TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, January 31, 2010

Home » , , » [MOTIVASI] Kuasa Memberi...

[MOTIVASI] Kuasa Memberi...

Lama rasanya aku tak menulis entri, selepas hari selasa lepas....Aku sungguh sedih dengan pengguna internet yang menggunakan keyword carian "dr h m tuah cerewet" kat google. Cerewet sangat kah Dr HM Tuah tu? Aku rasa, dalam sesetengah hal, cerewet tu penting jugak. Takkan lah nak mengiyakan saja setiap apa yang orang kata kan.. Hmm... Sepanjang tempoh blog ini "hidup", hanya keyword ini dan satu lagi keyword iaitu "hot jav net girls" yang tersasar masuk ke dalam blog aku. Itulah kuasa internet, diorang nak cari a.k.a taip apa-apa pun boleh keluar kat search result. Keyword oh keyword...SEO?

Dah cerita banyak fasal duit ni, tibalah masa kita untuk berfikir tentang kebaikan yang kita boleh lakukan dengan duit yang kita ada.. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima, dah lali kita dengan ayat zaman-berzaman ni kan? Tapi inilah rahsia orang yang sentiasa tenang hatinya walaupun dilanda banyak musibah. Lebih sempit dan sesaknya hidup kita, maka semakin banyaklah kita harus bersedekah. Tuhan melihat kelebihan daripada kekurangan yang kita sedekahkan. Oh tunggu dulu, sedekah bukan sahaja dari segi wang ringgit tau, ia juga mungkin berbentuk sumbangan seperti pakaian terpakai, barangan makanan, tempat tinggal dan sebagainya.  

Prinsip untuk MENERIMA adalah dengan MEMBERI terlebih dahulu. Contoh, aku nak minta duit nak beli buku motivasi Dr Irfan Khairi daripada mummy aku, aku kenalah buat apa-apa yang patut kan. Bukanlah maksudnya aku buat kerja semata-mata nak dapat upah kan.. (Aku rasa upah tak best laa, ganti dengan ihsan..hehe..). Barulah mummy aku nampak aku layak untuk diberi ihsan (lagipun aku bukannya nak beli makeup benda yang tak baik pun..). Nampak kan kat sini aku perlu memberi sebelum menerima sesuatu? :)

Kita sebagai blogger ni, kalau nak hidup tenang..banyakkan bersedekah dengan ikhlas.. Satu lagi, rajin-rajin la baca content kawan-kawan blogger yang lain..banyak manfaat jugak tu.. Siap boleh jadi tukang komen terlampau lagi..hehe.. Jadi blogger ni salah satu tujuannya adalah mencari kawan, dan bukan kawan main "klik-klik" lepas tu "ka-ching-ka-ching" duit masuk poket..hehe.. Korang takkan kekal lama kalau sekadar jadi teman main "klik-klik"...sebab korang fokus pada DUIT dan bukannya...sila sambung sendiri..:)


Kat mana kita tadi? Oh, Kuasa Memberi a.k.a sedekah kan. Kalau kita nak memberi sedekah tu biarlah dengan rendah hati dan dengan perasaan yang gembira. Aku ada juga baca satu quotes dari seorang bijak pandai (namanya tidak pula diketahui..anonymous la katakan). Beliau berkata, "Charity should begin at home, but most people don’t stay at home long enough to begin it." Dalam juga maksudnya tu kan...

Oh ya, lupa pula nak update, Duit Paypal aku telah selamat masuk ke akaun maybank aku hari ini (30/01/2010). Maksudnya hari keempat transaksi telah berjaya dipindahkan ke akaun Maybank aku dengan selamatnya..
 
Payment status kat akaun Paypal aku dah complete
Ada notis baru kat akaun Maybank aku

Transaksi disahkan oleh pemilik blog ini.. :)

Okies..kawan-kawan...jangan lupa bersedekah..kat laman web maybank ni banyak yang memerlukan derma. Kalau guna internet ni tentu lah sumbangan berbentuk wang ringgit. Jadi korang boleh la sumbangkan dengan seikhlas hati. Kat bawah ni adalah tempat aku selalu menderma....(BACA: screenshoot bukan untuk menunjuk-nunjuk..). Jadi korang boleh pilih tabung mana yang ingin korang sumbangkan. Siapa tahu satu hari nanti kita pula yang akan berada di tempat "Yang Menadah Tangan"..Selamat beramal...:)

 

 

  
Selamat menderma dan semoga dapat banyak pahala ya.. :)

p/s: Ikhlas itu Manis...yang Manis itu Budi Pekerti.. :)



Artikel Berkaitan:

4 comments:

Aminjohar said...

@bluedianthus,

Yey.. AJ jadi pengomel pertama... :D

HIDUP UNTUK MEMBERI?

Ayat ini AJ baca dari artikel di denaihati.com. AJ mendapat sedikit inspirasi dan teguran membina dari denaihati di sana.. :-)

Motivasi itu menjadikan AJ lebih tabah dari dulu.

orang memberi, kita merasa, orang berbudi, kita berbahasa.. :-)

Memberi sumbangan wang ringgit mungkin AJ tak mampu lagi lani kerana jumlah yang dilaburkan dalam pembangunan diri dan perniagaan online lebih tinggi dari hasil yang diperolehi..

Sumbangan dari kemahiran @ servis contoh sumbangan web untuk charity sahaja yang termampu AJ beri...
Jadi sumbangan masa dan tenaga sahaja yang boleh diberi setakat ini. :-)

ardmad said...

Wahh...Dasyat ya adik warnie ni...? Ada blog, ada website, ada ebook, ada omputih version. Abg ucapkan semoga warnie berjaya dan trus lagi ke hadapan...Sbnarnya; susah jgk nk cari org mcm warnie ni...Nmpk mcm rajin jer...Seriously, ni bukan pujian tp mmg btul. Msih kurang btul wanita yg komited mcm warnie ni...selama abg surf, tk jumpa pun..(or, abg dh tk nmpk org lain?..he he he) Anyway! Wish u the best.

: bluedianthus : said...

@ AJ..
Wah, laju je AJ jadi pengomel pertama hari ni ek..:)
Oh denaihati pun ade buat pasal tajuk ni ke? Nasib baik tak sama tajuk kan...hehe..

Betul tu, itulah budaya kita yang tak patut kita lupakan. Takpa AJ, yang penting ILMU yang kita akan dapat daripada pelaburan kita tu. Lebih berbaloi daripada menyertai SCK (Skim Cepat Kaya)

Itulah yang saya katakan dalam entri ni, sumbangan bukan saja dari bentuk wang ringgit. Sumbangan yang AJ bagi tu jangan tak tau, ramai lagi yang tak boleh buat macam yang AJ buat tu.. syabas untuk AJ. :)

: bluedianthus : said...

@ ardmad..

Wah, taklah dashyat sangat.. Tapi terima kasih saya ucapkan, saya anggap ianya sebagai pemangkin semangat kepada saya. Sebenarnya ramai lagi yang lebih dashyat dan hebat di luar sana. Mungkin sebab saya ni wanita..hehe.. Rasanya ramai wanita sudah mengorak langkah yang lebih jauh lagi. Saudara ardmad kena carilah..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails