TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, February 8, 2010

Home » , , , , » Sebelum dan Selepas...

Sebelum dan Selepas...

Saya putar Kieran!! Hehe..perasan pulak masuk rancangan Roda Impian kejap. Sebelum minggu ini adalah minggu lepas dan selepas minggu lalu adalah minggu ini...(Alah, macamlah korang tak tau kan...hehe..) Yup, kita telah pun berada di minggu kedua bulan Februari. Seperti biasa, hari isnin adalah hari yang paling tidak digemari oleh golongan yang bekerja, tak kiralah samada di sektor swasta atau kerajaan kan. Tapi, memang itu adalah lumrah manusia, mesti kerja untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sambil menunggu jarum masa beralih arah ke angka 2petang, aku dengan pantas menulis menaip sesuatu untuk tatapan korang yang rajin menjenguk blog ini. Terima kasih kerana sudi mampir ya..aku tunggu suratnya ya..hehe..

Mesti semua korang-korang yang berkawan baik dengan nuffnang akan tersenyum lebar. Apa tidaknya, earning nuffnang dah meningkat kan. Earning aku sendiri pun meningkat juga la walaupun tak banyak. Yang penting, boleh lihat sedikit demi sedikit perubahan. Kepada mereka yang dah boleh cashout tu, aku ucapkan tahniah dan aku tumpang gembira untuk korang. Jangan lupa, menabung amalan mulia!! :)

Dalam aku check-check keywords apa yang selalu dicari dan "tersesat" ke dalam blog aku, terkejutnya aku dengan penemuan "cara bunuh diri" yang tertera di maklumat keywords nuffnang aku.Minggu lepas ini adalah antara keywords yang dicari oleh pengguna internet.

 Cara bunuh diri ?? Biar betul ni..


Tapi, aku masih lagi menganggap ianya dari sudut yang positif. Manalah tau kan, orang yang search keyword ini nak buat research untuk projek, tesis ataupun assignment subjek diorang kan. Setahu aku, hanya satu sahaja artikel mengenai bunuh diri yang aku pernah tulis bertajuk "Bunuh Diri, Ada Cara Yang Lebih Baik Tak?" Tapi, taklah banyak sangat perkataan bunuh diri yang aku tulis taip. Tapi bila aku login ke Webmaster Tools, sekali lagi aku terkejut. Aku ingatkan top 10 search queries aku semuanya adalah berkaitan dengan motivasi, tetapi ada juga terselit bunuh diri dalam tu:

 
Top search query ke 7: Bunuh Diri? Oh Tidak.. 

Itu satu hal, selepas tu aku pun buat lah research kat Feedjit, nak tau apa yang aku dapat, boleh tengok kat bawah ni:


Cara-cara bunuh diri? Cara-cara nak bunuh orang? Katakan TIDAK!!

Wah..sedihnya aku tengok top search queries aku..huhu..Janganlah tertekan sangat sampai nak bunuh diri pulak. Bunuh diri kan berdosa, semua agama pun melarang bunuh diri ni. Nyawa kita kan semuanya terletak di tangan Tuhan. Apapun kekecewaan yang ada, putus cinta, muflis, gagal dalam perniagaan atau peperiksaan, hidup masih perlu diteruskan. Jadi, ingat! Bunuh diri bukan penyelesaian terbaik. Aku memang berharap sangat mereka-mereka yang nak bunuh diri ni tersesat sekali lagi masuk ke dalam blog aku ni dan membaca entri ini. Jangan lukakan diri sendiri, ikutlah tagline Loreal, "Kerana Dirimu Begitu Berharga.." Tuhan mencipta kita ke dunia ini ada sebabnya..renung-renungkan...

p/s: Kadang-kadang pandai juga orang nak bunuh diri ni, nak bunuh diri pun kena rujuk dulu dengan  internet..ish ish..macam-macam ada dalam dunia ni..


4 comments:

ultraman_88 said...

dia xtau cara nk bunuh diri kot?ekeke

: bluedianthus : said...

@ ultraman...
Agaknya la tu kan..sampai nak search kat internet cara nak bunuh diri..:)

blurr33 said...

pelik jugak..
bunuh diri pun ada orang search ye..
ni mesti orang yg search tu tgh tension..
aku dulu pernah jgk search mengarut2.. mcm paste terus soalan assignment kat google.. keluar plak tu site yg berkaitan.. wakakakak..
:D

: bluedianthus : said...

@ blur33
Selamat datang ke blog saya..
Agaknya tension nak bunuh diri kot..hehe.. Sekarang ni dah senang nak cari maklumat...taip-taip je daj keluar kat google..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails