TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, February 26, 2010

Home » , , , » [TUTORIAL] Upgrade Cbox ke akaun Premium

[TUTORIAL] Upgrade Cbox ke akaun Premium

Baiklah seperti mana yang telah aku janjikan, tutorial untuk proses upgrade Cbox kepada jenis premium aku kongsikan di sini. Sebenarnya banyak lagi jenis chatbox yang ada seperti Shoutmix dan lain-lain. Proses upgrade mungkin lebih kurang sama saja. Harga juga lebih kurang, apa yang aku research kat internet tadi, harga upgrade ke premium chatbox bagi Cbox dan Shoutmix sama saja, iaitu $2 sebulan. Baiklah, kita teruskan dengan tutorial kita ya..:)

1. Taip url ini ke browser korang : http://www.cbox.ws dan login akaun korang.


2. Selepas tu, korang akan di bawah ke ruang seperti di bawah ni:

3. Skrol down sampai jumpa Upgrade Now:
 
4. Korang akan dibawa ke satu ruang untuk cara pembayaran untuk upgrade ke premium. Pilih berapa lama korang nak melanggan Cbox Premium ini, pilih cara pembayaran samada melalui Paypal, Kad Kredit/Debit ataupun CherryCredits. Kemudian klik "Next". (Aku telah memilih untuk melanggan selama 6bulan dan pembayaran melalui Paypal, $11 lebih kurang RM37.4385 - ikut rate semasa) (Note: Sepanjang tutorial aku hanya menggunakan transaksi menggunakan Paypal sahaja)

5. Kemudian korang akan dibawah ke paparan seperti di bawah. Sekiranya terdapat kesilapan, korang boleh klik pada "[Change]". Kalau dah puas hati, boleh klik pada butang Paypal "Buy Now".

 

6. Kemudian korang akan dibawa ke ruangan login akaun paypal korang. Pastikan jumlah wang adalah sama dengan jumlah wang yang korang pilih. Contohnya, aku setuju untuk melanggan selama 6bulan dengan bayaran $11.00. Masukkan email paypal beserta dengan password korang.

7. Lepas tu korang akan dibawa ke paparan seperti di bawah. Double check butiran yang korang buat.
 
8. Masih di laman yang sama, scroll down sampai korang jumpa button "Pay Now". Klik pada button tersebut.

9. Korang akan di bawa ke laman yang lain yang menyatakan bahawa pembayaran telah pun di buat. Korang hanya perlu menunggu beberapa saat untuk di redirect ke laman web Cbox.
10. Apabila transaksi berjaya, paparan seperti ini akan muncul. Pihak Cbox akan menghantar email untuk menyatakan proses upgrade telah pun berjaya. Jom check email..:)

11. Sepatutnya ada dua email yang korang akan dapat iaitu satu daripada pihak Paypal yang menyatakan korang baru je transfer duit Paypal kepada pihak Cbox. Satu lagi email ialah daripada pihak Cbox yang menyatakan akaun Cbox Premium korang dah siap untuk digunapakai..:)
Email notifikasi dari Paypal dan Cbox

Email dari pihak Paypal

Email darim pihak Cbox. Perhatikan perkataan yang aku gariskan, "unlocked" bermaksud korang dah boleh guna semua features dalam Cbox itu dengan cara login pada tempat yang aku tandakan dengan anak panah tu. Ok, jom klik pada link yang aku tandakan tu.

12. Korang akan di bawah balik ke laman selepas korang mula login. Scroll sampai korang jumpa macam kat bawah ni:
Perhatikan Cbox type aku sudah menjadi "Premium". Daripada tarikh aku upgrade Cbox aku, aku ada masa 180hari (6 bulan) untuk menggunakan semua features Cbox Premium. Tarikh tamat langganan juga ditunjukkan.

13. Selesai. Semua features kat dalam tu korang boleh explore sendri.Lepas tu publish dan dapatkan kod dan letakkan di blog korang. Korang nak buat Cbox korang jadi Pop-up pun boleh, tapi aku lebih suka yang biasa..hehe..Contoh yang macam dalam blog aku ni. Apa yang paling best, kita boleh tau berapa orang yang tengah online kat blog kita. Kita juga boleh filter perkataan yang tak sepatutnya ada dalam Cbox tu. Default untuk perkataan yang difilter adalah simbol asterisk (*). Jadi kalau korang nampak mesej korang keluar **** tu maksudnya mesej korang tak lepas kat blog aku. Cuma aku je yang boleh tengok kat Cbox ayat sebenar yang korang tulis. Lepas tu korang juga boleh letakkan sticky message, iaitu komen-komen blogger lain tidak akan menenggelamkan mesej ini. korang juga boleh setkan supaya Cbox korang terus delete mesej spam.  Korang juga boleh setkan berapa panjang komen boleh ditulis, maksimum character sebanyak 1000char..banyak tu, boleh tulis pantun dah tu..hehe. Menarik kan.Rasa macam moderator yang sangat berkuasa pula..hehe..
 
Sticky message sebagai peringatan kepada bloggers, ada 11 orang online masa ni. 

Okies, sekian saja tutorial buat kali ini. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.
Artikel Berkaitan:



12 comments:

veTeran said...

alaa...
takde duit la nak beli premium!
:D hehe

zack zukhairi said...

owh...
ingatkan free tadi! hehe.
kene bayar rupenye.
:p saya xde duit.

Sir Marcello said...

yeah nice tutorial~

btw paypal nie senang ke nak guna?

: bluedianthus : said...

@ veTeran..
salam kenal..takde duit, simpan duit dulu...baru beli ..:)

: bluedianthus : said...

@ zack zukhairi...
yup, kena bayar, jadi banyak la manfaat dan kelebihan yang kita dapat..:)

: bluedianthus : said...

@ Sir Marcello...
Terima kasih..
Yup, senang nak guna..:) Dan lebih selamat daripada menggunakan kad kredit ataupun kad debit..:)

: bluedianthus : said...

@ BuDakHutan..
Sori..ntah kenapa tidak boleh approve komen..Ya, banyak features yang ada dalam Cbox Premium ni. Cuba ja ba, 3bulan ka..:)

Si budak Aboi said...

wah sgt menarik ea ade view user on9 tue...

: bluedianthus : said...

@ Abooi..
Ya, menarik untuk dicuba..:)

BuDakHutaN said...

nanti sa try juga ni tau..

Ariff Shah said...

wah. hebat. siap boleh beli premium

: bluedianthus : said...

@ Arif Shah...
Saya cuba saja ni...nak tengok apa yang best kat cbox premium tu.. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails