TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, February 11, 2010

Home » , , » Review Yang Bernilai RM150.00

Review Yang Bernilai RM150.00

Mungkin tak ramai yang tahu aku memiliki blog English...mungkin bagi mereka yang mempunyai blog English seperti aku lebih-lebih lagi platform percuma seperti blogspot ni, tentunya aku memahami perasaan korang...apa dia? Kekurangan trafik. Lebih-lebih lagi kalau blog itu bukan berunsurkan niche yang diketahui ramai akan mendapat traffik yang tinggi seperti niche hiburan. Tapi bagi aku, ianya tak pernah mematahkan semangat aku untuk terus menulis dalam bahasa ketiga aku.. Berblogging la apa saja, yang penting terselit satu perkara yang boleh dipelajari dan dimanfaatkan bersama-sama dengan pembaca. Aku baru saja selesai membaca artikel terbaru Smartzul mengenai Motivasi untuk Blogger dan Usahawan Internet. Dan pastinya aku sangat terkesan dengan motivasi beliau. Poin pertama beliau ialah:
1. Tiada hanya satu definisi kejayaan. Ada orang kata, blog yang paling banyak mendapat komen, itulah blog terbaik. Dan ada yang kata, kandungan yang baik dan dibaca ramai, walau tidak mendapat banyak komen, itu juga terbaik. Jadi, mana satu yang terbaik? Saranan saya, ciptalah definisi sendiri dan berpegang kuat padanya. - Smartzul
Rezeki Tahun Baru..Terima kasih FuhyooFM..

Inilah yang aku pegang. Kalau tidak, dah lama blog English aku yang baru berusia 4bulan 10hari pada hari ini berkubur. Dan pada hari ini juga blog English ini telah membuatkan aku tersenyum kerana sebuah Review yang aku hantar untuk menyertai contest telah memenangi tempat Pertama. RM150.00 angpau yang sangat bernilai untuk aku. Terima kasih FuhyooFM.. Kalau ada kelapangan, korang bolehlah baca review yang aku tulis bertajuk "What's Wrong With The Box? What's Up With The Virtual Box?". Inilah review yang memenangi hadiah wang tunai RM150.00 tersebut. Blog English aku yang terus hidup kerana menghasilkan artikel ini sendiri telah memberikan aku motivasi untuk terus menulis..

p/s: Malam nanti aku akan kongsikan kronologi contest Review FuhyooFm yang aku sertai, nak buat kerja freelance dulu...terlepas pula dengar rancangan Dunia IE di FuhyooFM jam 12tengahari tadi..

2 comments:

shahrinabd said...

tahniah....stuju ngan awk. Susah nak dapat trafik utk blog english kalo xde niche sangat. tapi maybe kalo kite masuk forum/portal macam GB versi english nie senang sket kot...

: bluedianthus : said...

@ shahrinabd..
selamat datang ke blog saya..
Yup, lebih2 lagi kalau niche yang kurang permintaan di pasaran..:)

Yup..betul tu, nanti nak kena masuk portal english ala-ala GB..hehe

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails