usahamu Stargone. Aku mesti sokong. Satu yang aku puji, blognya kemas dan cantik. Siapa kata korang tak boleh ada domain free dan hosting free sendiri? Cuba tanya Stargone macam mana dia buat. :)


Perawakan no.5?
- Seorang yang sangat sempoi. Abooi berblogging untuk kepuasan dirinya sendiri. Dan itulah ciri unik yang aku kagumi. Tak kisah Alexa Rank atau Pagerank jauh ke laut sekalipun. Blognya masih ramai pembaca setia. Abooi juga selalu memberikan komen di blog aku. Selalu aku meronda-ronda blog Tentang Budak Kampung ni. Setiap hari ada beberapa entri yang akan muncul di blog dia. Sekarang ni Abooi kurang berblogwalking, mungkin dia sekarang tengah sibuk. Rindu juga dengan entri-entri segar Abooi.


p/s: Banyak sangat perkataan seiras. Ada blogger lain kata gambar dalam facebook aku macam Emelda isteri Adlin tu? Betul ke? hehe..
p/p/s: Minta maaf kepada orang yang kena tag, aku tak bermaksud demikian. Apapun, tag ini bagus juga untuk mengenali sesama blogger. Harap ini adalah tag pertama dan terakhir (ikut kata-kata orang yang mengetag aku, Iza..hehe..)


Selamat tag-mengetag kawan-kawan blogger semua...

9 comments:

Aminjohar said...

alamak kantoi kena tag...

huhuhu.. :D

No 4??
Dulu kecil2x memang suka no tu coz exam selalu dapat no tu..

Lani dah tak berapa suka kat no tu coz apa yang di explain awk lebih kurang dan apa yang pernah AJ alami sebelum2x ni.. huhuhu

Erm, AJ masih belum berkesempatan lagi untuk menyetup weblog sendiri.. Best gak mentag2x kenkawan nih.. :D hehehe 1st post buat tagging pun baguih nih.. hehehehe

P/S: awk taknak pasang Peel Away Ads yang berflash? berklip2x :D
Yang flash kena guna skrip Peel Flash ke 4 bagus..

: bluedianthus : said...

@ AJ..
Saya terpaksa AJ... ;p Jangan marah, hehe..

Oh, tak suka nombor 4 AJ ni. Orang Cina lagi la tak suka no 4. Kebetulan saya lahir bulan April, mesti orang Cina tak suka kawan dengan saya..hehe.

Oh, pernah putus cinta la AJ ni. Tak apa, nanti ada jodoh jumpa juga tu. Saya pun doakan supaya AJ bertemu jodoh yang sesuai.

Saya faham AJ sibuk sekarang ni. Nanti weblog siap jangan lupa bagitau ok. First post buat tagging, memang unik, hehe...

p/s: Oh yang flash tu, saya nak pasang juga tapi nak letak dalam blog wordpress saya. Nanti nak godek-godek dulu. :)

Aminjohar said...

Hehehe takda r.. kira tag ni buat kejutan! Jadi suka lah pulak.. ngeh3x... :D

hehehehe :D


ohoho birthdy awk bulan April ni.. bila tarikhnya.. Nak tau.. kot leh wish paling awal sekali.. :D

farra said...

thanks 4 tagging..hehe..tunggu jawapan aku...rindu juga sama ko...

ejoyz@epowerbiz said...

hee..itu tag dr sy to iza..xsgka awk yg terkena..
i'm sorry....
da blogger bru nie..bru nk bertatih kt dunia blog nie..nie pon kerna my biz IM..

: bluedianthus : said...

@ Aminjohar..
AJ suka kejutan ni, baguslah kalau suka..hehe..

Yup, bulan April, ada tulis kat badge facebook..13 April, minta hadiah AJ, haha...

: bluedianthus : said...

@ farra..
Most welcome my dear..
dah aku baca tapi still nda boleh komen di blog ko..huhu..

: bluedianthus : said...

@ ejoy..
Oh, ejoy ni yang kenakan Iza ye..hehe..
Tak apa, sesekali relax jawap tag ok juga..:)Saya pun sama, masih bertatih lagi ni..sama-sama la kita belajar berblogging ya.. :)

Si budak Aboi said...

slm cik dian

lame tak kemari..

nnti aboi buat tag nie iye..

terima kasih

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails