TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, February 23, 2010

Home » , » Nuffnang bukan sekadar mengaut keuntungan

Nuffnang bukan sekadar mengaut keuntungan

Selamat hari isnin buat semua blogger dan pembaca. Selamat bekerja bagi yang bekerja, selamat belajar bagi mereka yang masih belajar (macam aku ni..huhu..), dan selamat menjalankan tugas kalau ada di antara mereka yang menjadi surirumah sepenuh masa. Huh, jangan pandang rendah dengan surirumah ni. Surirumah inilah kerja yang paling memenatkan. Kerja 24jam kat rumah. Itulah dia pengorbanan seorang ibu yang tidak mengenal erti penat dan lelah. Walaupun emak aku (mummy) bukanlah seorang surirumah sepenuh masa, kesibukan kerjanya sebagai jururawat tidak menghalangnya daripada memberikan kasih sayangnya kepada anak-anaknya. Salah seorang daripada anaknya itu aku la..hehe..



Azmaniza bt Mohamad Kamal? Siapa ni? Ya, pemilik nama ini adalah seorang blogger dan nuffnangers yang mempunyai seorang anak comel bernama Ammar Danish. Tu, kat gambar atas tu.. Comel kan? Kalau tengok sekilas pandang nampak macam tak sakit apa-apa, sebab nampak muka ceria dan riang je. Tapi siapa sangka baby Ammar Danish yang comel ini mempunyai penyakit Patent Ductus Arteriosus (PDA) sejak lahir lagi.  Jadi, pembedahan diperlukan untuk menutup lubang berdekatan dengan jantungnya, Senang cerita jantung berlubang la..Tapi apa kaitan dengan Nuffnang ni? Kejap la, nak cerita la ni.. :)


Nuffnang telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru Projek Kebajikan untuk mengumpul derma khas kepada baby Ammar Danish. Dan selama 3 hari selepas Nuffnang menulis kisah baby Ammar di dalam blog, derma yang diperolehi telah mencapai RM3,359.00 hasil daripada sumbangan nuffnangers. Institut Jantung Negara (IJN) pun dengan penuh timbang rasa mengurangkan kos untuk pembedahan. Maklumlah, bukannya murah nak buat pembedahan yang melibatkan nyawa manusia ni. Semuanya dilakukan oleh doktor pakar yang mempunyai pengalaman yang bukan sedikit. Kalau tak ambil masa 7 ke 8 tahun, bukan doktor pakar lah namanya.

Apapun, kos pembedahan baby Ammar sudahpun tercapai. Semoga baby Ammar akan hidup dengan jantung yang normal selepas ni. Chaiyo..chaiyoo..Kepada nuffnangers yang prihatin, semoga Tuhan membalas keprihatinan korang semua...huhu, terharu pula aku masa menulis entri ini..


p/s: Earning Nuffnang macam mana? Shh..diam-diam dah la..:)
Artikel Berkaitan :

18 comments:

Tekkaus said...

Ya! Sebab itu saya rasa Nuffnang adalah satu syarikay yang baik. ;)

fitri oh fitri said...

ye la, adek ammar tuh.
memang kesian



www.fitridzulkifli.blogspot.com

JMR said...

semoga baby ammar memperoleh kesihatan yang lebih baik..amin..

idop nuffnang!

Lekir said...

cayalah nuffnang.. teruskan usaha murni tu

Aminjohar said...

huhu hasil contest SEO hari itu adalah sikit2x sumbang, apa2x yang termampu.. :-)

nuffnang earning? huhuhu sedeynya... T__T

Ariff Shah said...

Orang Malaysia mampu je nak buat charity ni. Cuma kena ada banyak publisiti la.

Aini said...

hidup nuffnang ! =)

pak dogol said...

salam dari pak dogol..

bersama-samalah kita menyusulinya dengan doa agar selamat segalanya dan dipermudahkan segala urusan..

minggu ni kutipan nn pak dogol cuma seringgit sembilan puluh sen je..

muehehe!

Aminjohar said...

@Pakdogol

Itu dikira lagi baik dari AJ.. huhuhu minggu ini telur ayam.. T_T

: bluedianthus : said...

@ Tekkaus..
selamat datang ke blog saya..
yup, Nuffnang memang baik..:)

: bluedianthus : said...

@ fitri of fitri..
ya, semoga baby ammar tabah menjalani hidup..:)
Ok dah follow blog fitri..:)

: bluedianthus : said...

@ JMR..

salam kenal..sama-samalah kita berdoa untuk kesihatan baby ammar ya..:)

: bluedianthus : said...

@ Lekir..
Ya betu tu Lekir..
semoga lebih banyak lagi usaha murni yang akan dilakukan oleh Nuffnang..:)

: bluedianthus : said...

@ AJ..
Tahniah sebab menang hari tu ya AJ..
Syukurlah AJ dah buat sumbangan, semoga bertambah rezeki..:)

p/s: Kenapa dengan earning nuff AJ?

: bluedianthus : said...

@ Ariff Shah..
Salam kenal Ariff..
yup, mampu je tapi nak atau tak nak buat je kan..:)

: bluedianthus : said...

@ Aini..
Salam kenal dan selamat datang ke blog saya..hidup Nuffnang!..:)

: bluedianthus : said...

@ pak dogol..
ya, sama-samalah kita berdoa agar pembedahan berjalan dengan selamatnya..

Kira ok dah earning nuffnang tu..asal ada naik sikit2 ok la tu...:)

: bluedianthus : said...

@ AJ..
betul ke AJ? Nampaknya kena ubah strategi tu..mungkin Nuff ada kesan sesuatu kat blog AJ kot..Takpe, pelan2 ye..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails