TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, February 28, 2010

Home » , , » Pembunuh! Kau tak layak digelar manusia...

Pembunuh! Kau tak layak digelar manusia...

Aku tak tau manusia jenis apa lelaki ni. Sungguh mengundang kemarahan yang menggunung seluruh penduduk Malaysia. Tak cukup ajar ke? Kalau nak sepak menyepak, sepak la bola, sepak la buah kelapa..sepak banyak-banyak pun orang tak marah. Orang yang tengok pun akan buat tak kisah saja. Cuma orang kata kau tu gila saja.  Tak siuman, buang tabiat. Kalau pandai sangat nak menyepak tu, pergi la masuk World Cup. Dapat rezeki boleh dapat anugerah Kasut Emas. Ini tidak, orang yang kau pijak, orang yang kau sepak, orang yang kau terajang, orang yang kau tendang, orang yang kau campak, orang yang kau tampar. Kau ni sakit mental ke? Kau memang tak layak digelar manusia. Sedangkan binatang pun sayangkan anak-anaknya. Kau tu manusia, dikurniakan dengan akal oleh Yang Maha Kuasa.

Aku memang takkan bertolak ansur dengan kekejaman seperti ini. Aku sungguh sedih dengan kejadian ini. Tergamak betul lelaki kurang ajar tak sedar diri tu buat macam tu dengan budak comel yang baru berusia 3tahun. 3 tahun my friend!! Apa seorang budak yang boleh lakukan di usia sebegitu? Tahu tak tenaga lelaki lebih kuat 6kali ganda daripada perempuan. Bayangkan, budak perempuan berusia 3 tahun dan lelaki berusia 28 tahun dengan tenaga 6 kali ganda kekuatan wanita yang sebaya dengannya? Kekuatan pada lelaki digunakan untuk melindungi perempuan dan bukannya menyakiti. Ingat orang akan puji kau ke kalau kau buat macam tu? Orang keji lagi ada.


Namun, semua yang berlaku ada hikmahnya. Kematian adik kecil yang bernama Allahyarham Syafiah Humairah ini telah membongkarkan perhubungan haram antara ibu kanak-kanak itu dan lelaki binatang tersebut sejak enam tahun lalu. Hei, apa cerita? Kan masih bersuami lagi, kenapa curang? Aku sebagai perempuan juga sangat malu dengan pembongkaran ini. Sekarang, menangis airmata darah sekalipun takkan dapat menghidupkan semula anak yang tak berdosa ini. Semoga kita-kita yang masih berfikiran waras dan rasional ini akan menjadikan kejadian ini sebagai teladan dalam kehidupan masing-masing. Setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan mendapat balasannya. Otak dikurniakan Tuhan untuk berfikir. Sebelum nak buat sesuatu tu, fikirkan sedalam-dalamnya dulu. Kalau dah tahu salah, jangan buat. Jangan pernah terfikir langsung nak buat. Kan perbuatan salah, tak payah fikir nak buat. Fikir benda yang berfaedah lagi berbaloi-baloi.

Inilah sandiwara dunia kata P.Ramlee. Ada yang bergembira, ada juga yang berduka. Nuffnang baru sahaja mencapai usia 3 tahun beberapa hari lepas, dan seorang budak perempuan berusia 3 tahun telah meninggal dunia akibat perbuatan kejam insan yang tak layak digelar manusia. Angka 3 yang membawa kegembiraan dan juga kedukaan. Esok adalah permulaan bulan yang ke-3 dalam tahun 2010 ni. Patutkah kita bergembira atau bersedih? Fikir-fikirkan...

p/s: Semoga roh Allahyarham Syafiah Humairah dicucuri rahmat. Kepada mereka yang beragama Islam, jangan lupa sedekahkan Al-fatihah kepadanya.


4 comments:

e p i x ____ said...

doakan kesejahteraan adik tersebut :(

: bluedianthus : said...

@ epix..
Semoga rohnya dicucuri rahmat...

@BELLA@ said...

mmgla berita ni sgt memalukan kaum sebangsa dan seagama.. yg saya tak tahan bole lagi mak budak ni kata boyfren nya tu like an "angel".. angel kepala hotak dia la.. sesetengah wanita terlalu mengutamakan lelaki smpi anak mati pun masih boleh puji lelaki tu.. ish ish.. mungkin allah ta'ala tu lebih tahu apa yang terbaik utk anak kecil ni.. drpd dia sengsara hidup dan membesar dgn bapak lebih hina dr binatang (coz i love animals and i think they're wonderful) lebih baik dia di sisi allah sahaja skrg..

: bluedianthus : said...

@ BELLA..
Memang "bikin panas" dengan penyataan ibu arwah tu kan. Tu la, kerana cinta aku turutkan, "boleh jalanlah.." (geram sangat ni Bella, huhu..) Ya, mungkin anak kecil ini lebih baik tidak mengalami sengsara yang lebih buruk lagi di kemudian hari.

p/s: i loved to see animals, but adoption, i dont think i can handle it..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails