TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, February 20, 2010

Home » , , » Akhirnya, kau pergi jua wahai...

Akhirnya, kau pergi jua wahai...

Keputusan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL telah pun diumumkan di blog Denaihati. Tahniah kepada semua mereka yang menang. Rata-rata entri yang mengikuti cabaran SEO ini sememangnya sangat menarik dan memberi motivasi diri yang bukan sedikit untuk aku.Ya, akhirnya contest cabaran SEO ini pergi jua.. (bagi suspen sikit tajuk entri kali ini). Bagi mereka yang tak menang tu (termasuk aku sendiri), ianya adalah suatu kejayan yang tertunda untuk kita lebih berusaha. Ya la kan, Search Engine Optimization a.k.a SEO ni memang suatu benda yang menarik untuk diterokai.

Terima kasih kepada mereka yang telah menjadi subscriber blog ini..dan aku berharap aku sentiasa akan mendapat tempat di hati setiap pembaca blog ini. Maksudnya, aku telah pun mempunyai rakan seramai 60 orang hasil daripada blog aku ini. Sungguh mengujakan aku...

Blog bukan sekadar kita melepaskan apa Yang Terbuku Di Hati tapi juga sekurang-kurangnya kita dapat membuat sedikit perkongsian bermakna buat rakan-rakan blogger yang lain. Membaca blog rakan-rakan lain, memberi komen yang membina membuatkan aku lebih menghargai kehadiran blog-blog yang ada di Malaysia ni.
 Minggu lepas aku nak alihkan blog ini kepada hosting aku sendiri, tapi aku ubah fikiran sebab aku rasa sayang nak tukar ke Wordpress. Jadi, aku biarkan sajalah..sayang pula rasanya. Harap blog ini akan terus hidup sampailah hostingnya iaitu blogger menamatkan riwayatnya..huhu.. Sebab ada lagi blog lain yang aku boleh buat dengan hosting yang aku ada. Salah satunya adalah blog berbahasa Melayu kedua aku iaitu WarnnieMusah.com. Rajin-rajin datanglah singgah.. :) Buat masa ini aku telah pun melanggan sebanyak 3 hosting dan beberapa domain berbayar. Rata-ratanya lebih kepada monetization blog dan bukannya blog peribadi seperti ini.  Beberapa targeted subdomain juga akan diwujudkan. Bak kata AJ, 1 blog 1 fokus. Barulah proses monetize blog tu lebih niche. Komitmen dalam berblog juga sudah bertambah. Di sinilah kepentingan menguruskan masa perlu mantap.

Sekali lagi kepada semua pemenang contest SEO HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, big applause from me. Indeed, all of you did it with flying-colors. This is only the beginning. Wah, cakap orang putih pula aku..hehe.. Tajuk contest itu sendiri sudah menggambarkan kesanggupan kita untuk gagal. Biasanya, orang yang takut untuk mencuba sesuatu adalah kerana rasa fobia yang ada dalam dirinya. "Aku takut la aku tak dapat buat..aku takut aku tak dapat menerima kekalahan itu, aku takut ianya memberi tamparan hebat buat diriku..aku takut...takut...takut setakut-takutnya..." Ishh..sampai bila nak takut? Lainlah kalau kita mencuri ke, merompak ke, membunuh..barulah takut kan. Takut kerana salah...kan? Tau tak apa. :)

p/s: Selamat bercuti di hujung minggu. Aku seperti biasa balik kampung meninggalkan laptop kesayangan aku untuk berhujung minggu bersama dua orang nenek aku kat kampung. Ingat, ingatlah orang tersayang.. :)


Artikel Berkaitan:
HIDUP BERANI UNTUK GAGAL Edisi Kata-Kata Motivasi
HIDUP BERANI UNTUK GAGAL - Kejayaan yang Tertunda

6 comments:

Mokhriz Mohammed said...

wordpress tak best... :-D

K.M.Z.a.c.k said...

Hohoho
Terima kaseh

denaihati said...

Terima kasih menjadi sebahagian daripada HIDUP BERANI GAGAL..semuga semangat ini terus membara dalam jiwa kita.

: bluedianthus : said...

@ Mokhriz Mohammed..
Selamat datang ke blog saya...
Wordpress best la awak..
Jom try..:)

: bluedianthus : said...

@ K.M.Z.a.c.k..
Sama-sama..dan salam kenal ya..:)

: bluedianthus : said...

@ denaihati..
Terima kasih juga kembali sebab menerima artikel saya..Banyak yang saya belajar daripada contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni.. dan saya juga dapat ramai kawan yang tak takut untuk gagal...Yup, semoga ianya terus menyala di hati setiap kita..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails