TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, March 5, 2010

Home » , , , , , » Aku bergambar bersama harimau...

Aku bergambar bersama harimau...

Yeah, akhirnya aku dapat bergambar dengan harimau yang cantik ni. Opss..rupanya harimau dalam majalah hehe.. Kalau aku bergambar secara live, tak mungkin aku akan dapat senyum lebar macam ni. huhu. Memang berpadanan dengan tahun harimau di tahun 2010 ni, gambar harimau jadi penghias majalah Green Heart Milik WWF (World Wild Fund for Nature). Sebenarnya aku pun tak sangka akan mendapat majalah Green Heart ini.  Tapi kalau korang ada membaca entri aku yang lepas iaitu Kuasa Memberi, aku telah memberikan sejumlah wang derma kepada WWF-Malaysia iaitu tabung pemuliharaan negara terhadap perlindungan alam sekitar, flora dan fauna yang ada di Malaysia.

Jadi, pada hari khamis minggu lepas ada 2 kiriman surat yang dibawa oleh daddy (ini bahasa panggilan untuk bapa aku tau, bukan sugardaddy, hehe..). 1 surat adalah kad Bonuslink yang aku tukar secara online sebab kad aku yang lama dah bengkok sana sini, susah nanti nak swipe untuk dapatkan mata ganjaran kat Shell. 1 lag adalah surat yang tak diundang, hehe..Aku rasa kos nak terbitkan majalah ni lebih tinggi nilainya daripada sumbangan yang telah aku berikan. Mungkin ini adalah tanda terima kasih pihak WWF untuk aku. Untuk menerima sesuatu, berilah terlebih dahulu. Tapi yang lebih baik adalah yang tidak mengharapkan balasan. Sekarang aku nak kongsikan beberapa ilustrasi dalam majalah Green Heart.


 
Greening nature with your support.. Tapi sekarang ni musim bakar-membakar hutan..huhu..



Halaman belakang, ada gajah, orang utan..eh yang budak tu Tarzan ke? ;p


"Cool"nya harimau tu, cayalah dengan photographer yang ambil gambar ni. Artistik habis!!


Orang utan ni namanya Bidu-Bidu. Team WWF- Borneo Malaysia jumpa dia ni masa dia hampir mati kebuluran dekat kebun kelapa sawit. Baru berumur setahun. Sekarang ni di bawah pengawasan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Ibu Bidu-Bidu ini telah ditembak dengan kejam. Sungguh tak berperikemanusiaan betul orang tu.


Artis yang aku minati ni memang pencinta alam (Maya Karin), hehe..nak beli jugak T-Shirt ni tapi tak suka dengan lukisan panda tu, macam sedikit menakutkan...ke perasaan aku saja ni?hmm..



Ada tawaran kerja kosong lagi. Tapi kalau nampak badak sumbu kat sebelah tu, ramai yang tak jadi pegi interview kot..huhu.. Sekadar pendapat saja, lain kali boleh la letak gambar orang utan ke, penyu ke, jangan letak haiwan yang ganas-ganas kalau nak iklankan kerja kosong bahagian perhutanan ni. Semua ni memainkan psikologi dan minda yang melihat. Dari kerana mata bah orang bilang.. (loghat Sabah) :)

Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar dalam majalah setebal 20mukasurat tu, tapi itu sajalah yang aku sempat nak kongsikan. Entri kali ni banyak gambar, jadi boleh la rehatkan minda dan  tu kejap. Majalah cetakan berwarna sepenuhnya ini padat dengan maklumat mengenai aktiviti WWF sekitar Malaysia. Walaupun aku bukanlah seorang aktivis alam sekitar, kita sebagai makhluk yang sama-sama berkongsi dunia dengan hidupan lain di bumi ini perlu saling menyeimbangi ekosistem yang semakin goyah. (Agak-agak aku boleh masuk rancangan Host tv3 musim kedua ke? hoho...gurau)

p/s: HABITAT=LIFE SOURCE

8 comments:

Iza said...

Ingatkan betul2 bergambar dgn harimau tadi.....

fitri oh fitri said...

mna gambarnya? pentipu e? haha





http://fitridzulkifli.blogspot.com

: bluedianthus : said...

@ fitri oh fitri..
Tertipu ke? Hehe...saja je bagi suspens..Apapun, sayangi haiwan liar.

: bluedianthus : said...

@ Iza...
Kalau betul2 agaknya tak dapat lagi nak menulis entri..terbaring kat hospital dek diserang harimau..hehe..

BeMiE said...

teperanjat.. ingat gmbr hrimau yg betul2 heheh

: bluedianthus : said...

@ BeMie..
Jangan terperanjat..title ni sengaja ditulis sebegini rupa..nak tengok blogger mana paling responsive..:)

ardmad said...

warnie...gambar warnie menggambarkan seorang wanita yang sweet, keibuan dan future mother...Tambah2 yg ni hah...Hari tu, abg terselisih dgn teman wanita abg yg abg ckp dulu tu...Dia bwk anak2 (2 org lelaki) dan mak bapak dia siar2 (suami tkde pun. Sbnarnya, setiap kali nmpk dia, suami tak ada. Sntiasa dia seorang atau dgn anak2 atau adik2 / family). Dia nmpk abg...hri tu. Sb untuk tgk dia dgn jelas, abg kena duduk di kalangan org2 cina yg sedang makan kat gerai brhampiran. Dia perasan abg sb dlm smua cina tu ada malay sorang. Cina2 pun pelik tgk abg (tp chinese jenis buat tk tau). Bila renungan brtukar; terasa mcm ada 'telepathy' menyatakan kesedihan masing2. Abg rasakan la warnie; dia di antara salah satu sebab abg dihukum dlm kehidupan...Abg tk prnah merasa bahagia sehingga ke hari ini...abg bagaikan mayat hidup yg hidup hnya utk buat krja (tanggungjwb). Muka abg pun dh nmpk mcm org tua. Abg dh 'tersangkut' kt sini dlm soal kehidupan...(kemalangan).

: bluedianthus : said...

@ ardmad...
Terima kasih di atas pujian anda...Sebenarnya, dalam kes ini, saya sarankan supaya anda elakkan bertemu dengan bekas teman wanita ardmad. Sebab dia tu sudah bergelar isteri orang. Sekarang ni saya pun musykil juga, adakah saudara ardmad ni sudah berrumahtangga atau belum. Tapi kalau ada jodoh tu tak ke mana kan. Sekarang ni ardmad buat apa yang perlu sahaja. Hidup kena diteruskan...:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails