TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, February 25, 2010

Home » , , » Cbox oh Cbox...

Cbox oh Cbox...

Semalam..waktu peak hours, sungguh lebat Cbox dihujani dengan komen-komen para bloggers yang memang tahan mengantuk..hehe..(siapa-siapa Nuffnangers tegar tu, tau la). Aku juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan suasana. Cuma yang aku tak senang hati tu, terdapatlah mereka-mereka yang sungguh membuatkan aku nak membuang Cbox yang ada. Tapi akhirnya, aku masih sayangkan Cbox. Sebab aku sayangkan Cbox ini la aku dah upgrade Cbox aku sebentar je tadi. Memang benar bagai dikata, yang berbayar selalunya lebih baik walaupun kita terpaksa mengeluarkan sedikit wang ringgit. Lagi satu, perasan tak bila korang nak taip mesej kat shoutbox ada iklan pop up yang keluar? Biasalah kita guna secara free, jadi iklan daripada penaja mesti ada. Ini baru namanya timbal balik kan. Kini, jangan risau, Cbox aku takkan buat macam tu lagi. :) 

Oh ya, semalam masa aku melawat blog bloggers yang lain, aku sampai tak boleh nak bagi mesej kat shoutbox. Sebab dah kena limit 60mesej dalam masa sejam. Ada bloggers yang sampai pasang 2 kotak chatbox. Itu aku tak kisah la, itu adalah pilihan pemilik blog itu sendiri. Maaf, pernyataan ini bukan berbaur kepada orang perseorangan ya. Ini cuma pendapat peribadi sahaja. Jangan marah haa... (ikut gaya P.Ramlee..hehe..) Bagi aku, ianya sedikit sebanyak mencacatkan blog korang. Nuffnang juga tak suka dengan shoutbox yang banyak. Jangan tak tau setiap blog kita ni kena pantau oleh diorang. Ini yang menakutkan. Tak ada angin tak ada ribut, dapat pula email dari Nuffnang, berbunyi "We have to terminate your Nuffnang account due to the violation of terms and services." Hmm...sebenarnya kita masih bernasib baik lagi sebab pihak Nuffnang masih belum strict macam pihak Google. Contohnya, pihak Nuffnang masih boleh bertolak ansur kalau kita nak klik iklan Nuffnang kita atas alasan kita betul-betul nak mengetahui maklumat dalam iklan tersebut. Kalau kita nak klik iklan Adsense kita sendiri, bersiap sedialah kena banned oleh pihak Google.
Boleh lihat sendiri kelebihan Cbox berbayar..berbaloi-baloi..
p/s: Suka dengan sticky message.."Spammers tak ada tempat kat sini, minta maaf ya..:)"
p/p/s: Nantikan tutorial untuk membeli Cbox Premium dari aku yang tak seberapa ni..

8 comments:

Sir Marcello said...

aku menanti tutorial itu~

KaorU IchibaNa said...

ok gak ar cbox premium neh..

: bluedianthus : said...

@ Sir Marcello..
Selamat datang ke blog saya...
Oh, tutorial biasa-biasa saja..:)

: bluedianthus : said...

@ KaorU IchibaNa..
Banyak yang ok...berbaloi-baloi..:)

Sir Marcello said...

teringin gak nak pakai yg premium..tp caranya nda pula tau..

: bluedianthus : said...

@ Sir Marcello...
Oh, tengah edit gambar kat Photoshop sekarang ni..jap lagi saya akan publish tutorial tu ya...pagi sikit kot..:)

BuDakHutaN said...

macam berminat gak sa ni mau membeli tu tau... supaya senang kontrol...

: bluedianthus : said...

@ BuDakHutaN..
Ba, kalau cukup bajet boleh ja ko beli tu..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails