TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, February 13, 2010

Home » , , , » Toleh Kiri,Toleh Kanan...Ada nampak apa-apa tak?

Toleh Kiri,Toleh Kanan...Ada nampak apa-apa tak?

Turn Left, Turn Right. Inilah kisah filem yang baru sahaja habis aku tengok tadi. (12.2.2010, 00:32). Memang kisah tu membuai rasa, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tengah dibuai perasaan bahagia bersama pasangan masing-masing. Valentine's day? Aku tak sambut..maaf kata. Bagi aku, setiap hari adalah hari kekasih. Lagipun tak ada orang yang sudi dengan aku yang menghadap komputer 365/24/7 ni. 

Hmm..masih ada  tak yang menonton rancangan RTM? Atau semuanya tengah tengok rancangan berbayar sahaja? Aku cuma boleh tengok tv1, tv2, tv3 dan ntv7 je..itu pun rasanya tak cukup mata nak tengok rancangan dalam tu. Yang pasti siaran Berita jangan dilupakan, penting tu. Lebih-lebih lagi Berita Dunia Jam 11. Bulan Jun ni kena pasang Astro la sebab nak tengok World Cup. Hah..jangan tak tau, akulah teman setia daddy(bapa aku la...hehe..) yang selalu kejutkan daddy masa World Cup 2006 dulu...Tapi, World Cup je la yang aku tengok.  EPL, Liga Sepanyol dan sewaktu dengannya aku tak tahu sangat. Memang aku tak tau sangat tentang bola ni..sekadar tengok berita sukan dalam sisipan akhbar adalah..:)

Seperti yang aku beritahu di entri aku sebelumnya, "Review yang Bernilai RM150.00", di sini aku nak bagitau kronologi penyertaan aku. 


1. 27 Disember 2009, telah membaca entri En. Rohaizad mengenai FuhyooFM Review Contest. Aku juga telah melawat laman pertandingan FuhyooFM  tersebut.
2. 28 Disember 2010, telah lupa dengan review contest tersebut. (Moral value: maklumat yang tersimpan dalam memori kita hanya dapat bertahan 24jam saja, dan ianya akan hilang jika tidak diaplikasikan..jadi bertindak mengikut arahan minda kita dan bukannya ikut suka hati kita)
3. 29 Disember 2009 - 28 Januari 2010..Lupa langsung tentang review contest. Masa ni sibuk dengan buat paperwork untuk Conference Presentation di Taiwan. (Update: Malangnya paperwork aku telah direject sebanyak 3 kali, sehinggalah tarikh tutupnya, paper aku tu masih belum diterima..huhu..Takpa, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL)
 4. 29 Januari 2010, entri di blog Rohaizad sekali lagi secara tidak langsung telah menjadi reminder aku dalam entri yang bertajuk "Kenapa Nampak Macam Susah Untuk Buat Duit Dari Blogging?". Terima kasih..kalau tak aku tak berkesempatan nak join contest ni.
5. 29 Januari 2010, mengambil masa sejam lebih menghasilkan review untuk contest FuhyooFM tersebut. Lepas tu terus hantar dan bagitau aku dah buat review kat laman web FuhyooFM.
 6. 30 Januari 2010, masa untuk proofreading review yang aku buat.
7. 31 Januari 2010, buat satu entri khas untuk permulaan 1 Februari dan Pencapaian Di Dunia Blogging, penyertaan  mengenai contest aku masukkan dalam pencapaian ke 10 aku.
8. 1 Februari 2010 - 2 Februari 2010. Sibuk membaca review orang lain. Semuanya blog berbahasa Melayu, rata-rata mempunyai blog dot com sendiri. Terasa rendah sungguh diri ini. Tapi, aku tetap yakinkan diri untuk cool...dan masih sempat Mencari Semangat Yang Hilang..hehe..
9. 3 Februari 2010..Dan pemenangnya adalah... kita jumpa minggu depan..:)
10. 4-10 Februari 2010. Berblogging seperti biasa dan buat-buat lupa tentang pertandingan tu. Membaca review peserta lain juga. Review sangat menarik dan bersahaja. Di sini dapat belajar cara penulisan mereka. (Memo: Telah membeli sebuah domain+hosting dari wanmus. )
 11. 11 Februari 2010. Nak balik awal dari kampus..tapi terlepas 30minit waktu siaran. Nama pemenang telah diumumkan. Hanya dapat tengok kat shoutout box. Apapun, telah mendengar ulangsiar pada jam 2.30petang. (Tapi masih sedih, sebab tak dapat dengar segmen Dunia IE yang menceritakan tentang freelance dan part-time).
 
12. 11 Februari 2010: Dapat email dari team FuhyooFM :
 
 email follow-up pemenang dari FuhyooFM

 Berita gembira..dapat angpau lebih awal
13. 11 Februari 2010. Aku call En. HBO untuk maklumat lanjut...bincang itu dan ini...dan seterusnya, dan seterusnya...
14. 11 Februari 2010. Sekitar jam 9pagi, aku telah memberi sumbangan derma sebagai bantuan ikhlas aku kepada baby ammar. Korang mesti tau baby comel ni kan? Aku tak sangka rezeki akan datang balik. (Moral value: Memberi lawannya menerima. Tapi memberi tanpa mengharapkan balasan lagi mulia.)
 15. 12 Februari 2010, menulis entri ini untuk berkongsi dengan para pembaca. Dan juga ingin memberitahu yang satu lagi pertandingan akan menyusul di FuhyooFM sekitar bulan Mac ini. Jadi, jangan lepaskan peluang ini ya. RM300 menanti korang semua. (Nota: Sila highlightkan poin ke 15 ini ya.)
p/s:  Yang berbeza itu tidak selalunya terbaik, tetapi yang terbaik itu selalunya berbeza...itulah FuhyooFM, radio internet pertama di Malaysia yang menjadi perintis dalam pencarian bakat baru dalam bidang penyiaran.

p/p/s: Tahniah juga kepada Luvleey dan Ikthiaruddin sebab menang tempat kedua dan ketiga.


14 comments:

joegrimjow said...

bab duit ni
terus ku klik nak tau lanjut
huhu
thx u

erk
blog ku pon ada contest gak
hehe

Aminjohar said...

@bluedianthus,

Kronologi yang lengkap dan teratur dengan kemas.. Kagum AJ.

Sempat awk ada idea buat ya.. Smart! :-)

Boleh AJ tau awk amik berapa jam untuk buat artikel ini ya? Fuh, kalau AJ 2 hari pun x siap buat 1 artikel lebih2x lagi kalau kronologi dan susunan pautan lain2x dalam artikel.. huhuhu

Boleh r jadikan penulisan awk sebagai rujukan untuk tingkatkan lagi kualiti artikel.. :-)

Teruskan usaha..

Ohya, AJ pun terlupa pasal contest tu juga. Terlupa langsung. Last baca kat blog Rohaizad juga. Masa itu AJ sibuk ngan contest SEO HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Ingat nak join juga. Lepas aja kenal akan dunia Paid To Click (PTC), 15 Dis, AJ kenal Neobux. terexcited amat lak.. PTC ini kalau tak kena cara, boleh hilang fokus dan boleh habis banyak masa juga.

Sama-samalah kita menguruskan masa agar sentiasa dimanfaatkan. :-)

pak dogol said...

pak dogol nak mencuba la pula blue..

mana tau rezeki si but2 dan anak gajah..

muahaha!

Si budak Aboi said...

eh bah ndak payah psg astro ..RTM amik hak siaran world cup bah!

: bluedianthus : said...

@ joegrimjow
selamat datang ke blog saya...
wah...blog joe pun ada contest ek..
klu ada masa saya akan cuba memeriahkan contest tu..:)

: bluedianthus : said...

@ AJ..
Terima kasih atas kata-kata dorongan dari AJ..Yup, sempat juga saya buat..masa tu terus dapat idea..hehe..

Oh..saya ambil masa sejam nak siapkan artikel ni..kronologi tu saya just ambil daripada diari harian saya..Kalau AJ perhatikan dari 29 Januari - 28 Februari tu,
saya tak tulis apa-apa yang details walaupun dalam diari saya ada banyak perkara yang berlaku tapi tak ada kaitan dengan contest tu.

Rasanya banyak lagi yang kurang dalam penulisan saya.
Sama-sama la kita berusaha ya AJ..

Haa...lagi satu, saya tak ikut lagi perkembangan contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL..tak tau siapa yang menang..:) Saya pun join PTC under AJ, tapi kurang aktif.. :)
Ada masa baru main klik2..

Masa itu emas dan permata..:)

: bluedianthus : said...

@ pak dogol..
Mesti cuba..jangan tak cuba ya..
Rezeki ada di mana-mana..

: bluedianthus : said...

@ Abooi..
Oh ya ka? Bagus la kalau macam tu, jimat duit..:)

Aminjohar said...

@bluedianthus,

Yup, Masa itu emas dan permata hatiku.. hehehe ;p

Berkaitan PTC, 1 hari AJ fokus kat 10 MAIN PTC. Bila rajin je klik3x yang lain2x.. Dalam banyak2x PTC, yang mudah nak cashout PaidToClick sahajalah. yang lain semua kena tunggu minimum payout.. huhuhu AJ pun dah tak sanggup nak test2x PTC macam2x.. Tak jadi kerja.. Nanti AJ nak fokus 2/5 masa kat blogwalking pula. Coz sebelum ini aktiviti blogwalking buat ala kadar aja.. tak sampai pun 5% sehari.. Nampak yang potensi trafik cukup besar dari sini. Win-Win situation & banyak lagi benefit... :-)


Nanti trafik tinggi leh r kita sama-sama apply Innity pula ya.. :D

: bluedianthus : said...

@ AJ..
Ya, saya stick untuk 10 main PTC je..thanks sebab bagitau benda yang baik..:)

Blogwalking memang bagus untuk kesihatan earning nuff, hehe..Win-Win situation memang penting. Yang paling penting kena jujur..

Oh, Innity. Harap-harap boleh apply lepas ni..tapi status Glitterati hilang la kan..kena pasang kat blog lain pula..:)

Aminjohar said...

@bluedianthus,

Ya, status giltterati akan hilang.
Alah bukan susah pun pasang kat blog lain then nanti masa blogwalking promote r kedua2x blog sekali gus.. hehehe :D

Jom jalan2x cari blog g.. :-)

: bluedianthus : said...

@ AJ..
oh jadi kena pasang tempat blog lain la ni. Ok AJ, jom buat banyak2 blog...hehe..:)

Aminjohar said...

Jom.. :-)
AJ dah start build komuniti AJ yang pakai subdomain. baru dapat sorang.. :D

Makin ramai member2x pakai/lagi banyak create blog guna subdomain, nanti PR, AR pun akan naik untuk domain.. :-)

Kerja kerja kerja.. :-)

P/S: Niche blog tau. 1 blog 1 fokus. :-)

: bluedianthus : said...

@ AJ..
Wah, AJ dah start..saya tak nak ketinggalan ni..

1 niche, 1 blog, 1 fokus...ok faham..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails