TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, March 12, 2010

Home » , , , » 11 Mac yang diselimuti kegembiraan

11 Mac yang diselimuti kegembiraan

Keputusan SPM telah pun keluar hari ini, dan aku ucapkan tahniah kepada adik aku yang bernama Mylsa Avinnie Musah yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nya baru-baru ini. Tak sia-sia masuk Latihan Khidmat Negara, eh apa kaitan pulak kan..hehe.. Ini hanyalah suatu permulaan perjalanan dan masih banyak lagi liku-liku dalam hidup yang perlu ditempuhi. Syabas juga aku ucapkan kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada mereka yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan aku ucapkan semoga dapat berusaha dengan lebih giat lagi. Keputusan dalam pelajaran tidak memberi impak seratus peratus kepada hidup masa hadapan. Pelajaran hanyalah sebagai pemudah cara untuk mendapat kehidupan yang lebih terjamin, Tapi yang lebih pentingnya lagi adalah diri kita sendiri. SPM bukan akhir cerita. This is just the beginning of your own journey.. Ceh, berbahasa Inggeris pula aku ni..:)

Seperti mana yang aku maklumkan semalam, blog bluedianthus.com kini berusia setahun. Kira dah boleh belajar berjalan dah kalau baby umur setahun, hehe.. Sepanjang aku berblogging dalam tempoh setahun ini, banyak perkara yang aku belajar. Banyak yang aku belajar daripada blogger-blogger yang lain . Maaflah kali ni aku tak dapat nak letakkan sejarah blog bluedianthus ni, sebab aku cadang nak buat satu entri lagi untuk memperkenalkan bluedianthus ni. Kira aku nak buat satu ebook untuk menyenaraikan entri-entri aku yang terdahulu. Korang boleh download dan tengok-tengok mana entri yang berkenan di hati. Macam mana? Bagus tak idea aku yang tak seberapa ni? Boleh la bagi respon dengan memberi komen membina. Komen tidak kiralah samada berbentuk pujian atau kritikan, aku terima dengan hati yang ikhlas. Apapun, kalau semuanya berjalan dengan lancar, aku akan tulis dan kongsikan di entri yang lain. Tunggu..

Hari ini juga merupakan harijadi kawan baik aku. Sama tarikh pula dengan tarikh lahir blog ini. Senang la aku nak ingat harijadi dia nanti. Maklumlah aku ni cepat betul lupa kalau nak tunggu setahun sekali..:) Apapun, sepanjang setahun ni, aku hanya mampu menghasilkan sebanyak 95 entri..suatu angka yang kurang memberangsangkan bagi aku. Siapa yang mengikuti blog aku dai awal, banyak entri dalam blog ini menggunakan bahasa Melayu. Tapi aku buat keputusan untuk beralih terus ke bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara kita...haha.. Gurau, sebab menggunakan satu bahasa menjadikan blog ini lebih mesra di mata para pembaca. Sebab aku dapati ada blog yang tersesat ke blog aku adalah dari luar negara, jadi aku tak nak pelawat international ni pening nak "cari jalan keluar" dari blog aku ni. Ini hanya pendapat aku saja. Aku tak tau la pulak pendapat korang semua. Kalau ada apa-apa nak kongsi, sila la berbuat demikian dengan menggunakan talian hayat komen yang ada..terima kasih...hehe...

p/s: Terima kasih kepada mereka yang mengucapkan ulangtahun pertama bluedianthus.com kelmarin. You rock my blog..:)
p/p/s: Di saat kita bergembira, jangan lupa pada mereka yang berduka..sentiasalah berdoa untuk kesejahteraan orang lain, walaupun kita tak kenal..

4 comments:

saya_arief said...

tahniah pade adik kamoo..

Agus Santoso said...

hy ..infonya mantap ney...

lam kenal yah...

comment back... zugamedia.blogspot.com

: bluedianthus : said...

@ saya_arief..
terima kasih arief...:)

: bluedianthus : said...

@ Agus_Santoso..
Terima kasih..dan salam kenal..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails