TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, January 5, 2010

Home » » Realitikan Impian

Realitikan Impian

Selamat bersua lagi di dalam blog aku yang tak seberapa ini..Semoga tahun baru 2010 ini membawa lebih banyak azam yang baik-baik saja dalam hidup korang. Sedar tak sedar sudah beberapa hari kita telah menempuhi hari di tahun yang baru. Macam mana dengan azam baru korang, boleh aku tahu? hehe... Kalau tak nak bagitau pun tak mengapa, aku harap azam itu akan terlaksana..amin...Ok, jom motivasikan diri kita kejap...:)

Setiap orang, pada titik tertentu dari hidupnya, mungkin telah bermimpi menjadi individu tertentu, orang besar, orang ternama dan orang minyak berpengaruh. Siapa yang tidak bermimpi menjadi ratu cantik dunia? Dan berapa kali kita bermimpi menjadi kaya, atau berjaya, atau bahagia dengan hubungan sesama rakan, rakan niaga, pelajaran? Aku sendiri pun pernah bermimpi nak jadi pemain piano yang terkenal...hehe..

Sering kali, kita mempunyai impian besar, aspirasi besar, dan segala macam cita-cita yang besar dalam hidup. Malangnya, macam dalam lagu, Umpama mimpi dalam mimpi sahaja la kalau kita tidak berusaha untuk merealisasikan impian tersebut. Tapi semuanya, takkan mustahil lagi...caranya adalah dengan melastik bintang..hehe..Jangan marah ya..maksudnya aku dan korang harus "berfikir di luar zon selesa."..

Masalah yang paling umum yang menghalang kita daripada merealisasikan impian a.k.a mimpi kita adalah perkataan MUSTAHIL itu sendiri. Ayat-ayat seperti "Aku tak boleh buat benda ni, aku memang tak boleh. " , "Susahnya buat benda ni, aku tak tahu..", "Ianya terlalu mustahil" dan macam-macam perkataan negatif lagi.

Jika aku dan juga korang meragui kemampuan diri, sesuatu yang dianggap mustahil itu tidak pernah akan dapat ditembusi. Tapi, kalau kita berusaha dengan jerih-payah tanpa merujuk semula matlamat asal, kita akan terus hanyut dan terumbang-ambing dalam mimpi mustahil yang kita cipta sendiri.

Jom cuba latihan ni. Ambil sehelai kertas dan tuliskan beberapa matlamat korang. Di bawah satu kolum, senaraikan hal-hal yang 'Apa yang boleh saya lakukan'. Pada kolum lain, tulis hal-hal 'Apa yang mungkin saya boleh lakukan'. "Dan satu kolum lagi, senaraikan hal-hal yang 'tidak mungkin bagi saya dapat lakukan."

Kita boleh melihat senarai ini setiap hari untuk mencapai matlamat yang berada di bawah hal-hal 'Apa yang boleh saya lakukan'.Selepas melakukan semua benda yang korang dapat lakukan di kolum tersebut, perlahan-lahan korang boleh beralih kepada kolum yang mungkin korang boleh buat tapi perlukan sedikit keberanian sahaja..Lepas tu barulah  beralih ke kolum "Mission Impossible" kita tu...hehe..:)

Sepanjang proses ini, korang mungkin mendapati sesuatu kerja tu semakin mudah untuk dilaksanakan..dan benda yang mustahil tidak mustahil korang akan dapat melakukannya.

Okies..rasanya sampai di sini saja untuk kali ini...semoga entri ini bermanfaat untuk semua.. Jumpa lagi di entri yang akan datang.. Dan semoga kita tak fobia lagi dengan perkataan MUSTAHIL tu. I mean come on, Impossible is just a Word..:)

p/s: header baru saya ada komen tak, maaflah tak pandai buat header yang hi-quality in effect..:)

6 comments:

Si budak Aboi said...

emm mission imposibble!

faith is better more than a plan "

cik dian..pnsi maen piano ea?

aboi sllu dgr muzik canon in D..cik dian reti mem muzik tue?

fyi aboi setkan muzik canon in D tu sbgi ringtones sms hp aboi..hehehe

: bluedianthus : said...

@ Abooi,
Betul tu..faith is about believe what is unseen, ianya pun sebahagian daripada fokus.

Pandai main la sikit, amatur je..:)
Oh, Canon in D tu pandai kod je, tapi kalau main dengan rima dia sekali memang kelam kabut jugak la...hehe

Si budak Aboi said...

oic...trylah cik dian ushar2 kat utube..

better taip "cover canon in D "
byk lesson tue ttg canon ni ok!

oklah bye..

Wan Ibrahim said...

Setuju sangat. Impossible is just a Word... Bak kata Adidas, "Impossible is Nothing".

Matmalat mesti S.M.A.R.T. Kalau tak S.M.A.R.T, agak susah untuk kita mencapainya. Matlamat juga perlu disokong dengan azam. Tanpa azam, kita tidak akan punyai kekuatan untuk mecapai matlamat. Lebih lanjut di Selamat Tahun Baru".

: bluedianthus : said...

@ Abooi..,
terima kasih atas saranan tu...
tapi sekarang ni masih bz ngan
pelajaran..jadi tak ambik kisah sangat..:)

: bluedianthus : said...

@ Wan Ibrahim,

Yup, mustahil itu hanyalah satu perkataan..Yang penting kita mencuba sedaya yang boleh.

Setuju dengan kenyataan Wan,
Matlamat dan azam kena kuat, baru boleh berjaya..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails