TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, February 4, 2010

Home » , , , » 5 Ciri Anda Tidak Berjaya Menguasai *M*I*N*D*A*

5 Ciri Anda Tidak Berjaya Menguasai *M*I*N*D*A*

Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan, semuanya berkait dengan hubungan antara diri dan minda. Buat pengetahuan anda, golongan yang berjaya mencapai matlamat dalam hidup mereka adalah mereka yang berjaya mengawal dan memperkasakan minda.
Berdasarkan kenyataan diatas, maka tidak dapat dinafikan bahawa minda adalah asas bagi mencetus kejayaan dalam diri. Tidak kira apa jua yang anda lakukan, ianya tetap berkait rapat dengan minda. Dalam entri ini, saya akan dedahkan anda 5 ciri yang menunjukkan bahawa anda gagal menguasai minda anda.


1. Anda tidak pernah seronok dengan apa yang anda lakukan
Perkara ini sering kita lihat pada mereka yang sentiasa tertekan apabila melakukan sesuatu. Apabila anda tidak menyukai perkara yang anda lakukan maka ini bermaksud anda telah dikawal oleh minda.


2. Anda mudah mengalah
Saya juga pernah mengalami masalah ini sebelum mengenali teknik-teknik untuk memperkasakan minda. Situasi ini dapat dilihat apabila anda mudah membuat keputusan untuk berundur terlampau awal apabila berhadapan dengan cabaran dan rintangan.


3. Anda sentiasa fokus pada masalah
Minda yang lemah juga memperlihatkan anda sentiasa fokus pada masalah dimana anda tidak pernah sesekali terfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya. Apabila minda anda sentiasa fokus pada masalah, maka ia akan membawa kepada sifat-sifat negatif yang melibatkan emosi, persekitaran dan sebagainya.


4. Anda tidak pernah keluar daripada persekitaran negatif
Apabila anda gagal menguasai minda, maka secara tidak sedar anda telah membiarkan persekitaran negatif memasuki minda anda. Ini juga dapat dilihat jika anda sentiasa menilai sesuatu perkara dari sudut yang negatif.


5. Anda sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara
Adakah anda seringkali mengalami masalah untuk fokus terhadap sesuatu perkara? Jika perkara sedemikian berlaku pada diri anda maka jelas sekali anda perlu mempertajamkan lagi minda anda kerana ciri-ciri mereka yang mudah hilang fokus adalah disebabkan penguasaan minda yang lemah.


Jika ada diantara kelima-lima ciri ini bersangkut paut dengan diri anda, ia tidak bermakna anda perlu mengalah dan berserah kepada takdir. Tindakan yang perlu anda lakukan ialah mencipta perubahan dimana aspek penting yang perlu dinilai ialah memperkasakan minda anda terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda akan sedar bahawa perubahan positif yang ketara akan berlaku pada diri anda dari semasa ke semasa.

Wah bluedianthus, kenapa entri kau semacam je hari ni? Musykil.. Maaflah, ini ayat bukan aku yang tulis punya (slang Cina) Haa...tu dia, kata-kata Ammar Zahar? Siapa Ammar Zahar? Takkan tak kenal kot...dia tu seorang manusia la macam kita..hehe, gurau.. Jangan marah haa...(ikut gaya P.Ramlee bercakap..). Korang boleh search je kat google ni, banyak maklumat tentang biodata dia. Informasi di hujung jari korang ja dengan internet ni. Aku dah dapatkan ebook Ammar Zahar ni dan aku rasanya ia sebuah ebook yang patut ada dalam koleksi ebook korang..Jangan buat koleksi tapi tak baca sudah... Benda baik patut disebarkan.. Kalau rajin, tolong tweetkan, terima kasih juta-juta lemon.. hehe.. :)


p/s: Ebook yang bagus untuk memacu diri di tahun 2010 ni, syabas Ammar Zahar
p/p/s: Bagus untuk manusia seperti aku yang memerlukan motivasi dalam semua segi.. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails