TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, February 5, 2010

Home » , , , , » Jadikan Pencapaian Kecil Sebagai Pemangkin Semangat

Jadikan Pencapaian Kecil Sebagai Pemangkin Semangat

Hari ini aku telah membeli sebuah lagi buku motivasi kegemaran aku, tapi di kesempatan lain aku akan berkongsikan review terhadap buku ini. Ok kan? Selalunya (bukan selalu sangat laa..) , aku membeli sesuatu yang aku suka sebagai penghargaan kepada diri sendiri apabila aku telah menyiapkan satu tugasan, ataupun aku telah melakukan sesuatu yang aku rasa patut diberi ganjaran sikit. Ya, hari ni aku telah menyiapkan satu masalah yang dihadapi oleh seorang warga Wangcyber iaitu Amirul Ikmal a.k.a Amal. Buat pengetahuan korang dia baru saja melancarkan ebook percuma bertajuk "7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet". Ops, aku tak buat website tu ya, bagi aku website tu dah cukup canggih bagi aku, guna CSS tu. Website aku pun tak guna CSS..huhu..Tugas aku hanya membuat dan memasang script autoresponder bagi laman web di hosting beliau. Autoresponder ni senang cakap adalah macam setiausaha kat pejabat tu...nak tau lebih lanjut boleh tengok Pakej Panduan Autoresponder.

Yup, hanya ini yang aku buat kat laman web beliau. Sikit sangat kan, tapi aku puas hati dan gembira dapat menyelesaikan masalah beliau, semoga subscriber beliau mencurah-curah selepas ni. Korang boleh la download ebook beliau kat website tu, PERCUMA tau.. :)

Sebenarnya, masa buka forum Wangcyber, aku kebetulan terjumpa thread WTB (want To Buy) beliau:



Jadi aku pun contact dia la, aku nak bantu. Bincang-bincang dalam YM apa yang diperlukan, butiran yang perlu ada. Bincang-bincang tentang bajet. Aku kan baik, selalunya aku tanya berapa bajet, hehe..aku faham sebab aku pun orang baru. So aku pun buatlah dengan penuh fokus..try and error jugak la..hehe..Buat punya buat, syukurlah aku dapat jugak siapkan seperti yang ada dapat laman web tu sekarang. Cepat juga aku siapkan kerja ni, tak sampai sejam. Mungkin sebab baru baca ebook Kuasa Minda Ammar Zahar kot..hehe..Siapa yang jadi subscriber aku di warnniemusah.com jangan lupa check email sebab ada tawaran menarik untuk korang.shh...
Hoho..dapat credit lagi, siap ngan itrader..mari kita lihat itrader dan komen beliau pulak:

Macam mana dengan duit? Kawan-kawan, jangan fokus pada duit..duit bukan segalanya tau. Walaupun hampir segala-galanya memerlukan duit. Sebenarnya, aku hanya suruh beliau membayar 50% daripada harga servis terlebih dahulu. Masa tu takut tak dapat buat kerja tu, hehe.. Haa..ni salah satu lagi rahsia, sebenarnya aku sengaja meminta separuh daripada harga servis tu terlebih dahulu supaya aku akan lebih fokus kepada kerja yang aku buat. Separuh lagi duit yang belum masuk akaun tu boleh jadi sumber motivasi untuk aku melakukan kerja dengan baik. Cuba korang bayangkan, kalau la aku dah dapat semua payment, mesti aku masa tu dah malas nak buat betul-betul kan. Ya la, duit dah masuk dalam akaun kan..hehe.. Jadi itu adalah salah satu rahsia (tak la rahsia pun, cuma ramai orang terlepas pandang) untuk melakukan sesuatu dengan lebih bersungguh-sungguh.
Aku highlightkan "jasamu dikenang", aku suka ayat ni...walaupun ianya dinyatakan secara bersahaja tapi aku sangat terharu (jiwangnya..haha..). Perasaan dalam diri aku rasa puas sebab dapat membantu beliau menyiapakn website baru beliau. Wah, aku tau mesti korang nak tanya berapa bayaran yang aku dapat kan?  Taklah banyak sangat, tapi kalau ikut peraturan nak cashout nuffnang, dah boleh cashout la..hehe.. Syukur di atas rezeki yang ada. Aku hanya ikut bajet yang beliau ada..sebab aku tau dia mesti dah keluarkan banyak pelaburan untuk membeli hosting dan domain website tu. Beliau ada dua domain berbayar tau!! Takpa, bantu membantu dan beramal sikit kan. Mana tau satu hari nanti aku pula yang perlukan bantuan.

Okies..sampai di sini saja perkongsian aku untuk kali ini. Nak buat paperwork baru untuk conference di Melaka pula lepas ni. Ada siapa-siapa dari Melaka yang baca blog aku ni? Kalau aku jadi pergi ke Melaka nun, boleh la bawa aku jalan-jalan kat negeri Hang Tuah tu..hehe.. Ingat tak lagi aku pernah bagitau, kepercayaan adalah keyakinan 50%, dan keyakinan adalah kepercayaan 100%.. bila orang dah percaya kita mampu tolong dia, kita kena yakin bahawa kita memang mampu menolongnya.


8 comments:

myrol92 said...

oohh...awk mmg sungguh comitment dlm melakukan kerja...siap ade motivasi diri lagi...

apa2 pon nak tanya ciket....
tahu tak kat mane nak dpt script autosponder yg free punye...
klau takde takpe lah....saja je tanya..

: bluedianthus : said...

@ myrol92..
Terima kasih atas pujian tersebut..sebenarnya semua orang boleh fokus..

Oh rasanya script free untuk autoresponder ni memang ada, tapi myrol kena la rajin tanya dan search kat google..:)

Si budak Aboi said...

wah terror lah cik dian ade PA lagi!

: bluedianthus : said...

@ Abooi..
tak terer lagi..masih belajar lagi..:)

Aminjohar said...

@bluedianthus,

Bagus2x bluedianthus,
Tingkatkan lagi usaha & fokus..

AJ lani dok fokus website client.. hari ini baru leh fokus.. kat 2 minggu serabut riban haih..

Semangat2x..

P/S: Sib bik bluedianthus ada pasang radio fuhyoo fm kat sini.. Layannnn dan santai...

Ops. Layan dan struggle.. :D

: bluedianthus : said...

@ AJ..
Terima kasih..maaflah lambat reply komen..saya balik kampung klu hujung minggu..hehe..

Yup, saya sokong AJ..sibuk macam mana pun kena relax jugak kan. Jom layan FuhyooFM..:)

Layan dan struggle.. :)

Aminjohar said...

@bluedianthus,

Oh, tak mengapa.. :-)
No problem..

Owh, balik kampung. Mesti best ni.. Terubat rindu kat keluarga..

awk takmo citer pasal kampung awk? Letak2x gambar2x suasana kat kampung ka?.. huhuhu teringin nak tau gak kampung camna..

Pemandangan gunung Kinabalu dari jauh... nun dari kampung.. huhu owah.. best. boleh relese2x tension :-)

: bluedianthus : said...

@ AJ..
yup, setiap hujung minggu mesti balik kg. Time ni saya tak ingat lagi dah internet. Tapi blog sentiasa di hati..hehe..

Oh, rasanya saya ada letak gambar pemandangan kat kampung sebelah ayah saya. Nanti ada idea nak tulis artikel pasal kampung saya akan letakkan..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails