TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, February 24, 2010

Home » , » 3 Sebab Facebook perlu dilupakan

3 Sebab Facebook perlu dilupakan

Aku terpanggil untuk membuat entri ini kali ini kerana aku baru saja  "Ignore" sebanyak 23 event invitations , 29 other requests dan 39 group invititations di Facebook aku. Aku tak kisah juga kalau dapat benda-benda macam ni, cuma jarang aku accept segala macam invitations yang ada. Aku yakin korang juga mungkin mengalami serupa dengan aku. Dan aku listkan kat sini 3 sebab Facebook perlu dilupakan dan ini hanyalah pendapat peribadi aku saja. Tak boleh diambilkira sebagai khidmat perunding professional ya..hehe..


1. Facebook perlu dilupakan bila korang tak tahan dengan kebanjiran event invitation, group invitation, dan juga request-request yang dikirim oleh kawan-kawan korang, baik korang lupakan sajalah Facebook ni. Yala, kita ni ada masa 24 jam sehari saja. Takkan ada masa nak update Facebook setiap masa. Bagi aku, aku akui aku bukanlah pengguna tegar Facebook (berapa banyak "aku" daa..hehe..). Aku hanya menggunakan medium ini untuk fungsi mesej dan juga share something dengan semua kawan-kawan tentang suatu event yang besar seperti perayaan yang bakal menjelang tiba dan juga pesanan-pesanan yang bermanfaat (contohnya quote motivasi..). Perasan tak kadang-kadang masa kita klik accept pun kita tak tau pun apa yang kita tengah klik tu. Kita just ikut prosedur je. Kita ni mana larat nak accept semua invitation, nak allow lagi, jawap soalan lagi, nak publish lagi...kan ke makan masa banyak tu. Kalau main matematik, 1 invitation ambil masa 2 minit, kalau ada 20 invitations, bukan ke dah 40 minit dibazirkan? Jadi, pilih la invitation yang berkualiti saja. Untuk invitation yang lain, kenalah berani katakan, "TIDAK".


2. Facebook perlu dilupakan bila korang terleka dengan permainan yang ada di Facebook. Huh, sesungguhnya manusia berada di tempat yang sangat rugi. Bayangkan, sorang kawan aku masa tengah borak-borak sambil minum teh tarik kat restoran, boleh lagi dia cakap nak balik awal, sebab nak tengok tanaman. Aku tanyalah tanaman apa, tanaman kat Farmville. Huh..lucu a.k.a pelik juga bila aku ingat balik. Memang tak salah juga kalau nak main benda-benda alah ni. Tapi janganlah setiap masa pun nak tengok jugak tanaman maya tu.

3. Facebook perlu dilupakan bila korang tak tau apa tujuan korang ber"facebook". Facebook = BukuWajah. Secara lazimnya, satu benda yang membuatkan aku berterima kasih dengan Facebook ialah kerana aku dapat menjejaki kawan-kawan lama aku yang sudah bertahun lama tak jumpa. Kiranya jejak kasih versi virtual realiti la. Memang ianya suatu perasaan yang sangat-sangat membuat kita teruja. Di samping menambah kenalan dan bersosial di alam siber, jangan pula kita lupa untuk menambah kenalan dan bersosial di alam nyata juga. Dengan kepesatan pengguna internet seluruh dunia, aku yakin sifat-sifat introvert akan semakin menjalar dalam kalangan anak-anak muda 10 tahun akan datang. Agaknya, itulah sebabnya kerajaan mewajibkan pelajar untuk mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan kan? Entahlah...fikir-fikirkan..:)

Kesimpulan: Ber"facebook" atau tidak ber"facebook"? Bak kata Nabil, "Lu pikirlah sendiri..". Bak kata Bluedianthus pula , "Apa yang ada, biar berpada.."

16 comments:

Yus said...

Gunakan Facebook selagi ia boleh kita manipulasikan untuk tujuan kebaikan, kalau dah sampai tahap main game rasanya dah tak berbaloi. Masa yang ada boleh terbuang kalau asyik layan game di facebook.

http://fastblox.blogspot.com/2009/12/facebook-dan-aku-yang-tercengang.html

BezBuddy said...

haha...sy pn maen farmville...lala

BuDakHutaN said...

samalah kita... malasa sa mau layan tu invitation game2 atau yang post bukan2 pi wall sa... bikin semak eh..sa cantass saja tu kluar..biar durang...

joegrimjow said...

event ni kekadang pentg gak
so
jgn terus tolak

pendapat peribadi je r
;)

facebook banyak ruang utuk digunakan kebaikan

jgn tertumpu pada keburukan sudah

hanafi abdullah said...

Saya layan facebook juga cuma kadang-kadang malas bila banyak sangat iklan promosi.

Ada baiknya facebook ialah dapat network.Cuma dioarang tak dapat buat network kat luar.

Paling lucu jika berfacebook walaupun berjiran.

Atas komen ini saya rasa 3 sebab melayari facebook boleh dikurangkan ke tahap minimum saja.

myrol92 said...

yup aq stuju ngan YUS..
slagi kita mampu memanipulasikan untuk tujuan kebaikan takde mslh..
tp yg mslhnya....leka dengan hiburan...

: bluedianthus : said...

@ Yus..
Salam perkenalan..
Ya, betul tu..sepatutnya kita yang manipulasi kegunaan facebook ni. Bukan kita yang dimanipulasikan oleh Facebook itu sendiri..Terima kasih di atas pendapat bernas.:)

: bluedianthus : said...

@ BezBuddy..
Hai..salam kenal.
Main Farmville, tak salah..yang penting masa yang digunakan tidak dibazirkan begitu saja..:)

: bluedianthus : said...

@ BuDakHutaN..
Salam kenal dari saya...:)
Yup, kadang-kadang bukan salah kawan-kawan kita yang invite kita tu. Tapi sebab terlalu ramai orang yang main benda alah ni. Kalau ada 40 kawan kita yang hantar 1 invitation, ada 40 invitations la yang kita dapat..:)

: bluedianthus : said...

@ joegrimjow...
Hi joegrimjow...
Yup, saya tak nafikan kepentingan event. Saya sendiri pun menerima sesebuah event invitation sebagai reminder saya. Jadi pendapat joegrimjow tak salah. Banyak betulnya..jangan terus tolak, yang penting baca dulu..:)

: bluedianthus : said...

@ hanafi abdullah..
Bila Facebook dah jadi nombor 2 selepas Google, inilah yang akan terjadi. Iklan promosi di sana sini. Apalagi kalau iklan hampir nak jadi spam..

Memang ada baiknya juga Facebook ni. Network itu memang perlu. Apa yang penting kena manfaatkan kewujudan Facebook ni.

Wah, sampai berfacebook sesama jiran. Lebih baik jumpa terus daripada terus menekan papan kekunci..hehe..

: bluedianthus : said...

@ myrol92...
Hi myrol92..
Inilah masalahnya myrol..terleka a.k.a terbuai dengan Facebook. Facebook Addict...mungkin akan menjadi penyakit kronik di tahun-tahun akan datang..ish ish..

mus said...

sekarang fb ni macam dah jadi logokan spamming lah..geram jugak..mereka ni bukan nak guna utk kebaikan..wat spamming ni, jadikan orang marah je

: bluedianthus : said...

@ mus..
Memang..buat marah dan geram saja..Kalau sudah jauh menyimpang dari tujuan asal berfacebook, lebih baik lupakan saja Facebook, daripada mendapat ramai pemarah senyap di alam siber..:)

Aizat said...

Aku memang dah melupakan terus facebook..

Semua kerja tak jalan sebab facebook

Ni entri geram aku
http://aizat939.blogspot.com/2010/02/pergilah-mampos-facebook.html

: bluedianthus : said...

@ Aizat..
Wah, sampai dah lupakan facebook ye.. Huh, dah baca entri Aizat tu, memang marah habis..huhu...Apapun, semua tu pilihan Aizat sendiri..bila-bila boleh aktifkan balik kan...:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails