TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, March 27, 2010

Home » , , » 3 perkataan sakti yang mengujakan...

3 perkataan sakti yang mengujakan...

Sebenarnya taklah sakti sangat pun sampai boleh hilang-hilang macam pahlawan sakti dulu-dulu tu, hehe. Bak kata-kata tagline warnniemusah.com, "Untuk menerima sesuatu berilah terlebih dahulu." Janganlah harap sangat orang lain memberi kita sesuatu terlebih dahulu, dan barulah masa tu kita nak balas pemberian mereka. Orang yang memberi selalunya murah rezeki. Tapi satu yang kita kena ingat, rezeki bukan saja berbentuk wang ringgit tetapi juga dalam perkara yang lain, contohnya seperti kesihatan yang baik, keluarga yang sentiasa ceria dan happy go lucky (macam aku), ilmu pengetahuan yang bertambah dan banyak lagi. :)

Sebenarnya sekarang ini aku sedang mengikuti kelas online secara percuma yang dikendalikan oleh saudara Amirol Zulkifli. Aku merupakan salah seorang daripada 50 orang yang mengambil bahagian dalam kelas tersebut. Kelas ini akan berlangsung selama 3 bulan (macam rancangan realiti tv pula kan, hehe..). Setiap minggu akan ada tugasan yang akan diberikan kepada setiap peserta, dan peserta mesti menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Sekiranya tidak, akan disingkirkan. Buat masa sekarang ni, yang aku tahu masih ada 33 orang peserta lagi yang masih bertahan termasuk aku. Boleh tahan juga kerja ni. Tapi aku seronok melakukannya.



Hai, bluedianthus ni bagi tajuk entri salah ke? Oh tidak, berbalik kepada 3 perkataan sakti yang mengujakan aku. Ada satu assignment tu aku telah memberikan tutorial secara bergambar kepada para peserta lain bagaimana untuk cara upload gambar ke dalam sistem yang kami gunakan untuk login dan berkomunikasi dengan admin dan peserta lain. Aku pun rasa agak sedikit payah pada mulanya untuk menggunakan sistem tersebut, jadi aku rasa lebih baik aku hasilkan tutorial untuk membantu mereka yang lain. Kelas ini percuma, jadi kenalah bagi tutorial dengan percuma juga kan. Yang penting sekali, ikhlas. :)
Sungguh aku tak menyangka, ramai yang memberikan perkataan "sakti" tersebut kepada aku. Aku sungguh-sungguh rasa dihargai. Jom kita lihat komen-komen yang diberikan oleh kawan-kawan seangkatan aku dalam kelas IM percuma yang julung-julung kali diadakan ala-ala realiti tv ni..hehe..
Aku mendapat email personal dari peserta lain tentang cara memasukkan imej ke dalam sistem, Aku pun memberikan tutorial bergambar pada hari itu juga

Saudara Amirol selaku admininistrator mengucapkan terima kasih kepada aku

Ucapan terima kasih peserta pertama

 Ucapan terima kasih peserta kedua

Ucapan terima kasih peserta ketiga

Ucapan terima kasih peserta keempat

Ucapan terima kasih peserta kelima

Ok, itu je yang larat aku nak letak dalam entri kali ini...hehe.. Walaupun aku tak dapat duit, hehe...tapi ucapan terima kasih sudah cukup untuk aku. Lagipun bukannya aku nak duit sangat pun. Orang memberi, kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Jadi kepada mereka semua yang mengucapkan terima kasih, aku ucapkan:
Hari ni dah masuk hari Jumaat, aku nak minta maaf pada semua sebab semalam aku "pengsan" awal, tak sempat nak melakukan aktiviti blogwalking di blog-blog korang. Aku juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membaca entri ini sehingga ayat yang ke penghabisan. Aku juga mengucapkan terima kasih kepada blogger yang telah memberikan Award "Beautiful Blogger" untuk dua-dua blog aku, bluedianthus.com dan warnniemusah.com. Ada masa nanti aku akan update di blog aku ya. Selamat berhujung minggu untuk semua. ^_^

p/s: Terima kasih kepada blogger.com sebab menjadi hosting kepada blog aku ni. :)


Entri Sebelumnya: Insentif yang memotivasikan

4 comments:

Iza said...

Wah....macam menarik je, kelas apa tu?

ardmad said...

'Beautiful Blogger'.....nampak. Sekarang warnnie tau yg kata2 pujian abg bukan skadar main2...tul tak?

Pelajarilah bagaimana utk menjadi lebih cantik dan cantik bersama abang di: abangku.com...he he he. Acah je. Lama tak melawat. Gatai tangan nk tegur warnie.

Sebenarnya, abg ada project besar coming up. Abg rasa, abg dah pilih warnnie sebagai salah seorang yg akan dapat full access sebelum dilancarkan. Abg nk pendapat ikhlas warnie...tgk2 klau2 ada apa2 yg perlu diperbetulkan. Project abg XHTML dan CSS validate. Makna; kod-kod dia depan belakang semua cantik. Smua jenis komputer dapat bukak kemas dan laju. Dan 3 perkataan mengujakan kepada warnie sebelum abang hilang sekali lagi:

'Semoga Maju Jaya'

: bluedianthus : said...

@ Iza...
kelas percuma IM..boleh lawat blog saudara Amirol, manatau nanti akan ada program sebegini lagi..:)

: bluedianthus : said...

@ ardmad...
Terima kasih di atas pujian..saya hargainya.. :)

Wah, diam2 ubi berisi saudara ardmard ni. Boleh, kalau ada kesempatan apa salahnya saya tolong komen-komen apa yang patut..:) Wah, tiga perkataan yang mengujakan dari anda memang sangat-sangat dihargai. Terima kasih ardmad, hehe..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails