TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, March 24, 2010

Home » , » Aimasi Kegemaran?

Aimasi Kegemaran?

Pada masa sekarang ni, aimasi banyak digunakan dalam menghasilkan kesan yang menarik dan seterusnya membuatkan kita terhibur. Aimasi ataupun "Animation" (bahasa Inggeris) adalah diambil dari perkataan Latin yang bermaksud "dihidupkan" atau "bring to life". Menurut Kamus Dewan pula, ianya merujuk kepada suatu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Ringkasnya, animasi adalah proses menghidupkan atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik. Aku harap penerangan aku ni tidak memeningkan kepala. Kita boleh belajar apa saja kan? :) Walaupun aku mempunyai asas dalam bidang multimedia selama 6tahun, aku masih lagi berusaha untuk mempelajari bahagian-bahagian yang penting. Masih banyak lagi yang aku belum dapat kuasai terutamanya bahagian menghasilkan animasi 3D. Kalau la aku pandai nak buat animasi 3D, teringin juga nak buat karakter kartun sendiri..hehe.

Walt Disney Studio adalah pelopor dunia animasi dengan karya klasik yang tak asing lagi. Sebut saja SnowWhite, Peter Pan, Sleeping Bauty, Cinderella, Beauty and the Beast, Lion King, Pocahontas, Alice In Wonderland, semua orang pun tahu. Lambang terulung The Walt Disney Company adalah Mickey Mouse macam yang korang lihat kat atas tu. Watak kartun ini sudah berusia 82 tahun dan ianya masih dikenali di seluruh dunia. Hmm..Mickey Mouse ni "dilahirkan" pada 1928, aku rasa ibubapa kita pun belum lahir lagi masa ni. Korang dapat tengok tak evolusi pihak Walt Disney melakukan "branding" watak Mickey Mouse ni? Aku memang cukup tertarik dengan "branding power" mereka ni.

Aku mempunyai pendapat sendiri mengenai animasi berbentuk 3dimensi dan juga 2dimensi ini. Walaupun animasi 3D seperti Final Fantasy, Ice Age, Toy Story ini memang sangat hebat dari segi CGI (Computer Graphics Imagery), animasi berbentuk 2D masih lagi mendapat tempat di hati kanak-kanak dan penonton dewasa yang lain. Mungkin disebabkan oleh latarbelakang animasi yang ringkas dan tidak terlalu kompleks. Doraemon adalah satu watak yang masih terus kekal di ingatan setiap kanak-kanak yang mungkin sekarang ni dah besar panjang macam aku..hehe..Watak kucing robot Doraemon yang sentiasa membantu Nobita memang sudah disetkan dalam otak kita. Aku sememangnya suka dengan kartun Doraemon sejak dulu dan animasi kartun ala-ala Doraemon seperti Kiteretsu juga mulai popular kerana ianya adalah kontra kepada animasi Doraemon itu sendiri. Sebenarnya ada banyak lagi animasi kartun 2D yang terkenal seperti Sin Chan, Spongebob, Naruto..banyak sangat nak senaraikan kat sini. Apapun, animasi berbentuk 3D atau 2D, ia tetap mempunyai misi yang sama iaitu menghiburkan penonton. 
Perasan tak karakter Doraemon ni mempunyai kesemua warna untuk Bendera Malaysia? :)

Kalaulah The Walt Disney Company boleh digabungkan dengan syarikat animasi Jepun, aku nak sangat karakter Mickey Mouse dan Doraemon ini bergabung untuk membentuk satu filem animasi. Mesti meletup di pawagam kan. Bukan senang nak tengok dua karakter terulung ni digabungkan. Mesti filem Avatar ataupun Titanic pun kalah agaknya..hehe..
Aku la orang pertama yang akan beli tiket kalau Mickey Mouse dan Doraemon digabungkan dalam satu filem animasi yang sama..
p/s: Berbalik kepada tajuk entri ini, aimasi kegemaran aku? Dua-dua..tapi Doraemon atas sikit..hehe. :)

7 comments:

fitri oh fitri said...

wah,i plg suka anime. yakitate. shakugano shana, sume2 la. best.




http://fitridzulkifli.blogspot.com

Mr Kamikaze said...

waa..minat kat doreamon..

: bluedianthus : said...

@ fitri oh fitri..
oh memang fitri ni peminat setia animasi kartun ni..hehe..:)

: bluedianthus : said...

@ Mr Kamikaze..
ya, peminat Doraemon ni..hehe..

Iza said...

Doremon..doremon..minat jgk sampai skrg tp suara doremon skrg ni x mcm suara dulu, skrg ni dgr kasar sikit.

Iza said...

Doremon..doremon.....minat jgk tp suara Doremon dah berubah, tak sama suara dulu dan sekarang.

: bluedianthus : said...

@ Iza..
wah samalah kita, minat doraemon.
Ya, Iza pun perasan pula. Suara Seiyu watak Doraemon tak halus dan mesra kanak-kanak lagi kan..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails