TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, January 8, 2010

Home » » [Motivasi] Kosongkah Gelas Anda?

[Motivasi] Kosongkah Gelas Anda?

Dalam kehidupan kita seharian, cara kita melihat dan memberi sesuatu prasangka terhadap orang lain akan terus memberi suatu titik lanjut bagaimana komunikasi yang terjalin selepas itu. Memang kebanyakan orang (kadang-kadang termasuk aku..huhu...aku insan tidak sempurna bah..), suka membesar-besarkan perilaku buruk orang lain daripada potensi ataupun kebaikan orang lain. Kenapa? Aku pun tak tau. Tapi, tak boleh salahkan mereka juga 100%. Tengok saja media massa yang ada sekarang ni. Kita ni selalu saja disajikan dengan kisah-kisah sensasi artis, takpun tentang menteri-menteri yang ditangkap kerana tuduhan rasuah. Padahal, jasanya banyak berlambak. Yang buruk juga yang nampak, yang baik tenggelam. Kisah artis cerai-berai juga yang laku, kisah artis hidup bahagia tidak pula diusik. Huh...macam-macam ada kata tagline Astro.


Aku bukan nak cakap apa tentang media massa berbahasa Melayu ni, maafkan aku kalau terasa. Cuma terasa banyak cerita yang terlalu disensasikan dalam akhbar, yang tak perlu orang tau pun. Sudah lumrah orang rata-rata suka menceritakan "gelas kosong" daripada "gelas berisi" seseorang.  Para pakar juga mengakui minda sebegini terbentuk kerana media bacaan, tontonan, sistem asuhan dan juga hasil perbincangan. Suatu fakta dan bukannya alta, pandangan sebegini ditakul sepenuhnya oleh mutu mental dan pemikiran seseorang itu..


Hmm... "gelas" keluarga kita apa cerita? "gelas" kerjaya kita pulak? "gelas" amal ibadah kita? Dah penuh? Ataupun kalau diketuk masih berbunyi nyaring? Hehe... Dua bulan yang lepas aku telah menghasilkan bunyi menggunakan 8 biji gelas (penjodoh bilangan untuk gelas ->biji, betulkan aku kalau silap). Semakin banyak air di dalam gelas, semakin rendah not melodi yang dihasilkan, kenyaringan bunyi semakin berkurangan, dan sebaliknya. Samalah macam resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. :)


Semoga aku dan para pembaca blog ini dapat membuat satu renungan bermakna dan suatu anjakan baru daripada bahagian "gelas berisi" itu. Nak buat apa? Buat "don't know", hehe... Taklah, supaya kita lebih berfikiran sihat dan dapat idea yang lebih kreatif dan membuat proses "naiktaraf" diri kita sendiri.


Renungan hari ini, suatu kata-kata dorongan daripada John Wesley, "Lakukan yang terbaik yang mampu anda lakukan dengan sepenuh daya upaya dan kemampuan dengan cara apa sekali pun, di mana saja, bila-bila masa, kepada siapa pun, sehingga anda sudah tidak mampu melakukannya lagi.."  Aduh, tersentuh hati ini...


12 comments:

denaihati said...

1. Motivasi yang sangat berguna untu merangsang MINDA.

2. Jangan lupa untuk gantikan link bloglist ke http://denaihati.com

TQ

Si budak Aboi said...

yup betul ape yg cik dian katekan itu..sbb tu mcm xnak beli paper pun ade tapi x beli tak tahu perkkembangan semasa pulak kan !

Si budak Aboi said...

ops cik dian!
aboi ade sebnernye ade lagi satu blog hee..

nnti aboi kasitaw!

: bluedianthus : said...

@ denaihati,
tahniah sekali lagi sebab dah ada domain sendiri...wordpress is power bak kata AJ..:)

Saya dah gantikan link denaihati dalam blogroll saya..ada masa saya akan selalu lepak kat sana...:)

: bluedianthus : said...

@ Abooi..
Betul tu, sekarang ni jarang beli newspaper, baca akhbar online jer...jimat kos..hehe..

Selalunya saya akan beli buku-buku bacaan berunsurkan ilmiah sahaja..jarang beli majalah hiburan..Tapi nak langgan readers digest tu fikir banyak kali jugak sebab nak fikir modal lagi..:)

: bluedianthus : said...

@ Abooi,
Wah ada blog lain lagi ek, nanti boleh bagitau kat saya..:)

zairi faiezil said...

salam motivas

Sebenarnya memang lumrah manusia jika kebaikan susah untuk dipandang tp sikit kesalahan jer terus tersebar luas.. mengenai media massa tue kite x boleh salah diaorag kerana memang kerja yang disuruh..

Tp yang penting menjaga maruah diri dan keluarga... br pikir keadaan sekeliling

pemberi alasan
http://www.tipmotivasihidup.blogspot.com

: bluedianthus : said...

@ zairi,
salam perkenalan..Ya, itu betul. Kesalahan juga yang akan nampak di mata, padahal kesalahan sendiri tidak dipandang. Ya, media massa pun ada tekanan mereka masing-masing. Cuma saya rasa kesal kerana cara penyampaian mereka ni jarang menerapkan semula unsur teladan di mana menjadikan kandungan maklumat yang ada mempunyai keseimbangan. Ini merupakan pendapat saya saja..:)

Menjaga maruah, sangat penting. Menjaga maruah keluarga lagi penting..terima kasih di atas perkongsian ya...:)

Aminjohar said...

@bluedianthus,

Jgn lupa, gelas kaca kini mengandungi Plumbum.. Plumbum sangat berbahaya kalau masuk dalam badan.

Aisey camna nak cari gelas yang takda plumbum ni... Mesti mahal harganya.. :-)

: bluedianthus : said...

@ AJ..
Ya betul..sekarang kualiti kaca semakin kurang. Kena berhati-hati selalu kan.
Hmm...memang mahal..tapi berbaloi untuk tahap kesihatan kita kan.:)

Aminjohar said...

Minum guna cawan seramik dari tanah liat ajalah yang elok.. Coz cawan seramik ni murah.

Yang gelas banyak plambum nih gelas yang jernih berkilat. banyak digunakan di hotel2x.. tak tau r betul ke tak..

Jadi, dapatkanlah segelas cawan buatan dari tanah liat sahaja... selamat... hehehe :D

: bluedianthus : said...

@ AJ..
saya setuju ngan AJ..guna je barangan yang dibuat daripada tanah liat kan..murah lagi..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails