TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, January 26, 2010

Home » , , » [TUTORIAL] Transfer Duit Paypal Ke Maybank Account

[TUTORIAL] Transfer Duit Paypal Ke Maybank Account

Kelmarin semasa check samada ada komen untuk entri "Duit Masuk Akaun Paypal", aku dapat satu komen seperti di sebelah ni. Maklumlah time tu tengah "mad mood". Terus aku reject je komen tu. Sebab aku tak nampak pun relevannya dengan entri aku..Lainlah kalau aku buat entri yang lawak kan..Ish ish..macam-macam la.. Kepada blogger tersebut, aku nak minta maaf kerana dengan kuasa veto aku sebagai admin blog bluedianthus.com ini menyekat komen ini..(tapi at least kuar jugak kat entri ni kan...huhu..)


Entri ini merupakan kesinambungan entri sebelumnya iaitu "Duit Masuk Akaun Paypal". Jadi sekarang ni aku nak kongsikan cara untuk memindahkan wang USD kepada Ringgit Malaysia ke akaun Maybank. Mungkin ada yang dah tau, jadi aku andaikan yang baca entri aku ni adalah mereka yang belum tahu. Yang dah expert tu tak payah baca entri kali ini pun takpa..aku maafkan, hehe..:)
Ok, aku dah listkan dalam bentuk step-by-step supaya korang semua faham.

1. Login masuk ke dalam akaun paypal korang : http://www.paypal.com

2. Korang akan dibawa ke menu "My Account", kemudian klik pada "withdraw"
3. Korang akan dibawa ke menu "Withdraw Funds", klik pada "withdraw to your bank account"

4. Kemudian korang akan dibawa ke menu "Add a bank account in Malaysia"
Isikan butiran-butiran yang diperlukan, dan pastikan korang mengisinya dengan teliti kerana sekiranya korang salah meletakkan nombor akaun Maybank umpamanya, korang akan dicaj oleh pihak Paypal.Kalau tak faham macam mana nak masukkan MEPS bank routing code, boleh klik pada "Details". Selepas selesai isi semua butiran yang diperlukan, klik "Continue"

5. Kemudian korang akan dibawa ke halaman seperti di bawah ini. Pastikan no akaun bank korang betul dan sahih. Kalau tak percuma jer kena caj tambahan kan.. Kalau no akaun tu salah, tekan "Cancel". Lepas dah pastikan betul-betul semua butiran tu betul plak, bleh la tekan "Add Bank Account"
6. Lepas tu, satu paparan lagi akan muncul iaitu "Withdraw Funds". Di sini korang boleh letakkan jumlah USD yang korang nak pindahkan ke akaun Maybank korang. (jumlah minimum pengeluaran ialah sebanyak USD10.00). Dalam transaksi ini, aku keluarkan USD35.00. Setelah meletakkan amaun, tekan "Continue".

7. Paparan untuk korang review semula transaksi yang korang buat akan muncul, ini untuk tujuan semakan. Setelah semua maklumat sudah didouble check, klik "Continue". Korang kena alert setiap transaksi kurang daripada USD400 akan dikenakan caj sebanyak RM3.00.




 8. Paparan di bawah akan muncul selepas itu, klik pada "view the details of this request". Sila alert juga bahawa wang akan dipindahkan ke bank akaun tempatan dalam 2 hingga 3 hari waktu bekerja (sabtu ahad tak termasuk la kan..jadi jangan withdraw duit paypal tu masa hari khamis atau jumaat, sebaik-baiknya lakukan transaksi tersebut pada hari isnin atau selasa)
9. Korang boleh melihat Transaction Details yang korang lakukan dari langkah 1 tadi: Status "pending" yang tertera menunjukkan wang tersebut belum di "clear"kan ke akaun korang. Jadi kena tunggu la dalam 2-3 hari.


 10. Pastikan semua notifikasi transaksi ini diberitahu ke email paypal korang seperti contoh di bawah ni. Wang tersebut dijangkakan telah ada dalam akaun Maybank aku pada 1 Februari 2010.


Okies..kawan-kawan, itu la 10 steps yang boleh korang gunakan untuk keluarkan duit Paypal ke akaun Maybank korang. Cara-cara nak apply akaun paypal, cara nak verifiy paypal, cara nak upgrade ke Premier account tu, korang boleh google sendiri okies..takpun baca entri aku yang lepas-lepas. Hendak seribu daya, tak hendak aku paksa pun mesti korang tak nak..hehe..Maaflah kalau ada kekurangan dalam tutorial ini. Aku budak baru "merangkak" dalam dunia Paypal nie..sejam setengah nak buat entri kali ni, huhu..sekian..

Entri yang berkaitan:





20 comments:

Mr. J @ pengerindu.com said...

menarik artikel ni. kalau ko jual fund dari paypal conatct sa ok , nak kasi masuk dalam paypal acct.

Donny Ien said...

wah warnie..duit masyuk oo.. :)

tahniah bah..!

Si budak Aboi said...

tq for this info

: bluedianthus : said...

@ Mr. J
selamat datang ke blog saya..
Oh, belum mau jual lagi buat masa ni..:)
Tapi, di forum wangcyber ada banyak orang yang jual paypal..lebih2 lagi ramai yang baru dapat USD dari paypal wishlist..:)

: bluedianthus : said...

@ Donny...
Ya, bersyukur dapat juga merasa duit paypal masuk akaun..:) Ko pun mesti lagi banyak tu kan..

: bluedianthus : said...

@ Abooi..
Welcome Abooi...bila kita berkongsi ilmu lebih banyak ilmu baru yang kita akan dapat..:)

farra said...

mo blajar la dr ko..hehe..

Steward said...

Thanks for the informative post Warnnie. Looking forward to open my own paypal account

alter said...

Tahniah Warnie kerana berjaya juga memasukkan entri ni walaupun mengambil masa setengah jam..

Thank for the information..

zairi faiezil said...

Salam Motivasi

satu informasi yang bagus ttg tranfer duit dpd paypal ke akauan bank di Malaysia..

Teruskan usaha awk..TQ

: bluedianthus : said...

@ farra,
belajar sendiri jak ni farra...belum lagi mahir...hehe..

: bluedianthus : said...

@Steward..
Most welcome..sharing more getting more..Yes..should get your own paypal account..
there's lots of things you can do..

: bluedianthus : said...

@ alter..
selamat datang ke blog saya ni..
bukan setengah jam, tapi sejam setengah,sebab nak edit gambar dalam photoshop punya pasal..huhu..
Most welcome, I'm glad if this info may help you
in a good way..

: bluedianthus : said...

@ Zairi..
salam motivasi juga untuk zairi..
ya, semoga rakyat malaysia mendapat manfaatnya.
Terima kasih kerana bagi motivasi kat saya...:)

Aminjohar said...

@Bluedianthus, :-)

Hi.. wah tutorial terkini dari bluedianthus lengkap untuk Payout ke Maybank2u.

Bagus2x tutorial camni2x walaupun basic AJ tetap suka coz ia memberi benefit untuk jangkamasa panjang.. :-)

Erm hari ini baru AJ berkesempatan untuk singgah ke blog bluedianthus.. hehehe rindu lak nak buat blogwalking ++ komen2x blog orang lin... hhehehe

: bluedianthus : said...

@ AJ..
Hehe...tutorial basic je ni AJ...nak bantu yang masih baru..Harap ianya membantu. :)

Yup..nampaknya AJ sibuk ngan keje.. Saya pun jarang update blog kecuali masa terluang dan hujung minggu. Ya, blogwalking jangan tak blogwalking...hehe..

Aminjohar said...

@bluedianthus,

Ya aktiviti wajib tu... Ziarah blog kawan2x.. :-)

: bluedianthus : said...

@ AJ..
Berbaloi-baloi..:)

ZU said...

thk you for the info... memang bermaklumat dan helpful....

: bluedianthus : said...

@ ZU...terima kasih..semoga ianya memberi manfaat jangka panjang..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails