TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, February 17, 2010

Home » , , , » Part time atau Freelancer?

Part time atau Freelancer?

Mood bercuti masih lagi terasa..lebih-lebih lagi bagi mereka yang berbangsa Cina. Pada masa aku menulis artikel ini, aku sedang mendengarkan slot siaran ulangan Dunia IE minggu lepas di FuhyooFM..sebut betul-betul, FuhyooFM, hehe.. Tajuk perbincangan mereka adalah mengenai pekerjaan part-time dan juga freelancer.

Setelah mendengar rancangan itu tadi. Barulah aku sedar selama ni perkara yang aku buat secara online di internet contohnya seperti setup Autoresponder dan menulis artikel adalah kerja freelancer dan bukannya part-time. Sebab kerja freelancer ni lebih kepada memberikan perkhidmatan bakat kita. Itu yang aku faham lah..tak tau la pula kalau pandangan korang macam mana. 

Aku pasti ramai yang mempunyai bakat terpendam a.k.a tersimpan di dalam diri korang masing-masing. Jadi jangan sia-siakannya. Apa yang paling penting sekali, belajar dan terus belajar dan jangan kedekut untuk melabur dalam usaha kita mendapatkan ilmu. Pendidikan juga merupakan suatu pelaburan jangka masa panjang dan jangan sia-siakan peluang yang ada. Kita ni hidup hanya sekali dan kita boleh belajar apa sahaja di dunia ini (belajar benda yang buruk tak payah la, cuma jadikan sebagai pengajaran ok..).


Tak kisahlah korang nak bagi terminologi apa untuk kerja sampingan yang korang lakukan, yang penting kita dapat belajar sesuatu daripada apa yang kita lakukan. Hmm..mesti korang tersenyum-senyum bila buka akaun nuffnang kan. Ya la, earning sudah dikira lewat sikit sebab tauke nuffnang cuti tahun baru Cina, hehe.. Earning aku pun adalah juga naik sikit-sikit. Bersyukur itulah amalan yang dipuji. Mungkin bulan depan dah boleh cashout..mudah-mudahan. Sebelum itu, aku nak berkongsi berita gembira dengan korang semua, kelmarin aku telah berjaya menjual 2 copies Ebooks di sebuah forum luar negara. Siapa yang tau tu tau la, hehe..Dapat juga $30 = RM101.67 (sekarang ni aku dah semakin alert dengan tukaran matawang asing, hehe..padahal dulu tak ambil pun kos perakaunan, huhu)
 
Bila dah dapat duit kenalah bersedekah ye..:)


Ini pula adalah bayaran untuk satu artikel BI untuk loyal customer aku. Terima kasih ya.. :)

Walaupun ianya tak seberapa, tapi sedikit kejayaan boleh memacukan diri kita ke arah kejayaan. Percayalah dengan bakat yang korang ada. Berfikirlah sedikit kreatif dan banyakkan bertanya. Aku ni memang muka tak malu bertanya dengan orang, hehe.. Apa nak dimalukan, bukan kita buat salah pun. Lagi banyak dapat ilmu lagi la.. Betul tak AJ ? :) Selain itu, jangan lupa memberi.."what you give,you get back", aku percaya dengan konsep ini.

p/s: Dah lawat blog aku warnniemusah.com ? Entri terbaru bertajuk "Kerana cinta..aku...". Jangan jiwang karat sudah..hehe. Ada cenderahati untuk korang semua kalau take part dalam entri tersebut. :)

8 comments:

Aminjohar said...

Betul3x.. :-)

malu bertanya sesat jalan, silap2x tak boleh balik ke kampung halaman. :D

P/S: Nak tau awk berjaya jual e-book apa ya? menarik. YM2x.. :D

pak dogol said...

bakat pak dogol asyik terendam je la Blue..

muahaha!

: bluedianthus : said...

@ AJ..
Betul tu..sesat je seumur hidup kalau malu bertanya..:)

p/s: oh jual ebook PLR..nanti ada masa kita YM k..lagi best nak cerita..hehe...:)

: bluedianthus : said...

@ pak dogol..
Bakat terendam? Uih, nanti tenggelam tu pakm dogol..hehe..

Si budak Aboi said...

emm wah cik dian skrg semakin semangat ek..!

tapikan cik dian mane lebih baek bakat or minat?

: bluedianthus : said...

@ Abooi..
Pandangan peribadi saya..minat lebih bagi..tapi kalau disertakan dengan bakat lagi luar biasa bagus..:)

Mohd Razzid said...

betul ke e-book blh dpt pndptn lumayan?

: bluedianthus : said...

@ Mohd Razzid..
selamat datang ke blog saya..
kalau kena dengan gayanya..memang boleh menjana pendapatan lumayan..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails